Back


Sebelum masuk citer pasal college, aku nak bagitau sket pasal system persekolahan kat sini. Persekolahan bermula dgn 6 tahun syogakko (elementary school) then 3 years chugakko (junior high school). Pas tu masuk koko (senior high school) for 3 years and some also go on to college for the next 4 years.

Kat Jepun ni ader banyak university. There're about 554 national, public and private universities, and about 590 tanki daigaku (junior colleges) in Japan. Walaupun berlambak daigaku (university) kat sini, but they still have such terrible examination wars. Sebabnya lebih 1/3 daripada high school graduates go on to universities, so agak susah untuk student dapat masuk ke dai yg diorang nak. Kebanyakan student plak nak masuk dai yg famous pasal  nanti boleh dapatkan kerja yg bagus. That might be the reason why Japan is said to be a society based on educational background. Well...in fact, although it's hard to enter a Japanese university, it's quite easy to graduate. Kes ni terbalik sket la ngan universities in Europe and the States.

Sesi persekolahan selalunya bermula pada awal April setiap tahun masa haru (spring). Tarikh berbeza mengikut calendar dai (kependekan daigaku) masing-masing. Cam dai aku, minggu pertama tu tak der aper sangat la. Time tu student kena pilih subject wajib dan pilihan  yg perlu diambil untuk tahun tu dan juga menghadiri taklimat yg diadakan.

Ichijigen (1st period) bermula tepat 9:00 - 10:30 pagi (selama 1 1/2 jam). Kemudian rest untuk masa pertukaran kelas selama 10 minit. Nijigen (2nd period) start 10:40 - 12:10. Then, rest untuk lunch selama 1 jam. Biasanya after lunch, bebudak suka melepak kat bangku yg disediakan kat persekitaran luar ataupun bermain games (cam baseball, soccer, skate-board, etc) kalau cuaca baik. Ader jugak yg suka mengqada tido kat library waktu rehat. Next, sanjigen (3rd period) bermula kol 1:10 - 2:40, yojigen (4th period) kol 2:50 - 4:20 n last sekali gojigen (5th period) on 4:30 - 6:00 ptg. Kebanyakan student selalu abis kelas lepas 4th period. Kelas 5th period tu selalunya subject am.

Biasanya selain bebudak Engineering, time belajar kat daigaku tak der la hard sangat. Kira banyak time untuk relax gak la. So, selain study, bebudak dai juga aktif bergiat dalam kegiatan riadah lain seperti sukan atau kelab. Aktiviti sukan yg menjadi pilihan selalunya yakyu (baseball), sakka (soccer), takkyu (ping-pong) tennis, rugby dan sebagainya. Kalau aktiviti kelab plak, macam-macam kelab yg ader. Antaranya club Out-door, Active Golf, Acoustic Sounds, Asean Research, All Art, Photography, Computer, Surfing, sports club yg lain, kelab2 bahasa dan tah aper-aper lagik. Tak ketinggalan juga penglibatan certain students dalam aktiviti seni mempertahankan diri seperti judo, karate, kendo dan taekwando.

Student kat sini kebanyakannya selalu buat baito (part time) even pada hari persekolahan biasa. Selalunya baito start petang lepas tamatnya kelas ataupun pada waktu malam. Ader yg buat baito kat konbini (convenience store), kat kedai rental video, jadi waiter/waitress, kerja kat supermarket, kerja kat fast-food, etc. Semuanya untuk membantu menambah duit poket sendiri. Nak harapkan duit parents jer tak cukup pada diorang. Biasa la tu kan...pi joli ngan member-member gi minum ker...pi karaoke ker...pi game center ker...nak belanja awek lagi. Hihihi! macam-macam duit nak diguna. So, kena la korek duit sendiri.

Ini la sebahagian life student kat sini. Study tu study gak, enjoy tu enjoy gak...pandai-pandai ler nak kasi balance, kan...
 

Back

Muka Depan