Make your own free website on Tripod.com

Back

Pada tanggal 1 March 2002, aku bersama dua orang lagi member telah berjaya menjejakkan kaki ke Tokyo Disney Sea yg baru dibuka secara rasminya pada 4 September 2001 yg lepas. Kitorang bertiga machiawase  kat Maihama eki (kena naik Keio/Musashino Line) lebih kurang pukul 9:00 pg. Bila dah berkumpul bertiga kitorang terus pergi beli tiket monorail Disney Resort Line 200 yen untuk pergi ke Tokyo Disney Sea. Kalo nak pergi ke Disneyland, boleh jalan kaki jer dari eki tu. Dari Resort Gateway Station, monorail tu membuat pusingan melalui Tokyo Disneyland Station, Bayside Station (Tokyo Disney Resort Official Hotel) dan akhir sekali berhenti di Tokyo Disney Sea Station sebelum patah semula ke eki Resort Gateway Station.

Sampai kat sana, terus beli passport masuk untuk 1 hari yg berharga 5,500 yen kat gate luar then terus masuk. Dari main entrance tu, kitorang posing kejap kat depan Disney Sea Aqua Sphere sblm bergerak lebih jauh lagi. Memula  kitorang masuk ke kawasan Mediterranean Harbor. Kat sini takder attractions yg menarik perhatian kitorang. So, kitorang menjalankan sesi photography jer la sepanjang laluan Mediterranean Harbor tu.

Seterusnya kitorang masuk ke area Mysterious Island pulak. Kat sini kitorang jumpa satu barisan panjang org tgh beratur. Pasal tak pasti attraction aper yg diorang dok tunggu tu, so kitorang pun tanya la kat sorang akak yg bekerja untuk attraction tu. Masa tu dia tgh dok jaga barisan. Akak tu pun bagitau la yg org tgh dok beratur ni nak masuk attraction 20,000 Leagues Under The Sea. Sambil tu dia promote juga attraction2 lain yg popular kat Disney Sea tu. Pas tu, aper lagik kitorang pun tak buang masa pergi la masuk barisan terus. Sementara tu sorang member aku kuo barisan kejap pasal katanya nak beli popcorn cappuchino yg ader dijual berhampiran kat situ. Tgh aku dan sorang lagi member syok dok memain ngan dua org baby kembar (kembar boys tak tak seiras) kat belakang kitorang, tetiba member aku yg tgh beli popcorn tu call suruh aku datang kejap. Aku ingat apsal laa, rerupa nya dia mintak tolong amikkan gambo patung "statue hidup" serba putih yg ader kat situ. Korang tau tak aper menda statue hidup ni? Dia merupakan org yg memakai pakaian dan dimake-upkan sebijik seperti sebuah patung statue. Kemudian dia akan berdiri atas batu yg disediakan dan membuat gaya kakunya yg tersendiri seperti sebuah statue. Berdiri tanpa bergerak2 sedikit pun...memang mcm patung sungguh ler. Silap haribulan korang bleh tertipu ingatkan dia patung betul. Sampai satu tempoh, nanti dia akan ubah gaya lain pulak. Tu yg menarik tu. Sementara dok menunggu member aku tu membeli popcornnya (dier nyer barisan pun panjang jugakkk...), aku pun dok memerhatikan la statue hidup tu. Masa tu dia tengah dikelilingi dek bebudak sek menengah yg sedang melihat persembahannya. Tetiba tu, dlm sekelip mata jer dia curik sat snowcap sorang girl yg berdiri kat situ then terus ubah posisi statue dia ngan snowcap tu dipegangnya sonomama. Abis semua yg melihat aksi statue hidup tu gelak terbahak2. Lawak sungguh...kesian budak pompuan tu, kena buli jap ngan statue tu. Lama jugak nak menanti member aku tu sampai giliran nak beli popcorn sampaikan barisan attraction yg kitorang nak masuk tu pun dah jauh giler bergerak ke depan. At last, tak jadi nak ambil gambar ngan statue tu, terus kitorang masuk barisan balik. Dalam masa sejam lebih, baru la sampai turn nak masuk attraction tu. Kena masuk dlm sebuah kapal selam kecil (macam bola besi jer rupanya) dan dari situ kita dibawa meneroka alam di bawah dasar laut. Lawa tapi tak cukup lampu sket...gelap...tak berapa nampak sangat. Kalau terang lagik, lagi menarik aku rasa (ewahh...pandai jer komen).

Next, nak masuk attraction Journey to the Center of the Earth pulak tapi time tu tgh diorang tgh buat something. Tak boleh nak masuk direct. So, kitorang pi amik Fastpass dulu. Fastpass ni membenarkan kita masuk attraction tu dlm jangka masa yg singkat tanpa perlu beratur lama macam biasa. Hanya attraction yg popular jer ader service Fastpass ni dan setiap Fastpass ader tempohnya yg telah ditetapkan. Misalnya untuk attraction ni, Fastpass boleh digunakan di antara pukul 6 hingga 7 ptg. So, dalam tempoh jangkamasa tu, kita boleh masuk attraction ni menggunakan Fastpass dgn cepat dan mudah. Untuk menggunakan Fastpass, kitorang hanya perlu masukkan passport masuk ke dalam vanding machine yg disediakan dan kad untuk Fastpass akan dikeluarkan berasingan. Bila nak masuk attraction tu nanti barulah kad Fastpass tu akan diserahkan.

Dapat dapat Fastpass tu, kitorang menghala ke area Lost River Delta. Kitorang nak masuk Indiana Jones Adventure : Temple of the Crystal Skull. Nak sampai giliran, kena beratur sampai 1 1/2 jam. Nasib baik la attraction ni memang best, kira berbaloi gak ler kena menanti lama tu. Attraction ni kena naik kereta pulak. Kitorang dibawa mengembara ke dalam sebuah temple lama la kononnya yg time tu si Indie Jones tgh buat survey nak mencari Fountain of Youth. Tapi, pada masa yg sama temple yg dilindungi oleh Crystal Skull ni dipenuhi dgn pelbagai wana (perangkap) untuk memerangkap pengunjungnya (cam kitorang ni la kot, ahahahah!! Tu yg jadi adventure tu!).

Dah puas merayap sekitar area tu, masuk ke area lain pulak. Kali ni ke Port Discovery. Di sini attraction yg menarik perhatian ialah StormRider. Attraction ni kena menanti 35 minit jer...satu2nya masa untuk beratur yg paling pendek. Kali ni kita dibawa megikuti misi untuk meleraikan storm dgn menggunakan peluru khas yg dilancarkan oleh helikopter yg akan masuk ke dasar punca storm tu. Ewahh!! Ganeh gak bunyiknya tu kan...so, kekonon kita berada dlm pesawat helikopter tu la dan didepannya ader disediakan skrin besar seolah2 kita  dapat melihat suasana di luar pesawat. Attraction ni interesting!! Dia buat kita panic dan berdebar2. Tak rugi masuk!!

Dah penat terjerit, terkejut, terkujat juga tergelak tadi tu, tiba masa la pulak untuk isi perut. Kitorang pi makan kat Horizon Bay Restaurant di area Port Discovery tu jugak. Kitorang makan seasoned grilled fish bersama nasi and...tak lupa gak melon juice (semua sekali kena bayar lebih kurang 1500 yen). Cheh!! Rasa macam makan kat hotel pun ader. Hihihihihi! Sedap giler wehhh!! Kitorang plak tgh lapo time tu. Dah oberrr waktu lunch pun. Pagi tadi tu pun aku sempat makan roti jer...yg aku beli kat kedai bakery kat Tokyo eki. Huisshhh...memang best la. Masa makan, semua orang senyap...Khusyuk n tawadhuk...tak bercakap sepatah pun. Nampak sangat ler kebulurrr....Ahahahaha!!

Dah kenyang, kitorang pi tengok persembahan pentas musical  Mystic Rhythms yg bermula pada pukul 4 ptg kat area Lost River Delta. Persembahan pentas ni berlatar-belakangkan hutan. Binatang2 liar dan juga spirit of fire, water, earth and wind menari dan menyanyi, membuat persembahan balley and acrobatic mengikut rentak lagu ethnic (ala2 lagu Hijau Zainal Abidin....eheheheh!!) selama lebih kurang 1/2 jam. Menarik dan juga menghiburkan...

Lepas tu, jeng je jeng!! Pegi ke Arabian Coast plak. Character Aladdin, Jasmin n Jaafar kuo masa kitorang tgh beratur nak masuk attraction The Magic Lamp Theater. Chiss! Timing tak betul la. Time org tgh beratur, time tu la dier keluo. Kan tak dapat nak amik gambo, chewahhh!! Theater ni juga menarik dan menghiburkan pasal ader campur watak animated 3D. So, kena pakai spec 3D la nak tengok jin magic lamp tu berkomunikasi ngan kita. Lawak plak tu. Magician (ni watak real la)  tu nyer magic show pun best. Dia juga pandai menarik perhatian dan pandai berkomunikasi ngan penonton. Tu yg buat theater tu lagi best.

Okeyyyyyyy...time to go to Mermaid Lagoon right now!!! Tengok satu lagi persembahan theater, Mermaid Lagoon Theater. Character little mermaid, Ariel dier lawa giler plak tu. This is a musical theater little mermaid and friends under the sea. Dapat tengok dekat2 plak tu. Seronok lerrrr!! Abis tengok theater, kitorang berposing kejap then masuk souvenir shops yg ader kat situ sebelum bergerak menuju ke attraction Journey to the Center of the Earth kerana tempoh Fastpass nak masuk attraction tu dah sampai.

Memang sesungguhnya fastpass betul laa...dalam masa tak sampai 10 minit dah boleh terus naik bot ?! (ke haper tah menatang tu) utk mengembara ke dalam dasar bumi yg penuh misteri dan bahaya (gamaknya laa). Ehheheheh....jgn jeles pada meka2 yg tgh beratur lagik tu. Sebelum ni kitorang dah berkorban masa nak tunggu attraction lain...so, bagi ler chance kan...! Yg best time bot tu menjunam turun cam roller-coaster tu la...Ahahahah!! Tak sempat nak menjerit...Hikssss....tau2 jer dah sampai bawah....

Dah puas adventure, dah puas relax, dah puas seghonok sumer...tiba la time nak cool down plak. Tapi sebelum tu sempat gak kitorang naik Flounder's Flying Fish Coaster kat Mermaid Lagoon. Time tu dah takder barisan panjang, kejap jer dah boleh naik. Berpusing2 ler kitorang dek coaster tu. Nasib tak fenin jer...ahahahahah!!! Lepas tu baru gi menjalankan aktiviti survey kedai souvenir plak. Kot2 maner la tau jumpa souvenir yg berkenan. Abis sumer area nyer shops kitorang redah. Sambil tu sempat gak tengok pertunjukan bunga api  yg dipanggil Disney Sea Symphony yg bermula lebih kurang kol 8:15 mlm. Wuissshhh! Lawa wehhh! Rugi ler aku takder video camera (tu la...dulu eksen takmo beli masa ader duit). Kalo tak best ler bleh merakamkan pertunjukkan bunga api yg disertai sekali dgn persembahan musical Mickey and friends tu. Abis mendalah tu, kitorang sambung balik la aktiviti shopping sampai nak dekat kol 10, time theme park ni ditutup. Tapi, nengok2 takder la memborong sakan pun. Setakat beli key-chain  ngan cookies jerr....cheh...beriya la menghabiskan masa dok keluo masuk kedai. Kih! Kih! Kih! Sesungguhnya memang genap separuh hari kitorang menghabiskan masa kat sini. Giler penattt...tapi seronok la. Tokyo Disney Sea ni tak ler banyak sgt attraction macam Disneyland tu, tapi still lagi menarik perhatian. Disney Sea ni sesuai untuk golongan adult..especially pada pasangan couple pasal ader2 certain tempat yg suasananya lawa and romantic...nak dating tu sedap lerr. Tak macam Disneyland, fancy and colourful, more suitable for kids and teenagers. Disneyland is a great place to have fun la...kat Disney Sea lak byk time to relax and be cool. Eheheheh!!

 Picture Gallery

Back