Kat Japan ni tak bleh sesuka hati jer nak buang sampah. Ader sistemnya sendiri yg kena dipatuhi. Biasanya dalam seminggu 3 kali gomi akan diangkut. 2 kali untuk moeru gomi (combustible rubbish) dan sekali seminggu untuk moenai gomi (non-combustible rubbish). Jadual (hari dan waktu) untuk pembuangan gomi juga telah ditetapkan mengikut kawasan masing2. Macam kat tempat aku hari Selasa dan Jumaat untuk moeru, manakala Rabu untuk moenai gomi. Jika hari tu merupakan cuti am, biasanya gomi akan diangkut pada keesokkan harinya.

Moeru gomi termasuk la namagomi (garbage seperti sisa makanan), bahan kertas, rumput dan ranting2 kayu yg telah diikat seberkas. Kalau moenai gomi tu termasuk la bahan plastik (botol, etc), bekas kosmetik, bahan kaca, kasut, beg, belt, payung, perkakas dapur or rumah daripada plastik or  logam, barangan buatan getah, bateri, etc. Semua ni sebaiknya dimasukkan ikut jenis (kalo plastik, bubuh plastik jer, kalo bateri, bubuh bateri jer la) ke dalam poli bag/plastik transparence/half transparence dan dikumpulkan kat tempat gomi yg telah disediakan. Untuk moenai gomi botol/bekas kaca (botol kaca minuman, botol jem, etc), sebuah bekas plastik berwarna merah disediakan khas untuk membuang botol/bekas kaca tersebut. Tetapi, penutupnya hendak la diasingkan dan dibuang bersama moenai gomi lain. Manakala untuk moenai gomi tin aluminium pulak ( tak kira la tin minuman ker...tin bekas makanan ker), ader disediakan bakul 4 segi kaler hijau. Boleh sumbat semua tin masuk dalam tu. Kalau dah tak muat, boleh juga kumpulkan sebekas dalam plastik. Botol kaca dan tin ni kena diasingkan pasal boleh direcycle nanti.

Selain tu, ader jugak hari di mana newspaper, danboru (corrugated cardboard), buku (termasuk magazine, comic, etc) akan diangkut bergilir2 setiap minggu sekali. Biasanya ia akan diangkut pada hari yg bersamaan dgn moenai gomi (cam kat tempat aku hari Rabu la). Katakan la this week buang buku, next week buang newspaper lak hari Rabu tu. Nak pasti kena ader calendar gomi la. Calendar ni boleh didapati dalam web site rasmi kawasan tempat tinggal masing2...tak pun boleh tanya oyasan (tuan rumah apato masing2). Ader calendar ni, senang la nak tau hari tu boleh buang aper. Untuk newspaper dan buku, bila dah kumpul bebanyak tu, hendak la diikat dgn tali supaya senang nak diangkut. Begitu juga ngan danboru, tapi kalo danboru tu tu saiznya beso sgt, kena potong 50cm x 50cm, pas tu baru la diikat sekali. Menda2 ni hendak la dikumpulkan kat tempat pembuangan moeru gomi. Jangan campur kat tempat moenai gomi lak.

Satu lagi jenis gomi yg boleh dibuang ialah pakaian. Pakaian ni meliputi kain baju tak kira la T-shirt ker kemeja ker..aper ker, jeans, sheet, towel, mofu (selimut tebal) dan sebagainya. Yang tak masuk dalam senarai ialah nuigurumi (teddy-bear, etc), carpet, futon dan pakaian daripada bahan getah. Pakaian yg nak dibuang ni dikumpulkan dalam plastik besor dan diletakkan kat tempat pembuangan moenai gomi. Gomi jenis ni sekali-sekala jer akan diambil, bukannya tiap2 minggu. Ader la dalam 2 bulan sekali kot dan biasanya diangkut pada hari Sabtu. Nak tahu tarikh yg tetap, kena refer kat gomi nyer calendar laa...

So, kalo ader antara korang yg nak mai sini jangan terkejut lak tengok ader byk jenis tong sampah kat sini. Ader tong untuk moeru gomi, moenai gomi dan tong untuk bahan yg boleh direcycle seperti tong untuk pet bottle, tong untuk bin (tin) dan tong untuk buang paper /magazines. Ehehehehe!!! Malaysia pun dah buat sistem untuk gomi yg boleh direcycle kan...So, ringan2 kan la tangan korang nak buang sampah kat tempat yg sepatutnya demi mengurangkan pencemaran alam sekitar untuk kebaikan kita bersama (Ewaaahhhh!! Cam iklan plak...). 

Back