Make your own free website on Tripod.com


Actually ruangan ni memberikan peluang kat korang utk berkongsi pengalaman bagaimana life student kat oversea especially in Japan dan juga sket-sebanyak maklumat mengenai negara ni. So,  aku nak citer la kat korang apa yg telah aku pelajari sepanjang life aku 4 tahun kat Jepun ni...Harap-harap korang tak bosan ler nak membacanya.


Muka Depan

UPDATE!! My Diary, Travel and Knowing Japan!
Menu


My Diary

Travel

Japanese Artists

Knowing Japan



Life Sekarang
Bemulanya College Life
First Time kat Jepun
My College
Hachioji Seminar House
My Classmate

Nak baca bahagian UPDATE saja ker? Click here!

Sekang ni aku still lg menuntut kat salah sebuah private universiti(shiritsu daigaku) kat Tokyo as 4th year student. Kat dai(U) aku ni kira atr dai yg byk mempunyai pelajar asing. Selain drpd student M’sia,
student-student from all over the world like Korea, Taiwan, Thai, America, China, Pakistan, Arab Saudi, Egypt etc also studying here…Student M’sia this year ader beberapa belas org kesemuanya termasuk ler aku. Well, kitorang kat sini spt yg korang tau kebanyakannya dibawah scholarship kerajaan, ader gak yg dtg utk kursus or sambung master/PHD dan ader juga yg dtg ke sini dgn tanggungan sendiri. Macam aku ni kira bertuah ler pasal kerajaan nak tanggung, tak de la bersusah payah kena carik pendapatan lain kat sini.

Bila masuk 4th year, dah takde dah kelas ker or kuliah kat dewan besar macam tahun-tahun sebelum ni. Kena dok memerap kat bilik kenkyu(research) ataupun kena pegi lab buat jikken(experiment) melainkan kalau ader lagi subject tahun sebelum ni yg perlu diambil semula or kena ambil subject lain untuk memenuhkan credit, baru la kena pergi ke kelas.

Meh aku syokai(introduce) kat korang pasal bilik kenkyu aku. Actually takder aper yg bleh dibanggakan ngan kenkyu aku ni. Ahli kenkyu semua sekali ader 17 orang. Kenkyu aku ni pasal heat engineering tapi dipecahkan kepada 2 bilik  berasingan. Satu bertemakan heat transfer(6 org students) dan satu lagi bertemakan combustion engineering (8 org students termasuk aku ler..heheh...).Campur ngan sorang senpai(senior), sorang T.A(Teacher Assistant) ngan 2 org sensei(lecturer) jadiler 18 org semuanya. Kira ramai ler gak kan...heheh...Dlm bilik kenkyu kitorang ader 8 tema semuanya. Ada tema yg buat bertiga, buat berdua dan ader juga tema untuk sorang jer...Untuk ken(kependekan kenkyu) aku ader 3 tema, 1 tema buat bertiga, 1 tema buat berdua dan 1 lagi tema utk seorang(aku ler tu). Aku nyer tema ni ader kaitan ngan tema senpai master aku...tajuk jer lain sket. Kira, kalau nak mintak tolong ajar tu bleh la aku refer kat dia selain bodek kat sensei or T.A. Ni ler satu-satunya tema yg tak memerlukan aku pi buat eksperimen. Pasal tu tema ni bleh buat sensorang. Kena dok depan computer jer buat analisis guna program. Hmmm....nak kata senang tu takder la. Banyak menda yg aku kena belajar, semuanya baru pada aku. Waktu ni la aku kena berkenal-kenalan ngan Unix, program tindak balas kimia yg dipanggil Chemkin/Senkin program, kena biasakan diri guna Microsoft Excel, file transfer protocol FTP dan byk lagi menda yg wakewakaranaikoto(haper menda pun tak paham)yg aku kena belajar. Itu tak masuk lagi ngan nak kena baca dan pahamkan ronbun(thesis)senpai tahun lepas dan paper-paper lain yg aku kena translate sendiri sbg rujukan utk tema yg aku buat tu. Pening kepala otak aku...Huhh!!

Baru-baru ni aku baru je selesai chukan happyou(intermediate presentation)pada 24/7 yg lepas. Gabrak giler aku masa tu...Ye la, selama ni tak pernah ader keiken(pengalaman)kena buat presentation depan org. Happyou tu diadakan utk menilai kefahaman kita tentang tema yg dipilih serta menilai sejauh maner kenkyu kita tu dah bergerak.   Nasib baik la sebelum honban(the real one)happyou ken aku ader buat 5,6x rehearsal kot tak silap aku. Tiap kali rehearsal ader jer menda yg sensei tu tegur. Siap record suara  dlm tape lagi, so...kalau tersilap cakap tu takleh nak nafikan ler pasal tertinggal bukti. Haa..dasat kan?! Kalau struktur ayat pada kertas OHP tak betul, abis la kena gelak ngan dia. Sabo jer la sensei aku tu...Tu yg jadi byk kali kena buat rehearsal tu. Buat perabis kertas OHP jer. Tapi, bagus gak ler...kalau tak kita tak tau la aper yg silap dan bila rehearsal banyak kali, kurang ler sket perasaan kincho(gabra)tu ye tak?! Happyou ni ader timingnya...Utk seorang(cam aku)kena happyou dlm masa 5 minit, kalau berkumpulan plak dlm masa 7 minit dan tambah lagi 2 minit utk sesi soalan. So, jadi 7 dan 9 minit ler totalnya. Camner pun Alhamdulillah...chukan happyou tu dah settle. At least aku tau aku ta kena saihappyou(happyou semula)tu pun dah cukup baik daaa....

Hmmm....sebelum aku 3/4 giler ngan chukan happyou tu aku dah ter1/2 giler plus tension pasal nak carik kerja yg bermula penghujung bulan April hingga penghujung June. Utk student thn akhir kat sini, kitorang diberi peluang buat syuusyoku katsudou(carik kejer)kat sini dengan menghadiri career forum yg dianjurkan oleh persatuan pelajar dgn kerjasama embassy. So, wakil dari syarikat-syarikat Jepun dari Malaysia yang menyertainya akan datang ke forum tu dan mempromote  syarikat  masing-masing kpd student-student yg hadir. Antara sykt yg join tahun ni termasuklah Sharp, Matsushita n anak-anaknya, Hitachi, Alps, TDK, Showa Denko, NTT, etc dan kebanyaknya menawarkan peluang kejer kat Selangor, Johor, N.S, Kedah n Penang. Kemudian kitorang akan dipanggil dtg intebiu dan kalau nasib baik dapat ler peluang kerja kat sykt tu.

Ni...nak citer sket la ni. Ari tu(Sabtu 9 Jun) patutnya aku kena pegi interview ngan company Sharp kat Osaka(2 jam lebih naik shinkansen(bullet-train) dari Tokyo kol 1:00 tghari. Tapi, agaknya mmg dah tersurat aku terbangun lambat pagi semalam tu, so terpaksa ler aku burn ajer interview aku tu. Nak citer laa ni...Aku nak ikutkan mmg takde la prepare aper pun nak gi interview tu pasal aku pikir-pikir aku tak der la berminat sgt nak masuk Sharp tu memandangkan kena kerja kat Senai, Johor. Aku kalau boleh nak kerja samada kat Selangor, N.Sembilan or Melaka jer(ewahh..memilih la ni...). So, ari Jumaat tu aku kemas aper yg patut jer la, setakat gosok baju dan siapkan beg...Bukannya aku study pun padahal ader exam gak esok tu. Kepala otak aku sebenarnya lebih byk pikir pasal nak kena happyo dr nak gi interview. Ari Jumaat tu pun aku dok sibuk buat report utk happyo. Actually tiket train pun dah beli. Aku mintak member aku tolong belikan pasal aku ingat nak saing pegi ngan dia sekali. So, kitorang plan nak jumpa kat eki Tokyo la dan naik shinkansen dr situ sampai Osaka. Punya la beriya tu...aku pun tido ler cam biasa mlm tu. Dah kunci jam nak bangun kol 5 setengah. Esoknya...aku sedar jam loceng aku tu berbunyik tapi pasal tak sampai lg kol 5:30 aku pun tak bangun terus ler...Konon sat laie baru ler nak bangkit(pasal dah terang pun waktu tu). Tah macamana tah...aku bleh tertidok balik ngan syoknyerrr...Sedo2 jer bila aku tengok jam, 1 minit lagi kol 8 pagi. Terkedu jap aku sat tu...heheh....patutnya kol 8 tu aku dah ader kat eki (stesen ketapi)Tokyo pasal shinkansen yg aku nak naik tu kol 8:20...ahaksss....time tu tergelak gak aku sensorang. Aku dok pikir sat nak buat camner. At last aku buat keputusan tak jadi pegi pasal aku rasa mmg tak sempat aku nak kejar masa walaupun aku nak shinkansen lain. Aku pun tunggu ler member aku tu tepon aku...terkejut badak air dia bila aku bagitau yg aku still ader kat umah lagi....Tu laa..agaknya niat aku yg maleh nak pegi intebiu tu betul-betul Allah jadikan kenyataan. Ha!Ha!Ha! Padan muka!!

Tapi camner pun rupanya ader benda lain yg tersirat gak sebalik tu...Sorang member aku, called ajak aku gi ke taishikan(embassy) coz ader majlis perjumpaan ngan PM kita…Ewaahhh!!! Memandangkan aku pun free secara tak sengaja ari tu, aku pun berminat ler nak gi. Lagipun, bila lagi la nak tengok dan jumpa Mahathir tu dekat-dekat….bukannya senang nak dapat chance cam tu ye tak?! Rugi gak rasanya kalau lepaskan peluang cam tu ajer…heheh…tambah lagi lak dapat makan free….tak yah aku masak hari tu. Petang tu aku pun janji ler ngan member nak jumpa dia kat eki Shibuya pasal nak saing sama gi taishikan. Bukannya aper…pasal aku lupa jalan nak gi taishikan tu…heheh(apparra…nama jer dah 3 thn dok sini….). Majlis tu start lebih kureng kol 7 lebih. Berebut memasing nak salam ngan PM dan isterinya. Aku pun nak gak…Heheh….dgn bangganya aku hulur tgn kat meka…nasib baik disambut…Hik!Hik!Hik! Memasing2 tekun mendengar ucapan dan nasihat PM. Maklumler..julung-julung kali mendengar secara langsung. PM cerita pasal zaman dia waktu penjajahan British dan kedatangan Jepun dulu. Kan PM yg melancarkan dasar pandang ke timur ni kan…dia bagitau ler sebab aper dia pilih Jepun ni utk ditiru, aper yg patut ditiru drpd Jepun walaupun suatu ketika dulu Jepun ni pernah menjajah negara kita. Hmmm….cerita pasal wawasan 2020 etc. Lepas tu ada sesi jawab soalan. Byk gak ler soalan yg ditya kat PM sampai PM sendiri pun tak larat nak jawab semua. Lepas tu masuk program makan, memasing pun dah kelaparan. Ader nasik, lauk ayam, daging, roti canai, kuewtiau(ni aku tak sempat rasa pasal barisan beratur pjg sgt..), desserts n fruits. Hmmm..kalau dpt makan semua, mmg kenyang aku rasa. Pas tu start ler sesi photography. Mmg tak lekang-lekang ler bebudak(termasuk org2 kedutaan) ni nak amik gambar ngan PM..termasuk aku gak ler…tapi aku ….Cuma tumpang nyibuk jer laa kat kamera org lain. Saper la diri ini...ewahh...

Masuk bulan August, natsu yasumi(summer vacation) pun dah bermula. Dai aku ni cuti natsu(summer) sebulan lebih jer tapi utk student-student 4th year, cuti natsu yg rasmi bergantung pada sensei ken. Macam aku ni haa...cuti rasmi ken seminggu jer...masa pertengahan bulan August ni...Tapi, kalo takder menda sangat nak buat tu, ponteng jer la ikut suka ati cam biasa.

Aiikk..kejap jer dah nak masuk bulan October. Dai aku baru jer tamat cuti natsu yasumi(summer vacation). Baru last week 13hb naik sek balik. Aku pun lepas gi Hokkaido hari tu terus cuti 2 minggu(tak bagitau sensei ken lak tu, memandai ikut suka ati aku jer...). Bila gi ken(lab) balik, nengok-nengok kena bebel ngan sensei, banyak keja baru plak kena buat lak tu. Chiss...padan muka aku. Sekarang ni setiap minggu aku ader 2 kali meeting kat lab. Dah la tu, 1 meeting tu plak kena buat presentation bagitau sampai mana kerja kita dah buat siap ngan kena terangkan hasil kerja sekali la( buat pemerhatian la, kesimpulan la...)Huaaa...Bleh nangih aku nak buat menda-menda tu every week.

Bila masuk 2nd semester ni aku memang jadi bertambah maless berbanding semester awal(tah...yg aku perasan tiap tiap tahun aku jadi cam tu. Apsal la ekk...). Lagi satu sebabnya ialah sekarang ni aku sibuk...bukan sibuk buat research tapi kemaruk buat homepage. Hi..hi..hi...Dah tak betul sket  kot aku sekarang ni. Homepage aku ni still lagi dalam pembikinan, tah bila nak siap aku pun tak tau. Seronok plak rasanya buat homepage ni cuma kerjanya makan masa la pasal banyak menda hendak ditulis. Maklum ler kena rewind balik kepala otak ni nak ingatkan balik story dulu-dulu. Tu yang payah tu. Aku ni lak jenis manusia yg tak suka buat diary harian. Lagi ler susah aku nak ingat. Hmmm...camna pun, aku try buat sehabis baik la ek! Cuma banyak makan masa la pasal aku tak bleh nak bagi perhatian buat mendalah ni jer. Kang tak graduate plak aku tahun ni.

Kalau ikut bulan, musim autumn dah nak sampai ke kemuncak gak ni. Kat tempat aku ni pun pokok sakura pun hampir dah togel. Gugur daun berlambak-lambak. Banyak yg dah berubah kalernya jadi merah, kuning ataupun kaler oren...Elok bebenor ler kalau nak buat sesi photography ala-ala Hindustan time ni. Nak bergolek or nak berguling ateh rumput pun boleh...Cuaca pun tengah baik sekarang ni...Cerah jer...Cuma sejuk jer la pasal suhu dah jadi belas-belas jer time ni. Bila masuk malam, lagi ler sejuk...especially kat kediaman aku ni...Orang tepi gunung ler katakan. Kat rumah pun dah start pakai heater. Kalau tak kang, half beku plak nanti. Kat sini sedap ler menjalani ibadah puasa pasal malam masuk cepat. Imsak dalam kol 4:50 pagi, maghrib plak kol 4:30 ptg...Haa...takkan cepat tu...Orang kat M'sia baru nak buka puasa, kitorang kat sini dah siap sembahyang Isya' daa...Heheh...jangan jelesss...Tapi, kekurangan tu tetap ader gak...tak rasa sangat la yg kitorang ni berpuasa pasal jangkamasa yg cepat dan suasana pun sejuk. Pas tu lagi satu problem cepat lapoo...hahah! Agaknya pasal energy banyak guna utk panehkan badan kot. Tu yg buat perut aku cepat menyanyi tuhh...Tensen gak aku. Yela..tgh dok sedap2 meeting lab, perut aku plak berbunyik. Chisss...kacau daun n kacau ranting jer. Aku pun terpaksa buek muka dono jer la...Cover..cover...Ahaks! Meriah ramadhan pun takder sangat pasal ader yg tak berpeluang nak solat tarawikh beramai-ramai. Pas tu, tak macam kat M'sia...dapat makan banyak kuih-muih dan lauk-pauk best-best kat rumah. Gerai-gerai makanan pun banyak kan kat sana...Kat sini serba-serbinya macam biasa. Semuanya bergantung pada diri sendiri kalau nak makan sedap. Dapat orang yg tak gheti masak cam aku ni, tensen gak ler...Selalunya time bukak puasa, aku still lagi ader kat dai. Tu pun takat minum air jer. Nak beli roti kat vanding machine, roti nyer aku tak berkenan plak..(Ewahh...memilih plak aku..banyak songeh betul..Dah tau lapo tu, buek ler cara lapo..cheh!!). Bila dah balik rumah baru makan. Tu pun tengok ler aper yg ader. Makan roti ker (ehekk..roti lagi kaa...), biskut ker, mi segre ker...kot kalo rajin, buek la cekodok bawang ker, cekodok pisang ker...Dah abis semayang Isya' baru ler masak nasik. Time sahur aku selalu kunci jam bangun kol 4 pagi...Makan ler lebih kureng asal jgn tak makan langung. Perut aku ni jenis mengada2 sket...tu pasal kena bagi mentekedarah gak tu...(ishhh...ganeh plak bunyiknyer...). Pum! Pang! Pum! Pang! Pas tu bleh semayang Subuh terus then sambung tido balik sampai kol 9:30 pagi. Kol 10 lebih baru aku gi dai. Hiks! Anyway...I want to wish Happy Ramadhan to all Muslims all over the world, wherever you are...:)

Hmmm...sekang ni aku tengah dalam proses membuat thesis...Ader la beberapa helai yg dah siap. Tu pun kena mintak sensei check dulu tu. Bukan setakat nak check isi jer tu, aku nyer grammar pun dia kena check gak. Awal-awal lagi Sir Harry (gelaran aku panggil sensei aku tu) dah sound aku suruh start buat thesis cecepat. Tah aper-aper ayat tah aku tulis...Bukan setakat Sir Harry jer tak paham aper yg aku tulis, bila baca balik aku sendiri pun tak paham amenda yg aku dah tulis...Ha!Ha!Ha! Camner tuh?!

Sambil-sambil tu sempat gak aku updatekan sket-sket homepage buruk aku ni...Pantang jer aku ader kat rumah, gatal jer tangan aku ni nak bukak computer dan edit something kat homepage ni. Sampaikan ader masa tu bleh tersasul bawak M.O yg berisi file homepage ke lab. M.O data kenkyu plak bleh tertinggal kat umah. Nasib baik hari tu ader meeting lab...kalau tak menyesal tak sudah aku tak bleh nak buat kerja. Tu la, masa awal-awal dulu tak pulak aku terpikir nak buat homepage ni...Time sibuk-sibuk ni baru ler terhegeh-hegeh nak buat...Huh!! Setakat ni, aku dah updatekan sket part Travel tu. Ader 3 citer baru aku dah tambah dan aku sertakan gambo sekali. Pas tu aku baru start buat part baru, Knowing Japan. Still dalam pembikinan lagik...Hope korang bleh bersabo ler untuk menunggunya...

Citer terbaru aku...

Hehehhh...takder aper pun...Nak pegi jalan semua orang tengah sibuk...Tapi aku sempat gak ler dihasut (ker...aku yg menghasut?!) leh member aku yg sokmo jiman (bangga) ngan kawasan "jajahannya" kat Tokyo tu gi tengok movie citer Jepun kat SATY dekat ngan rumahnya hari Sabtu lepas (17/11). Kitorang tengok show yg last, pukul 9:30mlm. Movienya bertajuk "Reisei to Jyounetsu no Aida"(Between Calm And Passionate) yg dilakonkan oleh actor favourite aku, Yutaka Takenouchi. Hahah!! Mesti ramai yg kenal kan?! Kisah cinta sejati (kononnya laa...) yg makan masa 10 tahun...Fufufufufufufufu!! Not bad la citer tu, lagipun best lakonan Y. Takenouchi dalam citer tu. Pengambarannya banyak dibuat di Italy dan juga di Jepun. Movie tu abis +/- kol 11:30...Tak sempat aku nak tengok siri Roswell (citer alien daa..) malam tu.
Esoknya aku lepak kat rumah member aku sampai waktu berbuka. Best woo makan...Member aku masak ayam masak merah ngan sayur terung masak kicap (korang jangan gelak...resepi baru... idea aku la tu) plus pingat pisang. Fuyo!! Tak sesia aku datang...Keh!Keh!Keh!! Sebelum tu pun aku baru makan sedap kat umah orang gak. Ader majlis baca yasin kat umah sorang kohai (junior) tu. Depa masak nasi tomato, ayam masak merah, acar timun + nenas, masak kurma telur dan juga agar-agar. Fullamak!! Rugi ler saper tak datang hari tu. Nak harapkan aku masak sendiri, alamat berkurun ler jadinya...

Di bulan puasa ni jugak sempat aku pergi ke konsert BSB kat Tokyo Dome...MasyaAllah...korang jangan ler tiru peel aku ni ekkk...Tak elok sebenonya...orang patutnya tambahkan amal ibadat, aku enjoy plak. Nasib gak ler konsert tu start lepas waktu berbuka, takder la rasa bersalah sangat...Har!Har!Har! (Oiii...insaf ler wahai umat!!). Aku sebenornya daripada kecik dah berangan-angan nak gi konsert ni...ye la...nak rasa sendiri camner meriahnya bila tengok konsert secara live. Dapat gi sekali pun ok ler...Then, aku dapat chance tu kat sini...Ok ler tu kan...Konsert tu start kol 6:30 ptg selama 2 jam. Ni kali ke dua aku dapat menjejakkan kaki ke Tokyo Dome selepas gi tengok NBA Games sebelum ni. Not bad gak ler konsert BSB tu. Yang pastinya aku enjoy la dengan performance live diorang. Cuma suara Nick jer yg kondem sket time tu pasal kot dah masuk 3 hari berturut2 depa mengadakan konsert Black & Blue World Tour di sini. Suara meka yg lain (Brian, Howie D, A.J n Kevin) semuanya power lagi. Actually aku bukan ler minat sangat pun BSB ni, aku cuma berminat kat lagu-lagu diorang dan kagum dengan suara depa jer la...Menjerit-jerit Jepun keliling aku bila BSB muncul kat stage. Jangan tak tau Jepun ni kira fanatic gak ngan artis. Wooo!! Tapi sound system memang dashyat gak ler...Kalo org tua ler yg datang, aku rasa bleh gugur jantung gak dibuatnya...Hoh!! Nasib baik aku ni muda belia lagi..(Ewah! Perasan...porra chitt!!). Balik tu penuh giler orang kat sepanjang jalan dari Tokyo Dome nak menuju ke eki Suidobashi. Barisan manusia ngalahkan panjang keretapi. Siap berlaku "traffic-jammed" lagi gitu...Sambil dok menunggu barisan bergerak, ader gak aku terdengar suara Jepun maner tah kata yg pengakhiran konsert tu assari (plain). Ahakss...nak tergelak aku dengar time tu. Bila pikir2, betul gak aku rasa pasal masa the beginning tu punya la beriya ngan bunyi "meteor" meletup bang boom bang ngalahkan bunyik meriam buluh sampaikan terkezut- gezut penonton dibuatnya. Tapi, bila penutup habis gitu jer la lepas diorang nyanyi lagu Drowning tu. Kira takder encore aper-aper lagi la lepas tu. Hmm....whateva laa...

Paling terbaru...hari Sabtu (24/11) lepas telah diadakan aktiviti "Usrah Ramadhan" yg dianjurkan oleh KUJ (Kelab Umno Jepun) di rumah kediaman milik embassy Malaysia kat Shibuya. Majlis patutnya start kol 2:30 ptg, tapi biasa la kan...ramai yg datang lambat, so majlis pun start lambat gak ler jadinya. Mereka yg datang hari tu pun tak begitu ramai. Aktiviti dimulakan dengan solat Asar berjemaah. Kemudian diikuti dgn bacaan Al-Mathurat dan juga takzirah mengenai Ramadhan sehingga masuknya waktu Maghrib. Selepas azan dilaungkan, kitorang beramai-ramai berbuka puasa dgn sedikit juadah kuih-muih (tak lupa juga buah kurma) yg ader disediakan. Lepas berbuka tu, barulah menunaikan solat Maghrib pulak. Setelah selesai, baru lah boleh makan nasi pulak. Ader lauk ayam dan acar...hehehe....Tak lupa gak buah limau sorang sebijik...hehehe....Usrah ramadhan ni berakhir selepas menunaikan solat Isya' dan solat tarawikh. Abis usrah, aku ngan geng2 aku ni pi melepak plak kat rumah sorang member. Kitorang sempat lak menyempatkan diri pegi beli kek chifon cokelet ngan cheese cake kat depato (department store) walaupun time tu tinggal 2 minit jer lagi sebelum kol 9:00 waktu depato ditutup. Berlarian kawan aku duorang tu masuk depato takut tak sempat...Ahaksss....Malam tu sebelum tido, kitorang berlima pun buat ler party cake sendiri. Esoknya lak, member aku masak laksa penang dan bubur pulut hitam sebagai juadah berbuka puasa...fuhh...bahagia la aku...berturut2 dapat makan sedap (yg pastinya bukan aku yg masak laaa...hihihi...:P).

Ahakssss....lamer bebenor rasanya aku tak mengerjakan ompej buruk aku ni...Sejak kena sound dek Sir Harry suruh buat ronbun, aku pun terpaksa ler menjauhkan jari-jemari aku ni dari menaip ompej. M.O ompej ni pun aku sorok dalam oshire (lemari) pasal takut kena culik dek aku tiap kali bukak computer kat umah ni...Haaa...punya la aku berusaha keras utk bersabo dari membuat ompej gara2 nak bagi tumpuan kat ronbun dan juga happyou aku tuh...

Actually sebelum aku citer hal aku ari ni...korang kena la baca citer aku sblm ni yg tak sempat aku tulis. Walaupun dah lapuk sket...korang kena baca gak ler pasal kalo tetiba jer aku melompat dari bolan posa ke tahun baru ni...tak sedap plak rasanya...gap beso sgt...

Pada 3/12 lepas aku gi tengok momiji (coloured leaves) ngan member aku kat kawasan gunung kat umah aku ni ha...Satu eki lepas eki aku...Pasal tu aku ponteng tak datang dai hari Senin tu..hahaha...nak ikutkan dah terlambat gak ler pi tengok momiji tu pasal daun banyak dah kering...dah tak lawa sangat. Patutnya aku kena pegi seminggu lebih awal baru la best, ni dah nak masuk fuyu (winter)....Gunung tu tingginya 600 meter kot kalo tak silap aku. Dari bawah sampai ketinggian 400 lebih, kitorang naik cable car. Maleh nak panjat...maklum ler dah berkurun lamer tak warm-up....kang semput lak aku kang...Member aku jugak yg susah..ahakss. Dari ates tu kena jalan kaki sendiri la panjat tangga untuk naik sampai ke puncak. Tu pun semput gak aku dibuatya. Laju giler beat jantung aku bergerakk...takut lak aku..ehehehe...aku tengok pakcik-makcik lain yg datang tengok momiji cam kitorang pun jalan lex jer...kalah aku yg muda ni haa...Segan plakss...Sepanjang jalan nak menuju ke puncak tu jumpa ler beberapa buah otera (temple Jepun). Selain tu ader gak tempat utk isterehat disediakan. Suasana dingin tapi segar...best dapat tengok keindahan alam semula jadi. Kalo tak asyik tengok bangunan jer... Bosan giler aku...kali ni baru dapat restkan mata betul2...Sampai kat puncak, kitorang berehat jap...jeles gak tengok org lain berpicnic kat ateh puncak gunung tu...ye laa...kitowang kan posa....mesti seronok kalo bleh picnic kat situ kan...Bila dah hilang penat, peluh dingin pun dah kering, baru la kitorang turun semula. Kali ni kitorang turun ikut path lain dari path mendaki tadi. Path kali ni banyak lalu kat lereng gunung...gerun jer aku tengok kecuraman kat tepi tuhh...huhuhu!! Sambil2 tu kitorang dok membaca papan tanda perihal tumbuhan dn haiwan liar yg ader kat situ...seronokkk...pokok2 kat situ memang ajaib ler...ader yg dah berusia ratusan tahun. Ader yg besar, jauh lebih tinggi drpd pokok kelapa pun ader...Subhanallah...begitu agungnya ciptaan Allah kan....Jalan nyer jalan, pas tu kena lintas jambatan la..., pas tu jalan lagik...at last sampai gak kitorang gak ke "main road" yg kitorang dah lalu masa nak mendaki sebelum ni. Hohoh...lega...kira dah tak jauh ler. Nak turun terus ke bawah sendiri, kitorang dah tak larat..heheh...So, kitorang balik ke kaki gunung semula ngan menaiki lift chair plak. Masa pegi tadi naik cable car. Kali ni tukar plak....naik kusi tergantung (bak kata member aku tu). Sampai kat bawah, kitorang pun singgah jap pi cari key-chain nak buat souvenir sebelum balik. Time tu tinggal lagi 1/2 jam jer sebelum kol 4, waktu tempat tu ditutup. Mesti korang rasa awal giler kan...tapi aku rasa memang tak bleh nak buat aper pasal kol 4:30 dah masuk maghrib...suasana dah jadi gelap. So nak tak nak kena gak ler berambus balik...Ehehehe!!

9/12 (Sabtu)...bebudak sekampung (kitowang bebudak M'sia ler...) telah mengadakan majlis Khatam Al-Quran juga majlis berbuka puasa beramai2 kat "Balairong Seri Diraja" (kediaman kohai kitorang....heheh!) yg bermula +/- kol 3:45ptg. Kitorang telah mengadakan aktiviti Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan di mana setiap orang (semuanya 25 org) telah dibahagi2kan surah2 Al-Quran yg perlu dibaca. So, pada 23 Ramadhan ni telah ditetapkan majlis khatamnya. Majlis bermula dengan bacaan surah2 lazim oleh meka2 yg hadir (boys jer la) dan diikuti ngan doa khatam Quran beramai2. Lepas tu kitorang pun berbuka puasa kol 4:28 ptg. Ader kurma, popia goreng, pengat pisang, bubur lambuk dan cheese cake sebagai juadah berbuka puasa. Lepas berbuka dan restkan perut kejap, dalam kol 5 lebih kitorang pun berjemaah solat maghrib beramai2 dan kemudiannya diikuti ngan sedikit takzirah mengenai malam Lailatul Qadar. Pas tu makan lagi ler...hahah!! Kali ni makan berat plak. Makan nasi ayam...fuhhh....sedap...sedap...Makan, borak, makan, borak, bla!bla!bla! meleret2 sampai ke pukul 8. Biasa ler...bila dah ramai...Kepohh!! Bila dah kol 8, baru ingat nak semayang Isya padahal Isya dah masuk 2 jam sebelum tu. Lepas Isya berjemaah, solat terawikh plak. Selesai solat, ader lagi makan part 3 (moreh). Memang kaya ngan makanan sungguh ngalahkan hari raya. Untuk moreh, ader kuih karipap n bihun goreng. Sampai ader member yg senak perutnya dok asyik makan jer...Kitorang akhirnya bersurai dalam kol 10:40 mlm...(Nasib baik rumah aku dekat...hoh!!)

Malam raya...
Kitorang telah dijemput  ke rumah "ketua kampung", "Tok Mok" di kediamannya untuk memeriahkan sambutan hari raya. So, start petang tu (dlm kol 1:30ptg)kitowang beramai2 memulakan kerja untuk memasak beramai2. Kerja aku dok potong sayur n bawang jer la...bab memasak tu awal2 aku surrender...Chef memasak kali ni Tok Mok, kohai girls dan dibantu dek member2 lain. Mok masak bubur lambuk, kohai girls masak lauk daging, rendang ayam dan kuah kacang (aku nyibuk jadi tukang kacau jer la), masak kuah lodeh pun ader, boys plak jadi tukang jaga kayu api dan tolong panggang ayam yg Mok dah perap semalam. Kitowang masak rendang ngan panggang ayam kat luar. Ewaahhh...cam buat kenduri plak...nasib tak buat ketupat ngan dodol jer. Masa masak kat luar tu, angin kat luar punya la kuat...dah la kat luar tu sejukkk...payah gak bebudak tu aku nak idup dan jaga api. Nasib baik aku dok kat dlm umah...terselamat..eheheh!! Jahat aku...Ader sekali tu, masa tgh dok tumis rendang, sekali tu angin bertiup kuat sampai tercampak kuali rendang tu dari tungkunya. Nasib baik kuali tu tak terbalik, cuma tertumpah isi sket ke tanah...Kalau tak rugi ler....Masa waktu berbuka tu, lauk banyak tak masak lagi. Kitorang bebuka ngan kurma, dodol, kuih raya dan juga bubur lambuk. Nak minum, amik air paip jer...Masing2 tgh sibuk time tu. Lepas maghrib baru ler lauk siap. Baru ler bleh makan. Tu pun lauk banyak dah kena usik sebelum tu. Cheehh..konon niat nak rasa jer la, bila dah rasa sekali...dok tambah lagik...Mana la lauk2 tu tak berkurang pasal dah banyak kena cekut dek diowang ni(termasuk la aku). Memang lauk raya sungguh la malam tu...ngan rendang la, daging la, ayam panggang la, nasi himpit, kuah kacang, kuah lodeh, kek 2 bijik pun ader sebagai dessert. Fuhhh...mmg kebentak giler perut dibuatnya...nasib perut aku tak senak biler nak balik umah mlm tu.

Esoknya...
Dalam kol 7 pagi aku kuo dr rumah nak gi beraya kat embassy. Aku pegi saing sekali ngan kohai. Memasing bergaya ngan baju raya baru. Cuma aku jer yg pakai baju raya 4 thn lepas....heheh!! Jepun2 keliling pun pelik jer tengok kitowang yg pakai baju kalerful lagi meriah pagi tu. Ahahahaha...!! Dalam densha, kitowang konker satu baris...(termasuk bebudak lain yg kemudiannya naik densha yg samer pasal dah pakat nak saing reramai. So kalo org dok tengok pelik pun, takder la rasa segan sgt). Sampai kat Medaimaie, kitorang norikae (transfer) naik Inokashira-sen sampai Shibuya. Satu eki sebelum Shibuya bebudak lain sumer turun pasal diorang dah janji ngan member lain nak gi samer naik bas (tak silap aku la). Tinggal aku n sorang member jer pasal kitowang pun dah janji ngan member lain nak jalan kaki sesamer ke embassy. Sampai kat Shibuya dlm kol 8 lebih kitowang tunggu diowang kat south exit. Kat situ jumpa ler bebudak melayu lain yg nak pi beraya gak. Dgn seghonoknya kitowang pun bersalam2 la mengucapkan selamat hari raya. Lepas group diowang bergerak pegi dulu ke embassy, member pun sampai. Tinggal tunggu lagi sorang plak yg tak tiba2 lagik...Tunggu nyer tunggu dah lebih kol 8:30. Nampak gayanya tertinggal ler kitowang semayang raya. At last, tiba gak org yg ditunggu. Nak tinggalkan kang kesian plak...Ehehehe!!

Bila tiba kat embassy, elok2 jer orang baru abis solat sunat hari raya. Tak lama lepas tu, semua berduyun2 naik ke atas nak menikmati juadah hari raya yg ader disediakan. Ada nasi himpit, kuah kacang, lauk daging, rendang, lauk ayam, lauk udang, nasi beriani dan tak lupa juga hidangan kuih-muih. Bebudak ni serbu cepat giler...org2 yg lambat naik cam kitowang ni ha tak reti nak menyelit camner nak ambik lauk. Terpaksa ler mengendeng2 dulu la kat member2 kitorang yg lain. Hehehe....dgn muka selamba tumpang makan sekali...

Tengahari tu lepas solat Zuhur, ramai tukar baju dari kaler colourful terus jadik serba hitam cam man in black. Kitorang beramai2 (pelajar tajaan MARA, JMC n JAD) pergi ke majlis funeral (bukan majlis pengebumian, tapi macam majlis peringatan) Asada Sensei yg baru meninggal dunia di Kuala Lumpur semasa bertugas menguruskan pelajar di sana pada 6/12 lepas. Asada Sensei ni merupakan penjaga kitorang kat Jepun ni. Dia la yg menguruskan hal ehwal kitorang termasuk biasiswa, rumah dan sebagainya ibarat "bapa" pelajar Malaysia kat sini. Segala masalah pun semua kitorang adukan kat dia. Baik sangat orangnya, bila jumpa dia mesti mukanya senyum berseri jer. Kitorang memang sayang kat dia tapi sokmo menyusahkan dia ngan peel kitorang yg pelbagai ragam dan banyak songeh ni. Yg kitorang kagum tu dia mampu menghafal nama setiap "anak2nya" (kitowang la) dari batch JMC yg 1st sampai 5th batch juga bebudak JAD. Sebut la saper pun, semua dia kenal. Memang dia pun sayang giler kat kitorang sampaikan nak beli rumah kat Malaysia utk dia berehat lepas retire supaya boleh jumpa dan tengok kitorang yg balik grad dari Jepun nanti. Tu la yg buat kitorang rasa terharu tu (ni rasa nak nangih ni). Memang besar jasanya pada semua pelajar Malaysia (tajaaan MARA)yg ada di sini, pasal tu kitorang pergi ke majlis funeralnya kat sebuah otera di Shinjuku sekejap sebagai menunjukkan tanda penghargaan dan memberi penghormatan pada Asada Sensei buat kali terakhir. Tak sempat nak minta maap pun. Susah nak cari penggantinya. Ramai gak yg sedih waktu dengar ucapan dari wakil pelajar M'sia waktu majlis tu bila menceritakan sumbangan Asada Sensei pada kitorang yg tak sudah2 nak memeningkan dan menyusahkan dia. Selepas ucapan, kitorang beramai2 menjalankan upacara meletakkan bunga carnation putih kat depan gambar Asada Sensei then bagi tunduk hormat. Gambar Asada Sensei yg dibubuh kat situ gambar kaler masa dia senyum..sweet sesangat rupanya.  Sayonara Asada Sensei...Asada Sensei no koto zettai wasurenaiyo....

Happy New Year!!
Tahun baru kali ni lebih kurang jer cam tahun2 sebelumnya...tahun ni aku melepak kat rumah member kat Yokohama. Kononnya nak countdown ler kat luar, tapi gamaknya tak jadik pulak...Countdown depan tv jer la cam biasa...Aha! Ha! Ha! Tuan rumah plak masak lauk raya...maner la tak shiawase (bahagia) kitorang yg jadik tetamu ni...Sebelum aku pegi ke rumah member ni, sempat gak turun kat Shinjuku pi tengok movie citer Brad Pitt, Spy Game. Nyer la lengang Shinjuku ari tu pasal ramai yg dah balik kampung. Cam K.L ler time raya, lengang giler...kalo tak, kat depan eki tu punya la penuh ngan manusia yg bersimpang-siur. Naik pening aku tengok. Hari ni nak tengok movie pun, senang jer. Tak payah beratur pasal tak ramai org. Fuhhh...kalo ler hari2 cam ni kan best...mau2 tetiap minggu aku turun Shinjuku pi tengok movie. Ehehehe!!

Lepas cuti sakan 3 hari kat umah member, aku kembali semula mengadap skrin computer menyambung kerja aku kat bilik kenkyu. Kembali bergelumang ngan kertas2 ronbun aku, ngan gerap2 dan data2 yg nak disumbatkan dalam ronbun tu. Nyer la aku jadik majime (serious) bulan satu ni. Internet pun aku tak sentuh sangat. Setakat nak bukak e-mail jer la. Kalo tak, asyik nak mengexplore jer keja aku. Ompej ni pun aku tak berani usik. Kot dah tersentuh kang, maunya tak buat kerja lain aku. Bleh dikatakan separuh daripada hari aku berada kat dai. Bebudak ken aku yg lain pun sibuk ngan kerja memasing. Hampir setiap hari semuanya nampak muka. Takder yg nak memonteng...Hahah!! Kitorang kena anto ronbun dan gaiyou (outline) on 21/1 nie untuk dicheck. Pas tu ken aku plak nak buat latihan happyou sebelum menjelangnya honban on 29/1 nanti. Memandangkan sensei pun takder masa sangat, kitorang sempat buat latihan 4 kali jer. Aku memang bernasib baik la pasal kertas OHP aku tak banyak kena komen dek Sir Harry. Cuma problem aku tak cukup masa nak happyou jer la. Kali pertama aku buat latihan happyou, ambik masa sampai 8 minit setengah...padahal aku kena happyou dlm masa 7 minit jer. Huhhh...terpaksa ler aku memendekkan ayat explanation aku utk bahagian kekka (result). Tak bleh nak explain bahagian graf lelebih. Cakap aper yg patut jer, asalkan orang bleh paham udah....

Jeng! Je! Jeng!!!

Hari ni 29/1 (Sel) merupakan hari kemerdekaan aku setelah berperang untuk happyou pagi tadi. Heheh! Sekian lamer aku menanti hari ni, akhirnya tiba juga. Aku sampai dai pagi tadi cam biasa...dlm pukul 9:30. Masa tu dah ramai budak ken aku datang. Terkejut aku tengok diorang sumernya pakai suit. Kalau nak ikutkan ken aku tak mewajibkan studentnya pakai suit masa happyou, tapi tak sangka la plak bebudak ni semuanya bersemangat nak buat presentation. Gabrak gak aku tengok diorang semuanya menyemat ngan suit lengkap ngan tie. Yang aku ni pakai sweater ngan jeans hitam jer. Tak ker haru kejap aku dibuatnya. Terpikir gak aku rasa cam nak balik jer umah pi tukar baju tapi biler aku tengok TA aku relax jer tak cakap aper2...aku pun buat mushi (buat dono)jer la...Haaa...lantak ler...glamer pun glamer la tak pakai suit. Maner la aku tau bebudak ni nak pakai...kalo aku tau, bleh gak aku tumpang menyemat sekali...ewahh!! Maleh aku nak pikir lagik...yg penting asal aku bleh lulus happyou kali ni pun kira dah cukup baik. Lagi 10 minit kol 10 kitorang bergerak pegi ke D kan (bangunan D). Happyou kali ni dipecahkan kpd 3 kelas. Aku nyer ken bersama 3 ken lain ditempatkan kat kelas D305. Dulu kelas ni sokmo menjadi kelas kitorang belajar dari 1st sampai 3rd year. Selain ken aku, 3 ken lagi tu Fujimoto ken (kaitan dengan fluid dynamic), Sakata ken (kaitan ngan force and dynamic) dan Yoshida ken (kaitan ngan dynamic programming and calculation).
 

 
Fujimoto
Ken aku
Sakata
Yoshida
Sensei
Fujimoto
Hirano(TA)
Sir Harry
Nakamura(TA)
Sakata
Mori(TA)
Yoshida
Bil student
9
8
5
6
Bil tema
7
4
5
4

Ken Fujimoto memulakan happyou dgn 7 tema dgn 2 tema untuk 2 group (satu group berdua) dan 5 tema lagi untuk perseorangan. Hirano Sensei jadi penjaga masa. Loceng pertama akan dibunyikan 1 minit sebelum masa utk happyou berakhir, loceng kedua (dibunyikan twice) bila masa happyou tamat dan loceng terakhir akan dibunyikan 3 kali bila masa 3 minit seterusnya tamat. Untuk student perseorangan. masa utk happyou ialah 7 minit dan 3 minit lagi utk soalan. Manakala utk group pula, masa utk happyou ialah 12 minit dan 3 minit berikutnya utk soalan.

Macam-macam gelagat biler tengok org lain happyou...ewah...cakap orang...diri sendiri pun lebih kureng jer...Ahaksss...ader yg relax, ader gak yg gelabah...terketor2 biler pegang OHP..., ader yg sengih jer biler kena soal, ader yg dok goreng tah haper2...ader gak yg senyap jer biler kena soal. Tapi yg pastinya Yoshida Sensei merupakan sensei yg paling banyak tanya. Tiap org yg happyou tu, ader jer menda dia nak soal. Habis kena balun bebudak Fujimoto ngan soalan2 dier. Huisshhh...bahaya nie...Pas ken Fujimoto, ken aku plak akan menyusul kena happyou. Abisss ler....

Akhirnya tiba gak giliran ken aku plak happyou. Ikut susunan aku nyer tema, tema yg ke 3. Masa group pertama tgh happyou, tetiba PHS aku menyanyi plak (ader org call) sekuat2 alam time sumer org tgh pay attention kat bebudak yg happyou tu. Aku plak terlupa nak tukar bunyi panggilan kpd vibrater, dah ler volume lagu tu aku bukak tu merupakan the highest one punyer....maner la tak glamer haram aku time tu. Kelam-kabut aku nak turn-off PHS tu...Hahaha!! Havoc sekejap...Nasib baik bukan turn aku yg hapyou time tu. Kalo tak...lagi naya....

Jeng! Je! Jeng! Bila kena giliran aku, aku pun melangkah ler ke depan nak buat presentation. Awal2 lagi Sir Harry sound aku suruh cakap kekuat kasi org dengar....Hohhh....masa memula tu kincho (gabra) gak aku, tapi Alhamdulillah, aku rasa aku dah happyou sebaik yg mungkin. At least, aku mampu mengingati genkou (manuscript) yg patut aku hapal tanpa tengok kertas dan takder la tersangkut2. Tak sesia usaha aku berlatih memekak sensorang kat bilik ken or kat umah sebelum ni. Cuma, time kena soal tu, aku tertomadachatta (terblank jap) sket. Patutnya aku bleh jawab soalan yg Hirano Sensei tanya tu, tapi tah camaner...gabrak nyer pasal...terus otak aku blank tak tau aper nak jawab...Eheheheh....Tapi yg miracle tu time bebudak ken aku happyou, Yoshida sensei tak plak banyak soalan...Hummm....Nasib baik gak ler.

After selesai ken aku happyou, kitorang berehat lebih kurang 40 minit sampai kol 1:30 untuk melantak lunch. Lepas tu baru start sesi petang nyer plak. Petang tu, memandangkan yg aku dah lepas dulu, aku pun relax jer la. Boring nak dengar org lain happyou, aku dok main game solitaire...Ahaksss....punya ler kureng asem sket aku...Tapi ok la tu kan...daripada tido ye tak...Hahaha!! Penat gak nak menanti happyou tamat sepenuhnya...sampai kol 3 lebih. Lepas tu sumer kembali ke bilik ken masing2. Bilik ken pun berkumpul beramai2 ngan sensei membincangkan semula perihal happyou yg telah dijalankan, bagi kansou (pendapat) dan juga kena terangkan balik soalan2 yg telah dikemukakan masa sesi soal jawab. Lepas tu tinggal tunggu result happyou kuo. Samada kena saihappyou ke tidak...Masa aku tgh dok tulis email kat member aku, tetiba TA aku masuk bagitau yg kitorang semuanya lulus happyou, takde student yg kena saihappyou semula. Aper lagik!! Menjerit happy la bebudak ni!! Siap bertepuk tangan lagik...(aku pun terikut samer....ahaks!!). Hontouni yokatta!! Dengan ini, selesai la tugas terpenting aku kat sini. Cuma nak tunggu result rasmi jer yg akan keluo 21/2 ni nanti. Camner pun, abisnya happyou ni tak bermakna la aku tak perlu gi dai lagik. Masih ader benda yg hendak diselesaikan. Ronbun pun ader bahagian yg perlu dibetulkan, data2 kiraan pun kena disusun dan disimpan dlm file zip utk rujukan kohai nanti (chehh...mcm ler diorang berkenan nak tengok ronbun aku yg Sir Harry panggil "bantal" tuh....).

2 February 2002 (Sabtu)...
Hari ni aku kuo berpoya2 buat kali ke 2 selepas aku selamat happyou 3 hari lepas. Kali pertama aku joli 2 hari lepas, pi tengok wayang ngan member citer Vanilla Sky (Tom Cruise) dan juga citer Harry Potter. Sampai 2 movie sekali aku bantai. Hari ni pun plan nak tengok movie gak...citer Ocean's 11...Actors sumer power2...maner la tak berminat aku nak tengok. Ader George Clooney, Brad Pitt, Matt Damon n Julia Robert. Hahah....best la citer tu...seronok...nampak jer cam citer serious, banyak lawak gak rupanya. 2 movie yg aku tengok sebelum tu pun best gak. Semuanya interesting...lepas ni aku nak tengok citer Spy Kids plak...Bulan depan lak akan ditayangkan citer Lord Of The Ring...kabernya ramai yg kata citer tu menarik. Kena la aku tunggu roadshownya 2/3 nanti....

4 February 2002 (Isnin)....
Hari ni aku bersama Sir Harry, Nakamura Sensei, Yokoyama Senpai juga sorang member aku yg aku paksa rela subahat sekali temankan aku pegi makan ngan sensei kat Mahathir Restaurant di Shin-Okubo. Ni asalnya idea Sir Harry la....nak belanja aku makan. Ehehehe....aku kalo orang dah offer tu...takkan ler nak menolak plak kan....bak kata orang...rezeki jgn ditolak, musuh jgn dicarik...ewahhh!! Aku janji ngan member aku tu jumpa kat eki Shin-Okubo kol 6:00ptg. Tapi Sir Harry ajak aku kuo sejam lebih awal (naik densha kol 4) pasal katanya nak belikan omiyage (souvenir) utk aku. Fullamak!! Terkedu jap aku dengar time dia cakap cam tu....tak keluo sepatah perkataan pun aku...Terkejut pun ader...happy pun ader...segan pun ader. Nak ajer aku cakap dia nak belanja makan pun dah cukup menggembirakan aku, tak perlu la sampai nak belikan omiyage lagik...tapi malangnya....tak terkeluo sepatah pun...Sampai kat Shinjuku, kitorang pergi ke Keio Department Store untuk cari omiyage yg ader menampakkan kejepunan sket la. Belek nyer belek, akhirnya aku jumpa la something yg cute dan mezurashi (lain dari yg lain) untuk dijadikan souvenir. Aper mendanya....ehehehe....rahsiaaa!! Lepas jalan2 kejap kat satu street dekat ngan eki tu, barulah ler kitorang bergerak naik densha pergi ke Shin-Okubo (satu eki jer dari Shinjuku). Member aku pun dah tiba kat sana time tu menunggu kitorang kat exit. Sampai kat restoran tu, senpai aku dah pun terpacul kat depan tu (dia dgn Nakamura sensei dah sampai dulu). Macam-macam makanan yg kitorang pesan...dari lauk-pauk sampai ler ke mee...sampai ler ke dessert. Memang makan beso giler. Muka Sir Harry sampai merah2 dok menahan pedas makan lauk kari ikan. Kesian gak aku tengok. Senpai aku plak, mukanya tak ler merah, tapi sket2 dok minum air...Ahahahah!! Puas aku dok gelakkan dierr...Kih!Kih!Kih! Mesti dia bengang ngan aku time tu. Pas tu dia nak order lauk yg tak pedas pulak. Cuma Nakamura sensei jer yg relax (tapi muka berpeluh2 la) sket pasal katanya dia suka makanan pedas. Camaner pun semua orang ganbatte ler nak menghabiskan makanan yg ader. Hihihihihi!! Lebih kurang pukul 8 mlm baru la kitorang bersurai balik. Special to Sir Harry, gochisosamadeshita....Hontouni domo arigato gozaimashita....:)

Kebelakangan ni kalo aku takder menda sgt nak buat kat rumah, aku suka lagi lepak kat lab. Walaupun com kat lab ni aku takder Netscape Composer untuk mengerjakan ompej aku ni, tapi aku tak kesah sgt. Aku still boleh tulis bahan guna Microsoft Word then carik bahan tambahan lain melalui internet. Lagipun kat sini internet connection laju sket, berbanding ngan kat umah tu. Sedap sket nak mengexplore intenet, takder la terkedek2. Bila dah balik umah nanti, tinggal nak edit copy n paste jer. Aku sebenarnya dah kesedap dok kat lab ni…selesa…Ehehehehe!!

Aku takder la nak mengadap com jer 24 jam…sekang ni aku juga tgh mengaktifkan balik hobi yg lamer dah kena simpan sebelum ni. Eheheheh…aper dier??? Aaa….aku kembali aktif membaca komik….Hihihihihi!! Kalo korang dah baca profile webmaster, korang tau la baca komik ni merupakan salah satu hobi utama aku gak. Aku berkecimpung dlm komik ni baru lagik sebenarnya, masa aku 3rd year. Yang buat aku berbangga giler tuh biler aku berjaya menghasut sekali kenkawan aku untuk turut sama meminati komik (walaupun tak berjaya hasut suruh beli komik bebyk). Aku takder la byk sgt koleksi komik pun, ader beberapa jer la.. komik Detective Conan (the latest siri ke 35), Inuyasha (the latest siri ke 24), Ranma 1/2 (all 38 series), Koisuru 1/4 (all 12 series), Itazura na Kiss (all 23 series), Gensou Maden Saiyuki (the latest siri ke 7) dan yang paling terbaru citer yg aku tgh baca ni tajuknya Sekai de Ichiban Daikirai (all 13 series). Aku baru abis baca citer ke 4…masih banyak lagi yg perlu dibaca sebelum bleh khatam. Ihiksss!! Aku main gamble jer pilih citer ni masa aku singgah kedai buku ari tu hari aku balik dari makan ngan sensei. Nasib baik citer ni dah abis…kalau ader sambungan lagi, kopak la aku pasal sekang ni pun aku ader 3 komik yg tak abis2 lagi sirinya. Tensionnya aku nak menunggu. Paling cepat pun satu siri akan keluo 2 bulan sekali. Bila nak baca siri yg baru kena baca dulu siri sebelumnya pasal kekadang aku sendiri pun naik terlupa jalan citernya sampai maner. Citer yg aku tgh baca ni pun kekko menarik dan lawak giler…biler aku ader masa free jer selain dok ngadap com aku baca ler komik ni sesikit. Abis cecepat kang, nanti aku nak beli yg baru plak! Ishhh!! Bahaya wehhh!! Pasal tu kena baca slow2…hmmm…actually aku rasa aku baca komik tu memang slow pun…agaknya pasal dah lamer tak baca kott…terhegeh2 gak ler…Arghhh!!!

14 February 2002 (Khamis)
Ahahahaha!! Hari ni aku gi lab pi bagi cokelet valentine yg aku beli semalam kat depato pada Sir Harry. Saja takder keja... Nakamura sensei n senpai aku nyer bun (bahagian) pun ader. Tapi T.A aku tu takder kat lab, senpai aku tu pun tak dtg plak ari ni...Ahha!! Ntah2 dier ader date ngan awek dier on Valentine Day ni...muakakaka!! So, aku tinggalkan jer cokelet2 tuh atas meja diorang. Chehhh...bagi surprise sket!! Boring surve intenet, aku pun blah balik.

16 February 2002 (Sabtu)
Today I went to Akiba (singkatan for Akihabara-the electric town in Tokyo). Aku ingat nak carik omiyage nak bagi kat family aku kat Malaysia. Actually aku tak sure biler aku nak balik M'sia tapi aku saja nak beli omiyage cecepat...senang sket. Nanti tak ler kelam-kabut sangat. Aku sampai kat Akiba lebih kurang kol 2:30ptg. Ramai gak manusia kat situ...biasa ler...especially muka2 org luar (hek eleh...aku pun org luar gak...piirahhh!!) berlambak bleh jumpa kat sini. Lepas satu kedai, satu kedai aku masuk surve. Aku beli omiyage tak ler banyak, satu family 1 benda dah ler...kopak la aku nak beli byk2. Aku pun banyak nak guna duit lepas ni untuk anto barang bawak balik M'sia.  Aku pun mesti la nak beli brg untuk aku sendiri (dah terbeli dah pun...eheheheh!!). Tu yg aku tak berani nak surve bersungguh tu...kang ader jer menda yg teringin nak beli...biasa lak manusia ni...tak pernah puas aper yg ader....huhhh...nasib baik la Akiba ni jauh dari tempat tinggal aku...kalo tak, naya ler aku.

17 February 2002 (Ahad)
Hari ni member aku tepon ajak gi Tokyo Tower saja2 untuk carik omiyage. Aku pun go on jer la memandangkan memang aku takder plan aper pun ari ni walaupun baru semalam aku gi Akiba. Katanya dia nak ajak member lain turun sekali, so aku pun lepak ler dulu tunggu dia call balik. Sementara tu aku bukak ler tv tengok Winter Olympic live yg dah masuk hari ke 9 hari ni. Biler tengok Winter Olympic ni, aku paling suka tengok acara Ice Dancing, Figure Skating dan juga Speed Track. Kalo kuo acara ni, aku tak tukar channel lain la..ahahhaha!! Time aku turn on tv tu, baru nak berlangsung acara short ralley final for men. Ader 5 peserta yg masuk final, America, Korea, China, Australia dan lagi satu tu aku tak ingat negara maner. Yang tak disangka tuh, bleh berlaku plak accident kat saat2 akhir nak sampai kat garisan penamat. Time tu peserta America mendahului peserta2 lain. 2nd place peserta China cuba nak potong dia...dia plak run rapat giler ngan peserta America tu sampai terlanggar member pas tu terus tergolek sampai langgar wall tepi track. Yg si America tu plak, pasal dah kena langgar, dia pun hilang balance dan berlanggar plak ngan si Korea kat belakang dia. Secara tak langsung si Korea tu tertolak sekali peserta lain kat belakang dia plak. Hahahah!! Abis tetiga tu jatuh tergolek terguling atas ice track tuh. Yang best tu kat peserta Australia yg paling jauh sekali tertinggal kat belakang tu ngan relaxnya ( siap angkat tangan sambil senyum lagik dierr) masuk ke garisan penamat jadi winner ketika peserta lain tengah bersusah-payah nak bangkit balik utk menamatkan race. Memang lucky sungguh peserta Australia tu pasal kalo accident tu tak berlaku, sah ler dier dapat tempat paling last antara 5 peserta tu pasal 4 peserta lain memang semuanya race rapat2 time tu. Senang2 jer dier terus dapat gold medal, yg America dpt tempat 2nd dan ketiga plak peserta Korea. Kah!Kah!Kah! :D

Berbalik pada citer aku hari ni, kekkyoku (at last) aku ngan member sorang tu ajer kuo ari ni pasal member2 lain yg diajak sorang kata tak nak pegi dan sorang lagi tu laks dah yukuefumei (tiada diketahui) tah ke maner. Kitorang sampai kat eki Hamamatsucho dlm kol 3:30ptg. Dari situ kena menapak ler pegi ke Tokyo Tower. Jejalan pi tengok omiyage, tak buat aper sangat pun. Dah boring tawaf semua kedai yg ader kat situ, kitorang blah pegi Shinjuku gi Takashimaya (depato), Kinokuniya (kedai buku) then pi makan sphagetti kat kedai Italian yg baru kitorang hakken (jumpa) kat situ. Dah dapat energy balik nak berjalan, kitorang pergi surve kedai cd Virgin Megastore plak. Almost 2 hours we spend our time there. Nyer la lamer...sedo2 dah pukul 10 lebih. Aku beli cd baru lagik hari ni..padahal baru last week dah pegi beli cd masa kuo beramai2 ari tu. I bought another new artist's cd called Haven (a group band). Aku dengar lagu2nya not bad...sedap gak. Macam sebelum ni, aku beli cd artis baru gak, Blue and The Calling. Dedua tu best, tapi kalo secara keseluruhan...cd Blue lagi sedap la aku rasa pasal banyak lagu best2. So korang....kalo ader yg nak pegi shopping cd tuh, aku promote la cd2 yg aku dah beli ni. Tak rugi woo, best wa cakap sama lu!!

19 February 2002 (Selasa)
Huhh!! Ari ni cam biasa aku melepak kat rumah...konon nak pegi lab...bangun pun lambat, maless la jadinya. Dok kemas2 sket barang yg berlambak dalam bilik aku ni. Makin aku kemas, makin berlambak plak aku rasa...Huisshhh!! Camner lak ni...barang nak bawak balik Mesia pun tak abis packing lagik. Ader jer aku rasa menda tertinggal tak masuk lagik dalam kotak. Dalam dok kombah2 tu, aku jumpa cd rom drive computer aku yg aku dah cabut keluo dari tower gara2 nak ganti dgn drive cdr-w/dvd rom yg aku beli kemudiannya. Bukannya tak bleh sumbat dedua sekali tapi masa tu aku buduh bebenor computer nyer stucture ni (sampai sekang pun buduh lagik...terrer sket 10% jer kott...peh!!). Tak reti nak sambung kat mother board tu...tah maner primary IDE connector, tah maner audio nyer connector...sumernya aku tak kenal. Aku tengok wayar kabel pun berserabut semacam jer...tu yg aku maleh tu. Kekkyoku aku ganti drivenya jer la. Tak yah masuk yg baru..senang...abis citerrr!! Tu la...biler aku jumpa balik drive lama tu, teringin lak aku nak try masukkan balik dlm tower computer. Yelah...rugi ler kan...tak guna. Menda tu bukannya jahanam lagik. Daripada dok bior dier tido syok2 jer dalam kotak tu, baik aku kerah balik dierr suruh buat kerja. Ader gak pekdahnya.

Cheewahh...ngan berkat baru belajo kumitate (bina sendiri) bebaru ni beserta experience aku dok mengerjakan computer sebelum ni (pasal com aku ni dah berapa kali dah kiok sampai kena anto betulkan balik kat kilang dieeerrr), aku pun memulakan ler kerja2 ala2 "Macgaiber" membuka balik tower com tu satu-persatu. Abis manual computer pun semua aku bukak balik. Kenal pasti kat maner kedudukan kabel2 yg patut diguna. Dah puas tertonggeng, terbaring, tertiarap semua ngan pelbagai pose (pasal aku buat kerja ateh carpet...meja beso takder...kurushikatta-painful gak lerrr!!), drive cd-rom tu akhirnya nantoka berjaya gak ler dimasukkan dlm tower tu. Cheh...kerjanya bukan ler byk maner pun, setakat masukkan drive dan sambung kabel ngan wayar jer. Pas tu ngan semangat berkobar2 aku pun try la testing tengok bleh jalan ke idak ngan betul drive tu. Biler bukak, drive baru tak kuooo...chissss!!! Tensen aku! Ni mesti silap sambung kabel ni. Wayar dengen (power supply) ngan audio tu rasanya dah ok. Kena la aku bukak balik tower tu. Sampai kali ke-3 aku try, baru la com tu jalan...takder keluo menda plek2...Huhh...lega sket. Kesimpulannya aku memang k.o lagi ler bab stucture com ni...iskkkkk... (T_T).

Semalam (Khamis) result daiikkai (1st) dai aku kuoooo....Aku pi amik kat office petang tu. Result student 4th year setiap faculty ader ditampal kat board. Bleh tau kiter lulus ke tidak, grade ker tidak tahun ni. Alhamdulillah, aku dah sah grade this year!! Yeee...haahhh!! Seronoknya!! Faculty aku (mechanical) kebanyakkan semua dah lepas, tinggal 4,5 org jer yg sangkut sket. Aku tengok result bebudak denshi (electronic), giler...hobo kanpeki...cuma sorang jer yg sangkut lagi. Gilooo...kalau tak, 100% semua lulus. Yang penting aku dah grade!! Tengkyu sensei, tengkyu minna!! Yattaze!! Lepas amik result kojin (personal), aku isi borang mintak result certificate dan juga graduation certificate (dalam version Japanese n English) untuk diserahkan pada pihak ASIA SEED, MARA dan juga untuk simpanan aku sendiri. Certificate tu nanti akan aku ambik sekali ngan Graduation Album masa sotsugyoushiki (graduation day) 22/3 nanti.

Hari ni (Jumaat) aku cadang nak gi lab, tapi nampaknya tak jadi jugak. Ni gara2 tengok Olympic tadi la ni. Acara figure skating woman single (free) tadik tuhh...maner la tak menarik perhatian aku nak tengok. Start kol 10 lebih pagi tadi...sampai kol 2 baru abiss...tu yg tak jadi aku nak pegi dai tu. Japan hantar 2 peserta... Yoshie Onda n Fumie, Onda dapat kedudukan belas2, Fumie plak tempat ke-5. Peserta favourite Michelle Kwan (America) dapat pingat gangsa, Irina Slutskaya of Russia dapat silver dan gold medal dapat kat tgn peserta America gak, Sarah Hughes. Aku sebelum ni ingat nama Michelle Kwan jer la pasal aku pernah tengok prentation dier masa pertandingan2 sebelum ni. Memang terrer minah tu, sampai dapat gelaran Miss Perfect pasal dier nyer figure skating memang lawa, takder miss besar2 (mcm terjatuh ker...tergolek ker...) dan selalu dapat perfect point 6.0...takpun 5.8 ker..5.9 point. Tu yg best tengok dier nyer skating tuh. Peserta Rusian pun terrer gak...cuma tadi si Michelle ader terjatuh plak sekali tadi. Nasib tak menyebelahi dier kali ni tapi still lagik dapat medal. Next, bleh tengok diorang ni beraksi lagi untuk pertandingan World Skating kat Nagano, Japan plak yang akan diadakan pada pertengahan bulan March nanti.

UPDATE

6 March 2002 (Rabu)
Lepas semayang Subuh dalam kol 5:30 pagi, aku pergi buang sampah moenai gomi (non-combustible rubbish) dan juga buku/zasshi (magazine) time tgh2 hujan tadi. Eheheh...punya la berlambak reta yg aku nak buang sampai 7,8 kali aku berulang-alik dari rumah nak buang gomi kat tempat yg disediakan. Al maklum ler...org nak pindah, macam2 mender nak dibuang...reta 4 thn kat sini. Ahaaa...maybe ader certain korang yg tau kat Japan ni ader sistemnya sendiri nak buang gomi. Nak tau lanjut, tunggu ler aku citer dlm part Knowing Japan nanti. Dah penat "exercise" secara tak sengaja tu, aku pun bantai  la sambung balik tido...Nak buat per lagik kan?? Tah dalam kol 10 lebih kot aku dikejutkan buat kali kedua dek morning call member aku. Dia ajak gi tengok movie The Lord of The Ring yg baru roadshow ari Sabtu lepas kat Shinjuku. Hari Rabu tiket bleh dapat murah jadi 1000 yen jer pasal hari Rabu diiktiraf (tak tau ler aku saper plak yg memandai bagi pengiktirafan tuh...) as Lady's Day. Man's Day takder plak...tahh. So, aku pun machiawase la ngan dia kat eki Seibu Shinjuku. Nyer la ramai sungguh manusia yg nak tengok citer tu. Walaupun movie start 3:15, awal2 lagik dah kena beratur pasal nak rebut sit. Padahal baru pukul 2 lebih time tu. Arghhh...tensen gak ler pasal dah disuruh beratur cecepat. Dari tangga tingkat 3 sampai ke baseground berderet barisan manusia beratur. Aku nyer line pun dah kira bahagian ekor...nampaknya takder chance la nak dapat sit best2. Member aku sorang tu plak pi beli fast-food kat Lotteria, bosan giler la aku dok menanti sensorang. Takder member nak berborak. Chissss!!! By the time dia sampai chodo ii jer barisan mula nak bergerak masuk. Timing baguih betui budak ni...Seperti yg dijangka, sit tinggal seciput jer yg kosong. Tu pun samader kat bahagian paling depan or belakang. Takder choice, kitorang dok la kat sit bahagian depan. Memula tu sakit mata gak ler pasal dok dekat ngan skrin. Sebelum movie tu start, sempat ler kitorang makan dulu..ahahah..lapo....

Movie berakhir lebih kurang kol 6:15 ptg. Nyerla panjangnya citerr...Nasib baik la best...kira aku puas hati gak la walaupun citer tu ader sambungannya lagik nanti. Cheh!! Cut time nak sampai klimax lak tu. Pandai jer la diorang ni nak buat duit. Menarik...CG nya memang lawa laa...Aku pun dah lama tak tengok citer2 myth fantasy cam ni. Lepas tengok movie tu, cam biasa kitorang pi berkaraoke la plak. Hahahaha!! Ambik sepam sampai tigo jam kitorang melalak kat situ. Dah hilang energy, baru la pegi makan pulak sebelum balik. Aku sampai rumah kol 12 lebih...ingat nak terlentang jer tido terus...sempat lagik bukak internet then tengok drama yg aku tape hari ni. Citer Long love Letter, lakonan Yosuke Kobuzuka bersama Takako Tokiwa (heroin Beautiful Life).

Memandangkan economy aku dah K.O sekang ni, nampak gayanya kena la aku berjaga-jaga sket. Lepas ni dah tak dapat duit syogakkin (scholarship) lagi dah...ahahahah...yabai naa...aku ni dah ler kena pindah hujung bulan ni. Oyasan (tuan rumah) awal2 lagik ari tu dah tanya bila aku nak kuo pasal dia nak buat operasi membersihkan rumah, nak ganti tatami, wallpaper dsb. Hmm...yg aku plak tak pasti lagi tarikh muktamad aku nak kuo...chisss....Aku ni actually tak balik M'sia terus lepas graduate ni pasal company yg aku nak keja ni suruh aku buat kensyu (practical) kat kilang dier kat sini dulu sebelum balik M'sia kerja kat anak company dier kat N.S. Udah tu, bukannya dekat2 weh, dari Tokyo (Kanto District) ni aku kena pindah ke Fukushima (Tohuku District), nun jauh kat kawasan pedalaman belah utara sana (kalo tak tau, sila rujuk peta kat part Knowing Japan). Huissshhh....yabai naaa...Barang yg aku nak angkut bawak balik M'sia (kebanyakannya buku lerr...) guna kontena kapal tu aku dah settlekan awal bulan ari tu. Kemas nyer kemas..nengok2 10 kotak gak barang yg aku nak anto bawak balik M'sia tu. Fuyooo..tu consider la gak tak bawak barang balik sumer pasal aku still kena stay sini lagik. Kalo ler aku balik M'sia terus mampuih lagik berlambak gaknya kotak. Tapi consider gak la 10 kotak tu saiznya tak ler sebesar maner. Kira bleh muat la 1 meter padu. Depa dah angkat pun barang dari rumah 1 hb hari tu. Diorang kata hujung bulan depan sampai ler kat M'sia (direct terus penghantaran sampai ke rumah, no need to go to the port). Hari tu jugak la aku plan nak pegi Tokyo Disney Sea. Diorang amik barang kol 5 pagi, elok2 jer lepas aku solat Subuh hari tu. Actually aku tak tido pun sepanjang mlm tu pasal katanya nak amik barang dalam kol 1,2 pagi. Kekkyoku dah subuh baru sampai. Cheh!! Aku tido2 ayam jer...pas depa angkut barang, aku terus bersiap nak pegi Disney Sea. Nasib la aku sempat kejar waktu machiawase ngan member2 aku yg lain kat eki.

Barang2 nak pindah aku baru kemas sesikit. Nak kemas semua sekaligus tak bleh pasal certain menda still lagik nak guna..cam barang letrik, com, pakaian, perkakas dapur, etc. Tu pun banyak gak reta yg aku dah buang. Dah takdo kesian2 lagi doh...maner yg tak penting humban jer jadikan gomi. Ni pun rasanya byk lagi menda yg nak dibuang termasuk ler perabot cam meja study tu pasal nanti aku kena duduk kat ryo (hostel) kat Fukushima tu. Ryo kan kecik dan biasanya dah sediakan perabot sendiri, so...tak bleh la angkut byk barang drpd sini. Samada aku akan bagi jer kat bebudak kohai orr..kalo nak senang, buang jer terus. Tapi perabot/brg letrik ni tak bleh buang cam tu jer la. Kena telefon sykt yg menguruskan pengumpulan barang2 cam ni suruh dier datang angkut barang dari rumah. Tu pun satu kejer gak. Huh!! Leceh sebenarnya keja2 nak pindah ni. Makan duit plak tu. Tu yg kena save duit sekarang ni. Kang tak pasal2 kena pinjam duit kat org plak pasal tak cukup duit nak pindah. Ahahahaha!!

Aikkk..kejap jer dah kol 8 mlm. Ari ni ari Jumaat, humm...takder citer best sgt kat tv. Ader drama mlm ni (actually every night ader drama) tapi aku tak berminat nak tengok. Dah baper hari aku tak masak nasi sekang ni gara2 malesss. Asyik dok makan roti dan tah haper2 mender. Aku pun dah boring makan roti dan roti pun dah boring asyik kena makan dek aku. Ahahaha!! Tapi...camner pun, aku tetap kena beli roti gak in case takder menda lain lagik nak makan. Hmmm...hari ni aku masak ayam masak merah. Baru hari ni nak makan nasik balik. Tu pun kena paksa rela tgn ni pi masak. Kalo tak, sendiri gak yg kebulur. Eheheheh! Hari ni aku byk menghabiskan masa mengupdate ompej ni. Dah lamer gak tak update. Pada korang yg rajin bukak ompej ni, sorry la yekk...Aku ni jenis buat keja ikut mood. Bila aku terasa rajin nak update tu baru ler aku buat. Kalo tak tu..takder ler....

Kembali Ke Menu

Kepada meka-meka yg pernah study di oversea selain Japan or U tempatan yg mempunyai experience menarik/pengalaman dan berminat utk disiarkan dan dikongsi bersama, sila-sila la hantarkan kepada aku kat sini melalui email supaya bleh aku paparkan dlm hp ni…


iy_co@yahoo.com

Muka Depan