Make your own free website on Tripod.com
 


Peribahasa Moden

Ni hanya untuk melawak je...Jangan korang lupa plak peribahasa sebenar dan maksudnya.

 Ke mana tumpah nya kuah kalau tidak ke bawah.
 Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tak dapat masuk olimpik juga.
 Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian cukai pendapatan.
Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.
  Tiada rotan, pelempang berguna juga.
  Biar lambat asalkan sempat.
  Biar putih tulang jangan tulang patah.
  Di mana ada gula, di situ ler juga ada kopi, milo, teh dan susu krim.
  Jauh di mata dekat di mata-mata.
Carik-carik bulu ayam, lama-lama togel juga.
Secupak takkan jadi 18 cupak.
Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, Manusia
mati meninggal dunia.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
Harapkan pagar, pagar tak boleh diharap.
Habis madu sepah jangan di buang merata-rata.
Alang-alang mandi biar guna sabun.
Berapa berat mata memandang berat lagi seguni beras.
Cubit paha kanan peha kiri tak rasa apa-apa pun.
Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.
Hendak seribu daya, tak hendak takpe.
Hidung tak mancung, pipi penuh jerawat.
Hidup segan mati ditanam.
Ikut hati mati, ikut rasa merasa.
Lembu punya susu cap teko dapat nama.
Patah tumbuh hilang report polis.
Sambil menyelam tengok kapal selam.
Sehari selembar benang lama-lama benang habis.
Jika kail panjang sejengkal, baik beli pukat.
Membujur lalu melintang pukang.
Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.
Kecil-kecil cili padi,kecil lagi biji cili.
Kalau sudi katakan sudi, tidak ler dia syok sendiri.


 

Ada karya menarik untuk dikongsi bersama?
E-mail Me

iy_co@yahoo.com

Koleksi Karya




.