Back



Aki (autumn) merupakan satu lagi musim yg cuacanya sokmo berubah2. Kejap cerah, kejap hujan. Kejap sejuk, kejap panas...Tak tentu arah jadinya. Taifu (typhoon) yg membawa hujan lebat beserta dgn angin kencang juga sering melanda Jepun masa aki. Bila keluo rumah time taifu melanda, bukan setakat payung yg korang bawak jer bleh terbang or rabak terus disebabkan dek taifu tu, silap aribulan ngan korang2 sekali bleh terterbang samer. Kalau kawasan yg menjadi chushin (pusat) dilanda taifu, tu kena la "darurat" sementara waktu. Boleh musnah reta benda kalau dah dilanda taifu ni. Dalam setahun, purata taifu yg tehasil ader la lebih kureng 26-28 bijik. Dan 3-5 bijik di antara taifu2 tu akan melintasi Jepun dalam bulan 8 hingga bulan 10, iaitu semasa aki. 

Suasana aki memang lawa...ye la nama pun musim luruh ye tak. Daun2 akan berubah kaler dari hijau menjadi kuning, merah atau pun oren. Laa...macam kita dok tengok kat filem omputih ataupun filem Hindustan tu ler...Kalerful gitu...cam tu ler lebih kurang rupanya. Kat sini ader certain2 tempat (especially kawasan pergunungan) yg memang terkenal sebagai tempat yg cantik kalo nak tengok momiji (colored leaves) ni. Salah satu tempat yg terkenal ialah Nikko. Aku sendiri tak pernah lagi jejak ke sana tapi ngikut citer member2 aku yg pernah sampai, memang lawo gegiler momiji kat sana. Actually kat tempat aku ni pun ha dekat ngan gunung. Kira masuk senarai gak jadi tempat popular untuk tengok momiji kat area Tokyo, ewah!! Tiap tahun ader jer golongan pakcik-makcik pergi ke gunung tu sama ader untuk hiking or pegi tengok momiji. Biasanya momiji kat bahagian Honshu bermula dari bulan 10-11, manakala kalau di Hokkaido pula bulan 9.

Aki juga akan mengingatkan aku pada gakuensai (educational institution festival), pasal setiap tahun gakuensai akan diadakan masa musim ni. Hampir semua kelab/badan persatuan dalam college akan membuka gerai masing2 sepanjang 3 hari festival berlangsung. Kebanyakannya bukak gerai yg menjual makanan seperti takoyaki, yakisoba, banana choco, creep, yakitori, ramen, curry-rice dan sebagainya. Selain tu ader juga diadakan pertandingan, games, persembahan konsert dan lain-lain aktiviti untuk memeriahkan lagi suasana gakuensai.

Selain tu, tsukimi (moon-viewing or moonlight party) juga merupakan salah satu event yg terkenal waktu aki, biasanya pada pertengahan bulan 9. Bila aki langit akan menjadi cerah, especially bila mangetsu (bulan penuh), malamnya cantik. Even pada hari biasa pun, walaupun matahari dah tenggelam langit memang nampak clear pada waktu malam. 

Back

[ Winter ] [ Spring ] [ Summer ]