Back


Musim natsu (summer) ni yang paling selesa kot pada aku...heheh....orang Malaysia ler katakan. Well, actually Japan is under the influence of the Pacific Air Mass. Usually clear, hot and humid days. Kalau kat Malaysia panas dan lembap sepanjang tahun tapi kat sini musim natsunya panas dan kering. Berbeza sket ngan Malaysia...bahang panehnya lain sket. Bila tiba kemuncaknya suhu kat sini boleh menghampiri hingga ke 40 degree...Malaysia pun tak sepaneh ni. Tu yg kekadang keluo berita kat tv orang2 tua yg dah berumur lanjut K.O disebabkan dek cuaca paneh ni. 

Bila sebut natsu akan mengingatkan aku pelbagai jenis summer  festival. People pray for rich harvest in summer festival. Kebanyakan matsuri (festival) yg diadakan berasal daripada salah satu events of Shinto, or events of Buddhism, folk faith or origin from the historical history. Antara festival terkenal semasa natsu ni adalah seperti Bon Festival and hanabi(fire-works). Actually Bon Festival is one of Buddhist ceremony. They welcome the ancestral (senzo - nenek moyang) spirits that return to their families every year and pray for them. Masa festival ni, orang Jepun akan menari tarian tertentu secara beramai2 sebagai tanda menyambut kepulangan roh nenek moyang mereka. Bon Festival ni selalunya diadakan di kawasan luas seperti taman di seluruh Jepun. Muzik yg digunakan untuk odori(tarian) berbeza mengikut tempat tetapi kebanyakan rentaknya mudah diingati. Bagi perempuan yg datang ke festival ni biasanya digalakkan memakai yukata (summer dishabille) dan membawa bersama uchiwa (sejenis kipas tangan). 

Hanabi juga merupakan satu lagi festival menarik yg diadakan di seluruh Jepun. Pelbagai jenis bunga api yg terdiri daripada berbagai2 bentuk dan warna  akan menghiasi langit di waktu malam. Rugi kalau tak pergi tengok! 

Selain tusuika (buah tembikai) juga terkenal semasa natsu. Memang sedap makan suika masa tgh musim panas macam ni. Masa natsu ni la senang nak jumpa buah tembikai kat depato (department store) or kat  pasar dan harganya pun gak murah.
 


Back

[ Winter ] [ Spring ] [ Autumn ]