My Diary

Ni plak cerita aku zaman masa memula nak mulakan life sendiri lepas kena hambat keluo (ehh...acah ajer tu...) dari Seminar House. Dengan kata-kata lain bermula la college life aku di sini...

Apato(apartment) yg aku sewa takler berapa jauh sangat dari dai(U) dan tak jauh juga kalau nak eki(station ketapi) terdekat. Kira strategik gak ler kedudukannya. Dari eki jalan 10 minit pun bleh sampai. Kalau nak ke dai plak biasanya aku savekan 1/2 jam nak jalan kaki ke sana. Aku jalan kaki ke dai ikut jalan belakang(melalui West Gate), kalau nak ikutkan...nak sampai kat gate tu jer 10 minit pun dah sampai...yg ambik masa lama tu pasal dari gate tu nak menapak pergi ke bangunan kejuruteraan yg ambik masa berejam tu pasal jaraknya jauh bebenor.... (tak caya pi tengok map college aku). Jalan belakang tu memang jadi jalan utama bebudak dai yg berjalan kaki ataupun yg naik basikal ke dai. Cuma kalo time balik dari dai tu, diorang straight ler menghala ke eki tapi aku plak belok masuk ke jalan lain di pertengahan jalan. Bebudak yg naik bas dari eki plak akan ikut main gate...tapi naik bas tu tak free ler...(dai aku ni kedekut sket tang tu...). Kena bayar 170 yen sorang.

Apato yg aku dok ni gabungan daripada 6 buah rumah, 3 kat bawah, 3 kat atas. Rumah aku kat belah bawah dan hujung sekali. Penghuni lain apato ni semuanya dah berkeluarga, cuma aku jer la sesat sorang...Ahakssss....Masa memula pindah dulu, aku nyer la pelik apsal la rumah-rumah kat sini senyap-sunyi jer sepanjang hari cam takder worang. Kalau waktu siang tu consider la kot pasal ramai yg keluo pi bekerja, tapi bila malam pun senyap jer...Kaget plak aku jadinya pasal bila nak turn sound tv kuat sket takut rumah ni jer yg membising lebih-lebih lak kan. Lama lama tu baru aku perasan something tentang struktur rumah kat sini. Dinding rumah Jepun ni biasanya nipis. Diorang tak guna sembarangan kayu atau batu sebagai dinding sebaliknya guna material lain yg lebih ringan(tah aper kemendanya aku pun tak tau la) untuk dijadikan dinding kerana Jepun ader jishin(gempa bumi). So, bila berlakunya jishin, rumah tak mudah rosak/roboh pasal bila strukturnya ringan, ia akan ikut bergegar sekali masa jishin(ngan kata-kata lain rumah tu tak melawan la gegaran jishin). Satu lagi kelebihan yg aku nampak biler bahan binaan rumah tu ringan, ia senang untuk dirobohkan dan didirikan semula dengan yg baru serta tak ambil banyak masa untuk menyiapkannya. Berbeza ngan negara kita, kalau nak robohkan atau nak bina rumah ambik masa yg lama, kekadang makan bertahun. Tapi, rumah berdinding nipis ni pun ader gak masalahnya. Disebabkan dindingnya yg nipis tu, ia mudah menyerap suara...pasal tu agaknya orang kat sini dok rumah pun senyap jer. Korang bising sket jer jiran sebelah sure bleh dengar nyer. Lagi plak bila tiba waktu malam. Jiran sebelah nyer tepon berbunyik pun aku bleh dengar, lagi lak bila dia gaduh ngan husbandnya...lagi la aku bleh dengar clear. Bunyi densha(train) yg jauh tu pun aku bleh dengar, jiran atas bukak tutup oshire(almari) ker, dia terlanggar benda ker...semuanya bleh tau la. Beza cam kat Malaysia, korang bising camner pun takde orang kesah sangat melainkan kalau over limit tu, maybe ler kena sound gak kan. Kat sini sensitif wooo...kalau bising sangat, maunya kena ketuk dinding dek jiran sebelah. Tu kira baik la daripada dia terus bagi warning guna telefon atau hantar notis kat post-box rumah kita. Hahah...Silap haribulan oyasan suruh korang pindah rumah kalau asyik memekak jer selalu sampai mengganggu jiran-jiran lain. Aku ni bukan ler nak menakut-nakutkan korang ker...sekadar nak bagitau jer laa. Biasanya apato cam ni ler...kalo dok mansion tu, dindingnya batu, lagi keras laa...tu bleh la bising cam biasa kot. Cam rumah aku ni kena jaga-jaga gak la, tak bleh nak riuh-rendah sangat. Takut jadi cam kes sorang senpai(senior) tu, dia yg memekak, jiran sebelah plak yg pindah rumah. Camner tuh?! Heheh!! :p

Aku bernasib baik ader senpai kat sini pasal diorang ler banyak ajar aku camner nak idup kat sini. Maklum ler...banyak menda lagi yg aku tak tau time tu contohnya camner nak uruskan pembayaran bil, camner nak masuk telefon rumah dan macam- macam lagi ler. Kat sini macam-macam jenis cara pembayaran bil ader. Nak bayar kat post-office bleh, melalui bank pun bleh ataupun bayar kat mana-mana konbini (convenience store). Mula-mula tu serabut gak kepala aku tak paham...main hentam keromo jer nak bayar semua kat konbini. Tapi, tak semua bil bleh bayar kat situ. Heheh!!

Masa 1st year aku kekko banyak kelas pasal masa 1st year la masa yg sesuai untuk kumpul tan'i(credit) untuk subject-subject ippan(general). Bila masuk 2nd year, dah mula masuk subject senmon(major), so kalau credit untuk subject ippan dah lepas, senang la sket nak bagi tumpuan pada subject senmon jer. Kelas aku paling awal, 1 jigen(1st period) start kol 9:00-10:30, next 10:40-12:10, waktu rehat dari 12:10-1:10, masuk 3 jigen(3rd period) kol 1:10-2:40, next 2:50-4:20 n last sekali 5 jigen(5th period) kol 4:30-6:00. Kebanyakan kelas aku biasanya sampai 4th period. Aku biasanya gi dai dalam kol 8:30 kalau kelas ari tu start dari 1st period. Pas tu mesti singgah kat kobai(koperasi) pi beli makanan untuk lunch. Biasanya lunch aku roti sandwich laa...takder menda lain. 4 tahun ler hari-hari aku makan roti. Waktu lunch memang aku jadik Mat Salleh ler...malam nanti baru jadik orang Melayu balik makan nasik. Ahakss....Waktu tengahari memang aku abiskan masa kat "surau" jer. Dok makan dan lepak kat situ bersama bebudak Malaysia yg lain dan juga sorang Pak Arab yg satu batch ngan aku. Sokmo jd imam bila solat berjemaah.

Masa 1st year dulu, sokmo ler terkejar-kejar aku ke sana ke mari pasal kelas ikut subject berterabur. Kejap kat bangunan D, kejap kat A, kejap kat C laa...pas tu kena patah balik ke D. Tah aper-aper... Bukannya dekat-dekat lak tu. Masa untuk pertukaran kelas pun 10 minit jer, kalau masuk kelas lambat plak, nanti tak sempat ambik kedatangan awal. Lagi satu...kalau kelas ippan yg besar(guna dewan kuliah) lak, kalau terlambat susah nanti nak "chop" sit pun ye gak...maklum ler student ramai, dari semua jenis course ambik subject yg sama. Nanti kena menyelit kat tgh orang...tu yg aku maless sket tu. Kat bangunan A plak, biler kena kelas kat tingkat 5, penat plak nak memanjat tangga(lif tak disediakan kat A Wing). Tensen gak tu. Sabo jer laa...Time kat kelas pun, aku bukannya bagi perhatian kat aper yg sensei kat depan tu ajar...Yelah, aku pun bukannya terrer Nihongo(Japanese) ni. Tak paham sangat aper yg sensei ajar pasal banyak vocab yg aku tak tau especially kotoba(vocabulary) subject senmon ni. Selalunya masuk telinga kiri keluo telinga kanan jer jadinya. Subject yg ader kaitan ngan Math jer la kot aku bleh bagi byk perhatian pasal benda mengira lagi senang nampak. Dalam kelas tugas aku menyalin nota sensei kat depan jer la. Sambil-sambil tu perhatikan gelagat bebudak kelas aku yg lain. Kalau kes ngantuk tu tak yah cakap laa...memang sokmo ler. Aku jer yg dok tahan mata dr tertido terus pasal nanti kang, kalo aku dah tertido, sapa plak yg nak salinkan nota kat depan tu...Pas tu dok tunggu loceng nak balik. Aha! Aha! Ha! Aper la aku buat sepanjang 3 tahun lebih ni...
 

Amacam...adventure tak korang rasa life aku kat sini? Heheh...ader nak tanya aper-aper or nak bagi pandangan ker...komen ker...aper ker...Hantar la e-mail pada aku, wokey?!


iy_co@yahoo.com


 

My Diary

Muka Depan