Back


Sejenak...

Kat sini aku nak beri peluang kepada korang untuk mengenali negara matahari terbit ni secara lebih dekat. Aku tak der la nak citer panjang-panjang, just nak bagi info about Japan ni secara simple jer la. Kalo kot aku tercerita panjang tu, sorry ler...itu tidak ler aku sengajakan sama-sekali (maybe jugak tersengaja).

Jepun ni cam Malaysia gak ler, salah sebuah negara Asia yang cukup terkenal di dunia kerana teknologinya yang maju. Sebut jer barang letrik, mesti dah terbayang kat kepala otak kita ngan pelbagai produk Jepun yang terkenal seperti Matsushita, Nasional/Panasonic, Sony, Sharp, Hitachi dan macam2 lagi ler...Bila sebut kereta plak, mesti keluo nama Toyota, Mitsubishi, Mazda, Honda, etc yang pastinya merupakan kereta buatan Jepun.

Kalau dari segi masyarakatnya pulak, sebelum aku tiba kat sini...pandangan aku tak banyak berbeza dengan kebanyakan orang rasanya. Orang Jepun mesti pendek-pendek, kulit putih, mata sepet dan muka mesti cam adik-beradik orang Cina. Jepun ni yang aku tau dulu terkenal dengan budaya ketimuran yang sopan. Bila sebut jer Jepun ni, yang selalu terbayang kat keplaa otak aku ialah bunga Sakura, gunung Fuji, kimono, "sayonara", dan pelbagai menda lain yang selalu kita lihat dalam drama Jepun dulu-dulu yang pernah disiarkan kat tv Malaysia cam cerita Oshin, Rin Hanekoma dan sebagainya. Aku dulu memang peminat setia drama-drama alihsuara Jepun ni...Yang paling aku ingat sekali time zaman cerita Moero Attack la...time tu aku darjah 6 kott...Cerita tu punya pasal, semuanya bersemangat waja nak main volley-ball kat sekolah time tu dan gara-gara citer tu gak ler, aku sanggup lari ke rumah member waktu rehat sekolah agama semata-mata tak mau miss tengok siri tu. Haaa...punya la dashyat pengaruh cerita Jepun ni...Tak sangka plak akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke sini. Dan bila sampai kat sini banyak la yang aku pelajari tentang masyarakat Jepun yang sebenarnya bagaimana...


Jemput ler masuk...

Back
Muka Depan