My Diary 15 February 1998 (Sunday)
Hari yg ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Awal-awal pagi lagi, lebih kurang pukul 9:00 pagi aku sekeluarga dari rumah bertolak ke rumah adik ipar Along, Eddie kat Ampang. Kami tiba di sana
sebelum tengahari. Lepak-lepak kejap kat sana dulu...aku sempat tengok VCD citer Air Force One lagi korang...Aku juga sempat menjejakkan kaki ke Ampang Point dan pergi singgah ke rumah Boy, sorang lagi family belah kakak ipar aku yg tinggal tak jauh dari situ.Flight aku ke Tokyo dengan menaiki pesawat MAS MH 0088 dijadualkan bertolak kol 11:30 mlm. Aku tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang agak awal gak, dalam kol 7 lebih kot...hehehe...tak berapa ingat. Masa tu dah ramai gak member-member aku yg satu flight
dah tiba dulu. Kitorang berkumpul dan berborak pasal macam-macam benda. Camna buat
persiapan, bawak aper gi Jepun, byk bawak stock makanan tak, etc...Masing-masing excited
campur berdebar menanti waktu berlepas. Sambil-sambil tu sempat gak pi makan dan buat sesi photography.Tiba waktu nak blah, aku pun rasa sedih gak...ye la...1st time kena tinggalkan keluarga dan
pi merantau plak kat negara org. Tapi, camnapun Alhamdulillah...aku berjaya gak "control cun"(perasan...chitt!!!) hinggalah bayang-bayang family aku hilang dari pandangan. Masa boarding time tu rasa excited giler nak masuk dlm perut kapal terbang tu...Ye la kan...baru 1st time merasa naik, maner la tak gayat. Kiri kanan, depan belakang aku toleh...heheh!!!
Bersama-sama aku ada 8 org lagi(kalau tak silap aku ler...aku ni kurang daya memori sket) member-member lain yg 1 flight dan juga sensei pegiring. Aku kena dok kat bahagian tgh pasal no. sit aku 15E. Nasib baik kiri kanan aku ader member, kalo tak maunya aku boring giler takde kawan nak ajak berborak. Aku takder aktiviti lain nak buat melainkan berborak ngan diorang, makan, tengok tv, dengar channel radio or main game...Tu jer la menda yg aku buat berulang-ulang sampai penat. Agaknya pasal koufun(excited) sgt sampai hilang rasa mengantuk aku. Kejap-kejap jer la aku tido-tido ayam sket...(sebenonya jealous tengok orang lain bleh tido...).16 February 1998 (Monday)
Sedo tak sedo rupa-rupanya dah 6 jam berlalu..dan sedo tak sedo gak pinggang aku rasa sakit giler pasal dok terlalu lama. Dah puas menggeliat-geliat, akhirnya kitorang pun tiba di Narita Airport lebih kurang kol 7 pagi. Fuyooo...terkagum aku tengok yuki(snow) kat luar yg telah turun semalam. Bila keluar je...mak oiii!! Punya la sejuk kat luar. Bila bercakap mulut pun bleh "berasap" jadinya. 0 degree rupanya suhu time tu. Pasal tak tahan kesejukan kitorang pun pi la mengeluarkan baju tebal dari beg masing-masing. Dah puas berposing kejap kat dalam, kejap kat luar airport tu...akhirnya bas yg menjemput kitorang pun tiba. Bas yg kitorang naik
tu menuju ke Hachioji Campus Seminar House di mana di situ la tempat tinggal sementara kitorang sebelum menyewa rumah baru. Dlm bas masing-masing keletihan. Kononnya nak menikmati pemandangan kat luar tapi sedo-sedo jer dah tertido. Camner pun aku terjaga gak sekejap bila bas berhenti di pertengahan jalan utk berehat sebentar. Bila bas bergerak jer balik, kitorang pun sambung beradu balik laaa...Hahah!! Kitorang tiba kat Seminar House lebih kurang kol 10 dan disambut oleh member-member lain yg telah tiba di sana lebih awal dgn filght sebelumnya. Kitorang beramai-ramai angkut bag ke tempat tinggal yg telah ditetapkan. Lepas tu ader sket taklimat dan dibawa melawat sekitar. Lepas kemas aper yg patut, member aku yg dah stay kat sana lebih awal sebelum aku bawak aku dan 2 orang lagi member(yg sama flight ngan aku) pergi berjalan ke bandar Hachioji dengan menaiki bas. Dia la yg ajar kitorang tentang sistem bas kat sini dan macam-macam lagi(maklum ler...org dah tiba dulu...byk ler experience kan...). Sebelum tu dia bawak kitorang merayau sekitar kampus tu. Kat Hachioji kitorang pi membeli-belah(tak sabo-sabo...). Malam tu jugak lepas beli kad telefon, terus aku call family aku kat M'sia bagitau aku dah selamat sampai ke sini.