Travel aku ke Hokkaido kali ni pada waktu musim panas bulan August lepas. Dulu, aku pi sana masa musim sejuk lepas pasal nak tengok yuki matsuri(snow festival) kat sana...kali ni aku tukar angin gi masa musim panas lak...Aku pi berlima ngan kengkawan aku tu, kitorang amik plan ikut travel agency pasal dapat murah sket berbanding kalo pi sendiri. Plan tu termasuk la tambang pergi balik flight dari Tokyo(Narita Airport) sampai ke Hokkaido(Shin-Chitose Airport), belanja penginapan untuk 3 hari 2 malam dan juga harga sewa untuk rental car. Semuanya lebih kurang 39000 yen...Tu tak kira duit makan ngan duit poket laa.
15 August 2001 (Wed)
Kitorang nyer flight tu kol 8:50 pagi(15 August-Wed). Aku dah janji nak jumpa ngan geng2 lain kat Shinagawa eki(railway-station Shinagawa) kol 7:15 pagi. Memandangkan rumah aku paling jauh sekali nak ke sana, terpaksa la aku bangun awal giler hari tu. Pukul 5 pagi aku kunci jam nak bangun. Nasib baik tak terbabas...Dari Shinagawa kitorang naik densha(train) sampai ke Narita Airport, ader la dalam 20 minit perjalanan. Lepas amik tiket kat kaunter terus jer check-in. Dalam flight aku kena dok kat bahagian tgh, so tak berpeluang ler nak tengok pemandangan kat luar. Tapi tak pe la, aku awal2 dah bersedia nak buat aktiviti lain. Ahak! Aku sanggup bawak comics sampai 4 keping semata-mata nak isi masa lapang. Actually aku tgh koufun(excited) baca komik tu...Kat rumah aku dah berjaya menghabiskan siri 1st sampai ke-6 dari 10 siri. Tu yg aku sanggup bawak lagi 4 tu pasal nak abiskan membacanya. Bila aku keluokan sebuah...dah member sebelah aku plak berminat nak tengok. Aku ingat dia nak belek2 ajer...alih2 terus baca. Laaa...dah aku plak kena tunggu dia abis baca baru aku bleh mintak....Salah aku jugak ler gatal2 promote kat dia....Heheh!! Flight tak ambik masa lama. Sejam lebih jer...Tau2 jer kitorang dah tiba kat sana.
Dari airport kitorang dibawa menaiki van menuju ke tempat rental car. Kitorang dapat kete Mazda-Demio warna putih...Hmmm...bleh tahan cun gak laa...1st sekali kitorang carik jalan nak hotel utk check-in. Dari Chitose kitorang kena pergi ke Sapporo. Aku pun baru 1st time baca peta jalan..sampai sesat2 kitorang tah ke mana2. Siap jumpa ladang lembu la...ladang jagung laa...tah ceruk mana tah kitorang redah...Nasib baik akhirnya sampai gak ke bandar Sapporo. Bila masuk bandar, sesat tak jumpa jalan nak ke hotel plak. Tah berapa kali kitorang buat tawaf kat simpang yg sama. Sampai hotel 1/2 jam lagi kol 2 ptg. Perut memasing pun dah rock n roll. Tak main lagu keroncong lagi daa...Nasib baik kat sebelah hotel tu ader convenience store 7 Eleven, bleh gak beli makanan kat situ. Kitorang berlima dipecahkan kpd 2 bilik berasingan. Ikut undi, aku stay bertiga satu bilik. Yang lagi duorang plak satu bilik. Lepas semayang n makan n rehat kejap, lebih kurang kol 3:30 kitorang kuo balik. Hari tu kitorang bercadang nak pegi ke Otaru, satu tempat yg terkenal ngan bandar utk membeli-belah dan dekat lak dgn laut. Sampai sana kitorang pun seronok2 amik gambar. Lepas tu baru plan nak shopping. Tapi malangnya, kitorang tak tau plak yg kedai2 omiyage(souvenir) kat situ tutup awal. Punya la kitorang excited nak tengok barang2 cristal, kayu, kaca, herb etc yg lawa2 kat situ tapi tak berpeluang. Aper nak buat...Balik tu dlm kete kitorang dok melalak lagu melayu lama beramai2. Kalo dengar radio jer alamat tertido la kitorang pasal channel radio Jepun semuanya boring giler. Aku mmg anti sket radio jepun ni pasal byk membebel dr siarkan lagu. Kitorang nyer entertainer plak dok kat belakang...tu yg best tu pasal dia ler satu-satunya member yg selalu mencetuskan idea2 gilo nak karaoke balik lagu2 melayu lama. Abis keluo lagu Alleycat, M. Nasir, Elite, KRU, BlackRose, Aishah, Wings, Rahim Maarof, Raja Ema, Nora la..etc...Tah aper2 lagi tah....Sampai kat bandar Sapporo, kitorang carik tempat makan plak. Last2 makan sphagetti kat kedai bawah tanah eki. Tu pun kira nasib baik la kedai tu tutup kol 11. Kedai lain kebanyakannya sumer dah nak tutup. Pelik giler kitorang pasal rasanya awal lagi tapi bandar tu macam dah takder worang. Cam kol 2,3 pagi....parking lot tu pun nak tutup kol 10. So, tak bleh la nak byk songeh sgt nak carik tempat makan...Yg kelako tu biler kitowang sampai kat bandar yg ader hotel tu tak plak suasananya sunyi-sepi cam bandar sebelum tu. "Ehekkk!!! Bandar ni tak mati lagi la korang...!!"kata sorang daripada member aku waktu kitorang nak balik ke hotel. Hmmm...agaknya la bandar tadi tu bandar tempat keje jer kot. Pasal tu bila mlm jadi senyap-sunyi jer. Bandar yg kitorang lepak tu kot baru bandar wakamono(youth) kot....memandai jer kitorang buat teori sendiri...Har!Har!Har!
16 August 2001 (Thur)
Giler nyer awal kena bangun ari tu...Ni gara2 pasal parking la ni...Masa balik makan semalam kononnya nak park kete kat hotel nyer parking laa...Satu malam baru kena bayar 500 yen.Tapi malangnya tempat parking hotel tu terhad sgt...Masa sampai kat hotel semalam semuanya dah penuh. Disebabkan takder pilihan lain kena la carik tempat parking lain...for sure la kena bayo lagi mahal...Pusing nyer pusing jumpa la satu tempat parking yg kira murah lg la kalo nak dibandingkan ngan tempat parking biasa. 1 malam kena bayor 1200 yen tapi kena amik keta sebelum kol 6 pagi...Ngan kata2 lain kitorang kena kuo awal la hari tu...kalo tak nanti kena bayo lebih...Aku kunci jam kol 4:45..jadi org pertama bangun dlm bilik tu. Saja jer aku nak bangun awal pasal tak mau tunggu turn nak mandi. Aku pun bukannya jenis yg last-minute nyer org. Kang kelam-kabut aku jadinya nanti.
Hari ni kitorang plan nak jalan jauh sket ke Furano....Ngikut aper yg telah kitorang survey ala-kadar tu, kat district tu terkenal ngan ladang bunga dan herb. Tu yg kengkawan aku giler nak pegi tu. Lebih kurang amik masa 4 jam nak tiba ke sana. Sket nyer jauh....rupa2nya ader short-cut nak gi situ tapi member yg tugasnya jadi navigator tak perasan....Oppss!! Tapi takpe la kan..bukannya sengaja...kitorang pun kuo awal pagi...tiba kat sana pun baru kol 10. Ikut jalan jauh pun best gak. Lalu kat kawasan kampung tepi/lereng bukit. Lawa jer pemandangan cuma tak bleh nak berenti utk amik gambo. Bleh la kot perasan kejap ader kat Kedah ker...Pahang ker...Kat Furano kitorang pergi ke Tomita Farm. Ader ladang herb dan bunga kat situ. Puas gak la berposing maut ngan bunga matahari dan lavender tu. Member2 aku sempat rasa aiskrim lavender lagi gitu...Kaler ungu cam bunganya gak...aku pun tumpang rasa gak la...hmmm. Rasanya macam makan chewing gum yg berangin tu...Eheekkk....tu jer la komen aku...3 org member aku kata sedap jer. Cuma aku ngan sorang lagi jer yg rasa bimio(pelik) jer kott.. Ehehehe...Tak kena ngan taste kitorang la tu.
Lepas tu member ajak gi ke satu tempat yg telah dijadikan 1 location drama terkenal kat Jepun. Tajuk drama tu "Kitano Kuni Kara" dan tempat recreation yg kitorang nak pi tu pun namanya diambil dr tajuk drama tu. Rasanya sebelum ni aku pernah dengar pasal drama tu(ader 3 season) tapi tak pasti ler aku pernah tengok ke idak kat tv. Yg pastinya citer tu kabarenya byk lokasi masa musim sejuk. Nak pi ke tempat tu punya la kena masuk jauh gak ke dalam kawasan hutan. Kat tempat tu ader la gaya sket macam Mini Malaysia kat Air Keroh, Melaka pasal ader model2 rumah yg dijadikan lokasi drama. Memang rasa cam dok rumah dlm hutan jer rasanya. Sekali tu nak amik gambo berlima, kebetulan ada sekumpulan 4 guys kat situ pun nampaknya nak amik gambo. Pas tu kitorang suruh member sorang mengurat salah sorang dr depa mintak amikkan gambo kitorang berlima. Hehehe....tak sia2 usaha kitorang...Pas tu diorang plak amik turn nak berposing. Kitorang pun bagi signal kat member tadi offer jd photographer utk depa lak...Yelah, kira balas balik ler kan...baru nampak adil sket ye tak...Ahaksss...
Lepas beli omiyage n lepak2 kejap kitorang pegi ke satu tempat yg buat jem original, Furano Jam En. Macam2 jenis jem ada dijual kat situ. Yang best tu pasal bleh rasa(ader disediakan potongan roti utk dimakan ngan jem), kitorang pun tgh lapo masa tu...memang tak lepaskan peluang nyer la nak merasa free pelbagai jenis jem yg ader kat situ. Dlm byk2 jenis jem yg disediakan kat situ kitorang paling berkenan ngan jem lobak yg dicampur ngan madu. Hohoh!! Sedap...sesuai bg meka2 yg tak suka sangat makan lobak cam aku ni. Kaler jemnya pun lawa. Sebijik cam kaler kaya. Lobak pun warnanya oren kan. Aku pun beli la sebotol...500 yen satu..kira mahal la jugak tapi memandangkan jemnya lain drpd yg lain aku beli gak la. Bila lagi nak rasa ye tak? Next, gi ke Furano Cheese Garden lak...Kat situ member2 aku ramai nak beli cheese cake. Aku memula ingat nak beli ler gak tapi tak jadi plak...aku beli cookies jer kat saner. Bercadang nak buat omiyage untuk sensei(lecturer) dan bebudak ken(lab) aku. Hari tu selesai dah program kitorang kat Furano, kitorang terus balik ke Sapporo ikut jalan short-cut lalu kat dalam kawasan gunung/bukit yg amik masa lebih kurang 2 jam perjalanan. Sampai hotel kitorang terus chop tempat parking cepat-cepat. Lepas maghrib semua bersiap nak pi makan, dah pilih awal-awal nak makan wasyoku(makanan Jepun). Aku ni sebenarnya nigate(tak berapa suka) makan wasyoku ni...tapi disbbkan dah majoriti yg pilih, aku ikut gak laa. Hokkaido ni terkenal ngan makanan laut yg fresh especially kani(ketam). Kani depa beza giler ngan kani kat M'sia...Kat sini saiz kaninya besar gedebak giler...Badannya besar cam pinggan pun ader...Puas la nak makan isinya. Kitorang pilih set kani hari tu. Sorang kena bayar 3600 yen lebih kurang. Rasanya ni la makanan termahal yg aku pernah makan kat luar.Tapi, takper la kan, sekali-sekala jer. Bila lagi nak rasa ye tak? Set yg kitorang pilih tu ade kani yg telah direbus, ader sushi udang dan kani(1st time aku makan sushi...), sup ketam, ebifurai, misoshiru dan tah aper laie aku tak ingat. Kuo dari kedai tu sumer orang dah muka pun macam kani. Ada yg dah naik mual pun ader pasal perut penuh ngan ketam jer(termasuk aku la tu). Sorang ajak aku pegi merayap kejap untuk releasekan perut...yg lain nak balik ke hotel. Last2 kitorang berdua gi karaoke 2 jam....Balik hotel hampir kol 12 tghmlm. Joli sakan betul...
17 August 2001 (Fri)
Hari last di Hokkaido. Kol 10 dah kena check-out. Hari tu kitorang tak bleh nak jalan jauh. Setakat sekitar bandar Sapporo tu jer. Pi ke tempat2 yg sama masa aku dtg Sapporo winter lepas. Yang beza cuma season jer...Tghari tu(actually dah kol 2) kitorang pi lunch kat kedai bawah tanah lagi...n makan wasyoku lagi...heheh...Pas tu merayap kat 1 kawasan bazaar cari omiyage. Dah ler bazaar tu panjang, lenguh gak kaki berjalan. Hampir kol 5 baru berangkat ke Chitose utk pulangkan rental car. Sampai kat airport +/- kol 6 lebih kot. Flight balik kol 9 suku...So, sebelum tu kitorang lepak2 jap, pas tu pi cari tempat makan. Aku cakap kat member2 aku aku dah tak sanggup makan wasyoku lagi...kali ni nak makan yousyoku (western style) la plak. Nasib baik dapat sokongan sorang member lagi. Har!Har!Har! At last pi makan sphagetti (kebelakangan ni mmg aku jadi peminat sphagetti or macaroni). Tup tap dah kol 8 lebih...tak sempat nak merayap sgt untuk beli omiyage kat airport. Dipendekkan citer sampai kat Tokyo kol 10:30 kot...Sumer org pun dah kepenatan giler pasal hari tu byk berjalan jer...sampai kat rumah sorang member(pasal jarak rumah dia paling dekat ngan airport), sumer melepek especially aku ngan tuan rumah laa...Aku jalan pun macam org mabuk jerr...Tak sempat mandi pun, terus rebah tido....Penat giler la tu.
Gitu la kisah aku kat Hokkaido...tak der aper sgt pun...Boring kan...heheh... :P