Suasana aki memang lawa...ye la nama pun musim luruh ye tak. Daun2 akan berubah kaler dari hijau menjadi kuning, merah atau pun oren. Laa...macam kita dok tengok kat filem omputih ataupun filem Hindustan tu ler...Kalerful gitu...cam tu ler lebih kurang rupanya. Kat sini ader certain2 tempat (especially kawasan pergunungan) yg memang terkenal sebagai tempat yg cantik kalo nak tengok momiji (colored leaves) ni. Salah satu tempat yg terkenal ialah Nikko. Aku sendiri tak pernah lagi jejak ke sana tapi ngikut citer member2 aku yg pernah sampai, memang lawo gegiler momiji kat sana. Actually kat tempat aku ni pun ha dekat ngan gunung. Kira masuk senarai gak jadi tempat popular untuk tengok momiji kat area Tokyo, ewah!! Tiap tahun ader jer golongan pakcik-makcik pergi ke gunung tu sama ader untuk hiking or pegi tengok momiji. Biasanya momiji kat bahagian Honshu bermula dari bulan 10-11, manakala kalau di Hokkaido pula bulan 9. Aki juga akan mengingatkan aku pada gakuensai (educational institution festival), pasal setiap tahun gakuensai akan diadakan masa musim ni. Hampir semua kelab/badan persatuan dalam college akan membuka gerai masing2 sepanjang 3 hari festival berlangsung. Kebanyakannya bukak gerai yg menjual makanan seperti takoyaki, yakisoba, banana choco, creep, yakitori, ramen, curry-rice dan sebagainya. Selain tu ader juga diadakan pertandingan, games, persembahan konsert dan lain-lain aktiviti untuk memeriahkan lagi suasana gakuensai. Selain tu, tsukimi
(moon-viewing or moonlight party) juga merupakan salah satu event yg terkenal
waktu aki, biasanya pada pertengahan bulan 9. Bila aki langit akan menjadi
cerah, especially bila mangetsu (bulan
penuh), malamnya cantik. Even pada hari biasa pun, walaupun matahari dah
tenggelam langit memang nampak clear pada waktu malam.
|