Kalau korang dah baca dulu text "First Time In Japan" yang aku tulis sebelum ni bermakna korang paham la sket kot apa kebenda yg dimaksudkan dengan Hachioji Seminar House ni. Kalau tak baca lagi, pi baca dulu text tu(Heheh!! Nak dera sket ni! Haa..baca cepat!!).Kat sini la kitorang bebudak Malaysia ditempatkan sementara waktu semasa baru sampai kat Jepun ni. Kat sini la kami belajar macam maner nak memulakan life baru kat negara orang ni. Haa..bukan senang tu. Di sini tempat tidur, makan, minum semuanya terjaga. Pihak pentadbiran kat sini pun tahu selok- belok tang perihal budaya dan agama kita. So, kalau mcm macam bab makan tu, depa jaga la jugak. Masak daging/ayam yg halal, tak guna alcohol atau aper-aper menda lain yg kita tak bleh makan. Penggunaan toilet pun ader toleransi gak. Jepun ni tak gunakan air kat toilet(mean takder paip air la dlm toilet tu) pasal diorang tak suka lecak-lecak ni, so kitorang nyer pasal depa sediakan gak baldi untuk kitorang guna. Cuma kena pastikan toilet tu tak dibasahi ngan air la, kalau tak kena mop sendiri pasal bukan setakat kitorang jer menumpang kat situ, orang lain pun ader jugak. Kita pun kena la respect jugak budaya diorang kan...baru ler adil.
Masa aku stay kat sana tengah musim sejuk time tu. Maklum ler sampai bulan February...maner la tak sejuk..Nasib la depa sediakan mofu(selimut tebal) byk lapis..kalau tak maunya tak bleh tido aku malam-malam. Danbo(heater) gas pun kena bukak 24 jam. Sampai kitorang dipesan suruh isi air dalam dulang kecil dan bubuh atas danbo gas tu supaya udara dalam bilik tak kering sgt. "Seksa" gak ler dok dlm cuaca sejuk ni...lagi lak macam kita yg tak biasa ni. Kalau setakat kena selsema, demam dan batuk tu tak yah cakap la. Rasa aku sesapa pun antara kitorang mesti pernah merasa. Sesapa yang kulit tak cukup jyobu(tough)...kena ler sindrom kulit kering dan gatal- gatal. Tu pun bahaya gak tu kalau tak dijaga. Patut ler sebelum datang ke sini, kitorang dipesan suruh bawak losyen dan lip balm. Kalau tak pakai lip balm tu, maunya bibir bleh merekah dan berdarah jadinya. Hai, bersyukur ler aku ni orang Malaysia. Takder la kena bersusah-payah sgt nak hidup dalam 4 musim yg berlainan. Camner pun aku tetap menghargai pengalaman yg aku dapat kat sini. Ni la baru namanya life kat oversea ye tak?!
Bilik kitorang kat sini kecik and simple jer...Cam rumah yg aku dok tu, biliknya ader bertingkat-tingkat...setiap bilik dipisahkan ngan tangga dan ditutup ngan langsir jer...kiranya takder dinding atau pintu la yg dijadikan sebagai pemisah antara bilik. Bilik aku letaknya kat tingkat belah bawah, kalau nak kuo ikut pintu atas, kena la melalui bilik-bilik member lain. Pintu bawah sekali tu gunanya sokmo bila nak gi toilet or bathroom jer la pasal dekat(toilet ngan bilik air tu kat luar). Nasib baik ler ada sinki kat ngan bilik aku. Kalau tak, nak ambik wudhuk pun kena berulang-alik ke toilet plak. Tapi, terketar- ketar ler jadinya masa ambik wudhuk tu pasal air sejuk ngalahkan air batu. Buat minum pun best...Ambik wudhuk pun asal cukup syarat jer. Har!Har!Har! Yang penting sah, ye tak?! :)
Sepanjang tinggal di sini banyak menda yg kitorang belajar. Kitorang diajar bagaimana nak tukar visa, kat mana pejabat imigresen yg terdekat, macam mana nak buat IC(specificnya dipanggil Alien Registration Card, yg aku tak puas hati apsal la bubuh perkataan "Alien" utk menunjukkan warganegara asing, bubuh ler perkataan lain cam foreign ker...aper ker...sedap sket bunyi nya ye tak?!), borang aper yg perlu diisi dan macam-macam lagi la. Semua tu penting untuk memastikan yang kitorang ni sah bleh bermastautin kat ini. Bukannya pendatang haram. Satu lagi menda yang dikira penting, mengenai pengurusan account bank. Takde buku akaun, tak masuk ler duit scholarship ye tak?!
Kitorang kat sini waktu makan dah ditetapkan...Tak bleh ikut suka hati jer nak gi makan kat syokudo(canteen) tu. Mcm yg aku kata tadi la, bukan kitorang jer yg menumpang kat sini, orang lain pun ader jugak. So, kiranya time makan tu kena ikut turn gak la. Maklum le syokudo tu tak bleh nak muatkan semua penghuninya sekaligus dlm 1 masa. Lagipun makanan kitorang kan "special" sket...tak bleh nak campur-aduk ngan yg lain. Kat sini nak ambik makanan kena guna kupon. So, tiap-tiap hari kena minta kupon dulu kat Asada Sensei...kira pengganti duit la tu kan. Cam breakfast selalunya aku sokmo gi makan dalam pukul 8 lebih. Menu breakfast selalunya ader roti croissant, butter, carrot yg dicampur ngan kacang peas dan corn, telur rebus, salad dan juga kopi. Fuhhh...best!!Best!! Aku memang suka waktu breakfast...heheh! Lunch pun best gak. Antara menu favourite aku bila ader disediakan burger daging dgn sos, kentang goreng, kacang buncis yg dicelur, sup telur dan juga salad yg dimakan bersama ngan nasi. Natsukashinaa! Jap makan style Jepun, jap makan style Western...Kalau nak masak sendiri tu jangan harap laa. Berkurun pun takkan menjadik... :P
Kitorang kat sini takder la lepak memanjang jer sepanjang hari. Kira ada la jugak jadual harian kitorang kat sini...ewahh.. Setiap pagi(kecuali hari ujung minggu) kitorang ader syugo(berkumpul) beramai-ramai ngan Asada Sensei (actually tugasnya menjaga dan menguruskan segala hal yg berkaitan ngan kitorang kat sini...ibarat "bapa" kitorang kat sana la...Kitorang panggil Sensei jer). Aper saja maklumat penting ker..pemberitahuan ker..nasihat ker...teguran ker.... time tu la Sensei akan cakap kat kitorang. Lebih kurang 1/2 jam lepas tu kitorang ader kelas plak. Contohnya cam review untuk subject Math dan juga subject Nihongo (Japanese). Study ler kitorang sampai tengahari then pas tu bleh la terus pi lunch kat syokudo. Waktu petang sampai ke malam kitorang biasanya free...sukati ler nak buat aper. Biasanya aku dok melepak kat bilik je la. Kalau dah rasa boring sesangat tu, aku pi la kuo merayap kat luar. Saja-saja pi beli barang makanan kat konbini(convenience store) ker...buat tawaf satu kawasan seminar tu ker...pi rental cd/video ker. Kalau rasa ader duit aku ajak ler member-member lain pi merayap kat pekan Kitano or pergi ke bandar Hachioji. Saja-saja buang masa kat situ.
Bila masuk bulan March, Asada Sensei dah mula suruh kitorang carik rumah/ hostel sebagai persediaan nak memulakan life baru as a college student. Aku ni kira bernasib baik ader senpai(senior) yg nak tolong carikan rumah. Dia la yg syokaikan(kenalkan) fudosan(org tgh yg menguruskan hal carik rumah ni) kat aku ngan member-member lain. Kalau tak, parah gak nak carik sendiri. Maklum ler kan...kitorang ni orang asing(taraf alien gitu...), bukannya senang nak jumpa oyasan(tuan rumah) yang betul2 berminat nak amik orang luar menyewa kat apato(apartment) meka. Lagi lak kalo dapat oyasan yg dah ader pengalaman dapat penyewa orang asing yg buat hal...lagi ler tipis peluang nak menyewa rumah kat situ. Tapi aku Alhamdulillah laa...oyasan aku tu nampak nya tak kesah dapat pelajar asing cam kitorang ni. Agaknya pasal penjamin kitorang bleh dipercayai kot..Lepas tu tiba la musim kitorang dok mengumpul "reta" nak dibawa balik ke rumah baru. Beli TV la, hi-fi la, radio laa, barang dapur laa, peti ais la, dapur laa, heater la...hmmm...macam-macam ler!! Lagi lak ader kedai barangan letrik dekat ngan seminar house ni, senang jer nak gi memborong. Memang kaya-raya la kedai tu dok pasal kitorang mem perabiskan duit kat situ. Asada Sensei tengok pun, geleng-geleng kepala jer... Hahah!!
Kekkyoku(at last) pada penghujung March, kitorang dah kena berpindah ke rumah baru masing-masing. Barang-barang semua telah diangkut dulu ngan lori. Kitorang tinggal bawak badan jer.....Dan hari tu tamat ler jugak riwayat kitorang kat Seminar House selama sebulan lebih kat sana...(^ ^)