Ini merupakan travel kali pertama aku ke bumi utara Jepun, Hokkaido. Aku pergi ke sini pada musim sejuk yg lepas, February 2001 bersama sorang lagi member aku. Kitorang gi tak lama, 2 hari 1 malam mengikut pakej travel agency yang kitorang surf kat internet.7 February 2001 (Wednesday)
Dari rumah aku kena bertolak pukul 5:30 pagi pasal flight yg kitorang naik bertolak pada pukul 10:30 pagi dari Narita Airport. Perjalanan mengambil masa tak lama, lebih kurang sejam lebih. Kitorang plak dapat minta sit kat tepi tingkap, tu yang best tu. Bila flight masuk ke Hokkaido, tengok dataran Hokkaido tu memutih jer. Tah mana pokok, tah mana bukit, tah mana lembah pun tak dapat nak beza sangat pasal semuanya dah diselubungi salji. Tak pernah aku tengok salji setebal tu kat Tokyo.
Flight tiba di Shin-Chitose Airport lebih kurang pukul 11:50 pagi. Dari airport, kitorang naik subway menuju ke Sapporo eki(station). Tiba di Sapporo eki dah masuk tengahari. Bila keluar je dari bangunan eki, mak oiii!! Sejuk giler!! Berbeza ngan sejuk kat Tokyo, Tokyo pun tak sesejuk macam ni. Masa tu suhu kalau tak silap aku lebih kurang minus 9. Nasib baik kitorang dah ready awal-awal pakai baju tebal dan pakai tebukuro(gloves) hari tu. Tu pun aku masuk lagi tangan dalam poket baju luar. Sejuk wooo!! Kulit muka pun rasa macam nak merekah jer pasal sejuk dan kering. Hidung kitorang pun makin lama makin jadik merah cam clown. Aku jalan pun slow-slow jer pasal takut tergelincir kerana jalan kebanyakkannya agak licin. Kasut aku nyer tapak pun tak power sangat, gabra gak aku. Memula kitorang main rayap jer kat bandar Sapporo tu pasal kitorang pun tak pasti sangat kat mana yuki matsuri(snow festival) tu diadakan. So, main jalan ikut sedap hati je la.
Memula sekali kitorang tiba kat satu bekas bangunan kerajaan, namanya Aka Renga. Lawa bangunan tu, kaler merah lagi. Depan laman bangunan tu dibuat satu snow man yg besar gedabak saiznya. Aper lagi...kitorang pun memulakan ler sesi photography kat situ. Lepas tu, kitorang masuk ke dalam bangunan yg dah dijadikan macam muzium tu. Siap tinggalkan signature lagi kat dalam buku pelawat kat situ. Haaa...sedap sket rasanya bila berada dalam bangunan. Tak ler sesejuk kat luar tu ha. Tak ader apa sangat dalam tu. Banyak bilik-bilik pejabat je dalam tu. Dah puas berjalan kat daalm tu, kitorang pun keluar balik. Main taram jer jalan ke mana-mana. Pas tu kitorang jumpa Tokei Dai(Clock Tower) pulak. Kitorang malas nak masuk kat dalam tu, so amik gambo kat luar aje la. Next, kitorang pegi menuju ke Sapporo Tower pulak. Rupa-rupanya dekat ngan tower tu la diadakan snow festival sepanjang 12 street kat situ. So, kitorang pun memula naik tower dulu tu la. Dapat la tengok snow festival nyer suasana tu dari atas. Fuhh...lawa...Terkagum kitorang tengok.
Ramai sungguh orang kat sepanjang street snow festival tu. Snow festival diadakan setiap tahun di sini. Kat festival ni ader bermacam-macam hasil kerja meka-meka yg mahir dalam membuat ukiran daripada salji ataupun air batu sebagai pertandingan juga untuk dijadikan tontonan orang ramai sepanjang festival ini berlangsung. Contohnya ader ukiran bentuk rumah yg diperbuat daripada air batu, karektor animasi seperti Kitty, Doraemon, Snoopy, binaan yg bertemakan Disneyland dan macam-macam lagi bentuk binatang dan benda yg dihasilkan daripada salji. Menakjubkan sungguh bila melihatnya dengan mata kepala sendiri. Aku teringin nak ambik gambar bebanyak depan ukiran-ukiran salji/air batu tu semua tapi disbbkan orang ramai, susah nak dapat angle yg menarik, so tak berpeluang la aku nak buat koleksi byk byk seperti yg diharapkan.
Jalan nyer jalan, at last cukup sekali kitorang buat tawaf kat sepanjang street tu. Pasal time tu kitorang rasa dah 3/4 beku ditambah lagi dengan penat berjalan, so kitorang buat keputusan untuk pergi berehat kat hotel penginapan. Maka, dengan itu kitorang pun patah balik ler menuju ke eki Sapporo. Dalam perjalanan nak ke eki, berlaku ler satu eksiden yang tak ler disengajakan tapi telah dijangka akan berlaku(awal-awal lagi dah ader sense) bila-bila masa. Heheh!! Korang bleh agak tak ape kemendanya...Tah camner bleh tersilap langkah tah, aku tersliding atas yuki kat tepi jalan. Aku pun tak ingat sangat ler camner pose aku time tersliding tu, tapi yang pastinya aku jatuh bedebam terduduk pas tu. Nasib ler takder orang lain kat belakang aku masa tu. Kalau tak sure lagi tebal muka aku jadiknya...Hahah!!
Sampai kat eki, kitorang carik subway nak pegi ke hotel. Sampai sana kitorang carik konbini (convenience store) untuk beli makanan dulu pas tu baru check-in. Lega rasanya bila dah tiba sana...bleh terus berehat.
8 February 2001 (Thursday)
Lepas breakfast (ader disediakan), terus kitorang keluar check-out. Dalam perjalanan nak ke eki, kitorang singgah jap memain kat taman berdekatan kat situ. Yuki pun tengah tebal meliputi tanah, cuma ader lorong kecik (yuki dibuang ke tepi) dibuat untuk membolehkan pejalan kaki lalu kat situ. Kalau tak dibuat lorong tu payah ler nak jalan. Kalau pijak yuki tebal tu, bleh terpelosok kaki aku hampir sampai ke paras lutut (actually dah terpelosok pun!). Kitorang pun ambik kesempatan berlegar-legar kat situ buat sesi photography sendiri. Bila tiba kat eki kitorang pun beli tiket densha nak ke Otaru. Perjalanan ke sana ambil masa lebih kurang sejam kot...Tiba sana, kitorang pikir nak gi merayap ke mana. Abis sumer katalog ryoko (travel) yg kitorang nampak kat eki tu kitorang ambik. Kebanyakan katalog yg ader menawarkan 1 day route ke tempat-tempat menarik di Otaru dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan bas. Kitorang rasa tak sempat kalau nak merayap guna pakej bas tu. So, kitorang pilih satu-satu tempat jer untuk pegi tanpa ikut pakej bas tertentu. Memula kitorang ingat nak gi masuk Aquarium. Dari eki kitorang pun naik la bas biasa. Sampai kat sana, baru perasan Aquarium tu ditutup rupanya sepanjang musim sejuk. Chisss....silap target tempat plak. Ha!Ha!Ha! Tu la...tak check lagi betul-betul...Sendiri jugak yg segan...Pas tu kitorang pun carik la transport nak balik. Masa tu bas yg kitorang naik dah patah balik ke eki. Nampak plak satu teksi kat tepi jalan. Kitorang pun ngan muka seposen tanya la bleh tak anto kitorang sampai ke Otaru Unga ataupun kalau dalam bahasa omputihnya disebut Otaru Canal. Pakcik teksi tu kata dia tak bleh pasal dia dah ader penumpangnya sendiri yg charted teksi dia tapi katanya dia bleh tolong panggilkan teksi lain untuk jemput kitorang. Fuhhh...nasib baik pakcik tu baik hati. Sempat dia tanya kitorang lagi yg kitorang ni datang dari mana, baru 1st time ke sampai kat Otaru. Kira peramah la pakcik teksi tu. Sementara nak tunggu teksi baru datang, aku pun pi merayap jap kat tepi jeti tak jauh dari situ untuk ambil gambar tepi laut. Alang-alang dah sampai, ye takk?! Tak lama kemudian, teksi yg ditunggu pun sampai. Lega sket rasanya. Pakcik teksi sorang ni pun baik hati orangnya. Dia bawa kitorang sampai ke Otaru Unga, pas tu siap bagitau jalan dan arah mana yg patut kitorang ikut untuk pegi ke tempat popular kat situ. Berterima kasih betul kitorang kat dedua pakcik teksi tu. Alhamdulillah, tercapai gak hasrat kitorang nak jejakkan kaki di Otaru Unga yg terkenal ngan keshiki Europenya dan juga terkenal sebagai salah satu pusat menjual barangan souvenir kat Hokkaido.
Banyak deretan kedai souvenir kat situ dan yg menariknya semua bangunannya mengikut reka bina bangunan Eropah lama. Fuhh..lawa, apa lagi bila diserikan ngan snow yg memutih kat sekelilingnya. Menarik...Hampir semua kedai souvenir yg ader kat situ kitorang masuk. Cuma, kedai makan jer la tak berminat nak masuk...heheh!! Macam-macam souvenir yg dijual di situ. Ada barangan kristal, barangan kayu or metal, barangan kaca meliputi lampu, set minuman, pinggan-mangkuk (dishes), barangan perhiasan, pasu dan sebagainya. Juga ader kedai orugoru (music box) yang cute-cute dan cun-cun, kedai barangan herb (antaranya herb candle) dan bermacam-macam lagi barangan art dan craft yang lain. Memang geram la aku tengok brg yg dijual kat situ pasal semuanya lawa-lawa. Ikut hati, rasa banyak gak menda yang aku berminat nak beli tapi malangnya, memandangkan kitorang tak kecukupan duit...so setakat bleh cuci mata jer la. Huk!Huk!Huk! Sedih gak lerrr...hanya mampu tengok n belek-belek gitu jer la.
Time nak balik tu kitorang ingat nak jalan kaki jer pasal kalo tengok papan peta kat jalan, nampak cam dekat jer. Jalan nyer jalan....eki tak gak jumpa-jumpa. Puas gak kitorang toleh kiri kanan tapi tak nampak pun eki. Jumpa pekan kecil tapi takde sebarang petanda ader eki kat situ. Hmmm...nampak gayanya kitorang ni dah sesat jalan. Sekali lagi kitorang buat muka seposen tanya sorang nenek tu eki kat maner. Nenek tu kata kalau nak jalan kaki jauh, so dia cadangkan kitorang naik bas jer. So, at last kitorang buat keputusan nak naik bas....rasanya tak sanggup lagi dah tempah adventure nak menapak ke eki kalau jauh lagi. Buat buang energy jer. So, kitorang pun pergi la kat bus-stop. Kat bus-stop tu pun ader sorang makcik dok tunggu bas gak. Kitorang tanya la bas yg berenti nanti pegi sampai ke eki Otaru ke? Makcik tu pun bagi jawapan ye...Bila bas sampai, kitorang pun naik. Makcik tu dok kat sit paling depan sekali. Sampai kat satu tempat kitorang nengok makcik tu nak turun. Dia sempat toleh muka kat kitorang sambil melambai tangannya ajak turun sekali. "Ehh...dah sampai ker..." kitorang yg tak tau aper-aper ni pun turun la sekali ikut makcik tu. Then, makcik tu bagitau la kat kitorang dari bus stop tempat kitorang tu kena jalan sikit lagi untuk pegi ke eki Otaru. Lepas annai (tunjuk jalan) kat kitorang, makcik tu pun ucapkan selamat jalan dan pergi ke tempat yg ditujunya. Waaa...baik ati makcik tu, kitorang hanya mampu say thanks jer kat dia. Hari ni memang banyak kali kitorang dapat pertolongan orang Hokkaido yg baik-baik. Hahah!! Nasib baik sungguh. At last...sampai gak akhirnya kitorang kat eki Otaru. Terus kitorang beli tiket dan bergerak pergi ke Shin-Chitose.
Flight pulang ke Tokyo bertolak lebih kurang pukul 7:00 mlm. Begitu ler berakhirnya "travel aper yg sempat" kitorang selama 2 hari di Hokkaido masa musim sejuk. Lepas ni kalau ader chance gi Hokkaido lagi, zettai (absolutely) tak nak pegi masa winter...Kurushiii (painful)woo! Gitu la kesimpulan yg aku bleh buat lepas pegi Hokkaido tu (erkk...tu jer ker? Ha!Ha!Ha!Ha!).