Make your own free website on Tripod.com

Back

Ini merupakan pengalaman pertama dan terakhir aku setakat ni dapat menjejakkan kaki ke bumi selatan Jepun yang dikenali sebagai Kyushu.  Masa tu, tengah haru yasumi (spring vacation) sebelum masuknya sesi persekolahan yang baru (naik 3rd year). Peluang ni aku dapati bila senpai (senior) aku, Kak Fa (just nick name) yang baru jer selamat graduate (tapi graduation day belum tiba lagi time tu) mengajak aku pegi berjalan dengannya. Memula, plannya nak ajak aku pegi Disneyland sama, tapi tah macam maner, dia change mind plak ajak pegi Kyushu. Aku time tu dok abiskan masa cuti carik n buat baito (part-time). Kebetulan masa Kak Fa ajak aku tu, aku free plak...takde terikat dengan baito. So, aku pun go on jer la memandangkan aku pun boring dok kat umah kalo takder menda nak dibuat. Baik pegi jalan ye tak?! Aku pun tak pernah sampai ke Kyushu. Rugi kalau tolak chance cam tu ajer. Segala urusan nak ke sana baik tiket flight, tiket densha (train), tempat penginapan, jadual waktu densha, plan nak pegi maner, etc semuanya Kak Fa yang uruskan. Aku memang tak buat aper la (ihikss...jahatnya aku...). Aku cuma dibagitau aper yang patut jer. Tau-tau jer semua dah settle. Tinggal tunggu hari nak bertolak jer.

16 March 2000 (Thursday)

Hari ni merupakan Hari Raya Haji kalau tak silap aku (kalo silap...sorry). Hari ni juga Kak Fa ajak aku pegi ke Haneda Airport untuk bermalam di sana pasal flight kitorang nak ke Fukuoka dijadualkan bertolak pada jam 6:30 pagi esok. Disebabkan tak sempat nak bertolak dari rumah on the same day, so terpaksa la kitorang bermalam kat airport.

Sebelum pergi ke airport, kitorang singgah jap ke pejabat Asada Sensei untuk berjumpa dengannya. Selain bertanya khabar, kitorang pun ader menda yang nak dibincangkan kejap ngan Asada Sensei. Masa tu sorang member aku pun ader datang sekali. Lama gak ler kitorang melepak kat situ sampai kol 5 lebih kot. Pas tu, member aku tu pun ikut sekali kitorang pergi ke Haneda Airport. Saja takder keja...lagipun dia pun tak pernah lagi tiba ke sana (aku pun sama cam tu gak la). Sampai sana, kitorang lepak kejap dok hilangkan penat. Lepas tu aku ngan member aku pergi menghabiskan masa merayap kat airport tu. Luar dalam kitorang survey...hahah!! Lepas tu sesaja beli omiyage (souvenir) untuk dimakan. Actually menda tu kek cheese. Kitorang dok makan, lepak-lepak, borak-borak sampai ler kol 8. Then, member aku tu pun mintak diri ler nak balik. Tinggal ler berdua jer aku ngan Kak Fa.

Malam tu, lepas makan dan sembahyang kitorang dok melepek jer kat kerusi. Boring jugak rasanya dok menunggu masa berlalu. Asyik dok tengok jam jer aku. Mengharapkan cepat ler jarum jam tu berputor. Bila dok tenung lelama jarum jam tu, aku rasa kepala aku yg berputor. Huh!! Camner lak tu. Kelibat orang makin lama makin berkurangan. Masuk kol 11, jaga-jaga pun keluo buat rondaan. Kitorang pun diminta turun ke balai ketibaan kalau nak bermalam kat airport. Siap kena register gitu. Aku tengok ramai gak yg kena stay kat airport malam tu. Ni mesti kena naik flight awal pagi cam kitorang gak. Kitorang dikumpulkan setempat dan tido beramai-ramai kat bangku or kat deretan kerusi yang ader disediakan kat situ. Selimut ader disediakan kalau nak guna. Malam tu susah gak aku nak tido pasal rasa tak selesa kot. Al maklum ler, 1st time merasa experience kena tido kat airport. Aku rasa aku tido-tido ayam jer kot...Sekejap terlelap, sekejap terjaga (tapi aku rasa banyak lagi terjaga).

17 March 2000 (Friday)

Dalam pukul 5 lebih, kitorang dikejutkan dek pakcik-pakcik jaga mintak kitorang bangun kerana airport akan dibuka semula. Memasing dengan muka antara cukup ngan tak cukup tido pegi ke toilet untuk basuh muka. Lepas gosok gigi dan basuh muka, aku ngan Kak Fa cari tempat untuk solat Subuh. Bila airport dibuka, suasana kembali sibuk. Tunggu nyer tunggu, tak lama lepas tu tiba juga masa untuk berlepas. Seperti yg dijadualkan, kitorang menaiki flight JAL (Japanese Airline) ke Fukuoka Airport pukul 6:30 pagi. Flight ambil masa hampir 2 jam tapi aku sempat gak qada tido aku sepanjang dalam flight.

Lebih kurang kol 8:30 pagi kami tiba di Fukuoka Airport. Dari airport naik subway pergi ke Hakozaki Kyudaimaie (kalo tak silap aku, ni la nama eki tu...tak berapa ingat la). Ikut plan, kitorang akan stay kat rumah kawan Kak Fa, Kak Ani (just nick name) yang sama batch. Kak Ani nyer balak plak tu rupa-rupanya satu batch ngan aku. Kira aku kenal la. Sampai kat sana, Kak Fa pun contact la membernya tu tapi balaknya, Ery (also just nick name) plak yang sambut call. Katanya Kak Ani tengah buat baito kat supermarket, so katanya dia yang kena ganti Kak Ani jemput kitorang kat eki. Tak lama lepas tu Ery pun sampai. Kitorang pun ngekor la dia gi ke rumahnya dulu sementara nak tunggu Kak Ani abis buat baito sampai pukul 10 pagi. Bila Kak Ani sampai, dia pun lepak sekali kejap ngan kitorang. Siap sempat masak nasi goreng lagi kat rumah Ery then makan bersama. Lepas tu baru la kitorang bergerak ikut Kak Ani plak balik ke rumah dia. Kat sana lepas sembahyang, kitorang dok berehat lagi. Kak Ani nak ajak kitorang pergi berjalan-jalan kat satu bandar kat Fukuoka yang dikenali sabagai Tenjin.Tapi, sebelum tu kitorang pergi ke daigaku (university) Kak Ani, Kyushu Daigaku untuk beli tiket train dan passport masuk ke Huis Ten Bosch kat kobai (koperasi) dai. Alang-alang dah tiba sana, kitorang berposing kejap ler kat sana. Kyushu Daigaku nyer bangunan walaupun lama tapi lawa. Fuhh...bangga dapat menjejakkan kaki ke sana.

Petang tu, kitorang bertiga naik bas nak pergi ke Tenjin, Ery pun ikut sekali tapi dia nak naik motornya sendiri. Time tu tah camaner bleh silap timing, traffic-jammed plak jalan-raya waktu tu. Patutnya kalau biasa, tak sampai 1/2 jam pun boleh sampai, ni jadik sampai sejam lebih. Sampai tertido-tido kitorang dok pasal jenuh menunggu bas tak bergerak-gerak. Sampai kat Tenjin, kitorang dok cari Ery. Dia sekejap jer dah tiba dulu (biasa ler motor, senang menyelit), tapi kesian gak ler pasal lama nak menanti kitorang sampai. Tak bleh nak buat aper, hanya mampu say sorry jer la kat dia. Sebelum merayap, Kak Ani ajak isi perut dulu kat satu family restoran. Lepas tu baru kitorang pergi berjalan-jalan. Lawa gak bandar Tenjin tu, ader gaya macam bandar Europe sket. Siap ader Fukuoka Tower lagi kat situ. Seronok la cuci mata kat bandar tu. Dah puas merayap, baru kitorang balik. Malam tu telah diadakan party (?!) beramai-ramai ngan bebudak Malaysia Kyushu Dai(mana yg datang la, aku tak ingat ader berapa orang semuanya) kat satu kedai Italian (makan sphagetti la...aper lagi) yang merupakan kedai favourite diorang kat situ. Memang riuh jugak la jadinya kedai tu dek kitorang ni. Tak peduli orang keliling sangat. Sabo jer la ekkk....

18 March 2000 (Saturday)

Pagi ni, aku ngan Kak Fa bangun awal. Kitorang bersiap-sedia nak pergi ke Huis Ten Bosch yang terletak kat Nagasaki. Dari sini, naik subway sampai ke Hakata eki. Dari Hakata, kitorang naik densha JR tokyu (super express) ke Huis Ten Bosch eki (guna tiket pergi balik yg kitorang beli semalam) yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit untuk sampai. Kitorang target nak abiskan masa satu hari suntuk kat sini. Huis Ten Bosch ni boleh dikatakan sebagai theme park yang menjadi bandar clone Dutch yg konsepnya ecology and economy. Bila masuk musim spring, tempat ni memang terkenal dengan festival bunga tulipnya. Ni yang buat Kak Fa nak sangat pegi tu. Masuk jer dalam kawasan Huis Ten Bosch tu, awal-awal lagi dah nampak kebun tulip yang pelbagai warna kat kiri kanan jalan. Terasa macam ader kat maner jer...Ader kincir angin, perkampungan rumah-rumah Belanda, ada bay, town, etc yg menyerupai suasana di negara Dutch tu. Fooo...!! Memang lawa laa.

Selain dari tarikan luaran (termasuk tulip parade, street performance) yg sedia ada, sebagai theme park, Huis Ten Bosch turut menyediakan amusement or attraction lain di sini. Ader la beberapa attraction yg sempat kitorang masuk. Antaranya Mysterious Escher, attraction ni merupakan movie dalam bentuk 3D, shows the adventure of a girl who has to get water from the "Everlasting Water Fall" to cure her sick dog. Attraction Horizon Adventure pun menarik gak. Ran, the goddess of the sea (kononnya la), telah menurunkan banjir yang dashyat ke atas Netherlands. Dengan menggunakan setting of a typical Dutch town, kita bleh nampak la kemusnahan yg disebabkan dek banjir kilat tu. Kabernya the latest in high-tech flood and wave making equipment and 800 tons of water is used to provide that realistic simulation. What do you think? Dahsyat kan?! Next, Theater of Noah : Ecologia. Attraction ni menyuruh kita "terbang" bersama sorang budak lelaki, Noah in his Robocat dan pergi menyelamatkan bumi dari environmental pollution, forest fires etc. Attraction Crystal Dream, a curious blend of animation and three dimensional image combined with a gorgeous fountain show. Ni kira show dalam bentuk fantasy la...Satu lagi attraction namanya Great Voyage Theater. Attraction ni menggunakan a giant screen and moving floor. So, bleh terasa la kekonon kita berada dalam kapal kat laut yg bergerak dari Holland ke Japan dalam kurun ke 17. Merasa la sket pengembaraan kat laut, bila ribut melanda, bila kena serang, camner rasanya tunggang-terbalik kapal tu. Ader lagi attraction yg lain, tapi tak semuanya aku sempat masuk. Attractionnya tak la sebest theme park macam Disneyland tapi ader jugak tarikannya.

Selain tempat amusement, ader jugak pelbagai jenis muzium di Huis Ten Bosch. Paleis Huis Ten Bosch (House in the Forest) merupakan replika formal residence of Queen Beatrix of the Netherlands, is a worthy symbol of the city. Dalam palace ni ader gak art museum tapi kitorang maleh nak masuk. Kitorang dok menghabiskan masa kat halaman palace yg dipenuhi dengan bunga-bunga tulip. Ramai photographer profesional (tengok gaya la) ambil gambar kat situ. Time tu pulak kebetulan ader satu couple baru meraikan majlis perkahwinan mereka kat palace tu. Woo!! Nampak macam majlis perkahwinan diraja maner jer...Kasteel Nijenrode Teddy Bear Kingdom plak mempamerkan 1500 antique and modern teddy bears in impressive medieval castle. Musica Fantasia, a museum of souds, ader automatic organs, music boxes, etc. Selain tu, ader gak Stadhuis / Ornamental Glass Museum, Porcelain Museum, Von Siebold Museum dan tah aper-aper lagi yang aku tak masuk. Besar kawasan Huis Ten Bosch ni, tak larat nak tawaf semua kalau dengan berjalan kaki ajer. So, kitorang rental double bicycle (ader disediakan) untuk round satu Huis Ten Bosch. Jumpa tempat menarik baru berhenti. Sambil-sambil tu kitorang rest kejap untuk makan (beli roti kat konbini - convenience store jer) dan cari sikit barang omiyage yg kecil-kecil untuk dibawa balik. Aku beli key-chain jer pasal takder duit. Bleh la...asal ader petanda yg aku dah sampai kat sini. Kitorang juga sempat naik bot yg disediakan dan dibawa mengeliling sekitar. Masa tu dah nak masuk malam dah...Sekejap jer rasanya masa berlalu.

Pada belah malamnya, ader persembahan musical kat atas kapal dan juga pertunjukan bunga api. Wooo!! Seronok gak la tengok walaupun kena berhimpit-himpit dengan kumpulan manusia yg ramai. Sedar tak sedar tiba la masa untuk pulang. Aku tak ingat sangat pukul berapa masa tu kitorang balik tapi yang pastinya kitorang tiba kat rumah Kak Ani lebih kurang pukul 12 tghmlm. Kak Ani still lagi tak tido time tu menunggu kitorang balik. Dia siap masak mi bandung lagi malam tu. Bila kitorang sampai, terus dia panaskan kuah dan suruh kitorang makan. Fuh!! Memang sedap Kak Ani masak. Shiawase (bahagia) kitorang makan walaupun tengah malam time tu. Thanks a lot, Kak Ani!! Malam tu lena sungguh rasanya aku tido. Mimpi tak keluo sebijik pun...ha!Ha!Ha!

19 March 2000 (Sunday)

Tiba la hari untuk pulang semula ke Tokyo. Kali ni kitorang tak naik flight tapi naik densha JR guna 18 kippu (ticket). 18 kippu ni merupakan sejenis tiket khas yg dikeluarkan tiap kali menjelang cuti panjang seperti haru yasumi atau natsu yasumi (summer vacation). 18 kippu ni mengandungi 5 keping tiket. Setiap keping boleh digunakan sepanjang 24 jam (satu hari suntuk) untuk keluar-masuk maner-maner eki JR (dgn syarat kena naik line JR je la, line subway or swasta lain tak bleh) di seluruh Japan. Satu lagi syarat tiket ni, tak boleh naik densha yg ader reserved seat ataupun densha rapid express. Hanya boleh naik densha rapid atau yg biasa aje. So, dengan kata-kata lain 5 keping tiket tu bleh digunakan untuk 5 hari. Cam kitorang ni berkongsi beli 1 tiket 18 kippu, so setiap orang dapat 2 tiket untuk diguna selama 2 hari manakala 1 tiket lebih lagi tu kitorang ketepikan dulu. Perjalanan dari Kyushu nak balik semula ke Tokyo ni tak cukup makan masa 1 hari jer, so kitorang plan nak tido kat rumah sorang kohai (junior) kat Kyoto. Esoknya baru sambung balik perjalanan dari Kyoto menghala ke Tokyo.

Kitorang bertolak balik dalam pukul 8 lebih kot. Sebelum naik densha, singgah dulu kat konbini untuk beli minuman dan makanan. Maklum ler satu hari suntuk kena habiskan masa dalam densha jer. Sepanjang hari tu kerja kitorang...makan, borak, tido, norikae (tukar densha)...makan, borak, tido, norikae...Cam kat rumah plak ekk...(cuma takder norikae jer la). Untuk hilangkan penat naik densha, kitorang berhenti rehat sekejap (juga untuk sembahyang) kat eki Hiroshima. Rayau-rayau kejap kat depato (department store) kat eki tu pas tu baru naik densha semula. Kitorang sampai kat Kyoto dah lewat malam gak. Sampai kat sana, aku call kohai tanya arah jalan dari eki nak ke rumahnya. Kitorang sampai kat rumah kohai almost 12 o'clock.

20 March 2000 (Monday)

Hari terakhir untuk meghabiskan perjalanan balik ke Tokyo. Dalam pukul 10 lebih kitorang bergerak keluar dari rumah kohai. Hari ni kitorang berhenti rehat kat eki Shizuoka pulak...Dari sana tah berapa kali norikae tah, akhirnya sampai gak kat rumah. Tu pun dah pukul 8 mlm tak silap aku. Sampai rumah, terus melepek cam lempeng...penat wooo!! Dengan itu berakhir juga la pengembaraan aku ke Kyushu.

Picture Gallery

Back

Muka Depan