Back

Tobu World Square merupakan satu lagi theme park yang terkenal di Jepun. Di sini dikumpulkan sebahagian besar bangunan atau binaan yang masyhur di seluruh dunia seperti piramid di Egypt, Statute of Liberty di United States, Great Wall of China dan banyak lagi dalam bentuk replika yang memang dibuat khas menyerupai binaan asalnya. Memandangkan kalau nak pegi tengok yang real tu tah biler kot bleh tercapai, so sementara ader chance ni, aku pun ajak la member-member aku (semuanya berlima termasuk aku) pergi ke Tobu Square. At least bleh gak kitorang kenal lebih banyak binaan terkenal yg ader di seluruh dunia. Kitorang berpeluang pergi ke sini pada 27 July 2000 tahun lepas. Time tu dai aku baru nak start natsu yasumi (summer vacation) lepas tamatnya musim exam semester pertama.

Hari tu seperti yg telah dirancangkan, kitorang menaiki densha (train) Tobu Express dari Tobu Asakusa eki (station) straight sampai ke Kosagoe eki di Tochigi-ken. Perjalanan memakan masa 2 jam lebih kalau tak silap aku. Dari sana, kitorang menapak ader la dalam 10 minit untuk tiba ke Tobu Square tu. Sampai sana, kitorang lepak dulu pasal penat then baru la pergi beli tiket masuk. Kawasan Tobu Square ni dipecahkan kepada 6 zone utama iaitu America Zone, Asia Zone, Europe Zone, Egypt Zone, Japan Zone and Modern Japan Zone. Kitorang pun tak tahu nak masuk zone mana dulu pasal masing masing bersebelahan, so kitorang hentam jer la masuk mana yg paling dekat. Tapi yg kelakonya tu, bila dah pilih nak round zone tu jer, tah macam maner plak bleh termasuk ke zone yg lain padahal zone sebelum tu tak abis round lagi. Melilau-lilau tah ke mana-mana. At last kena masuk zone yg sama sampai 3, 4 kali pasal tak cukup survey lagi. Dah la hari tu panas terik...sabo jer laaa...

Kat America Zone, ader binaan bandar Manhattan in New York. Pastinya la ader World  Trade Center sekali kat situ. Hmm...malangnya the real one nyer dah tak der. Tinggal sejarah ajer. Selain tu, Statute of Liberty dan White House yang siap dengan front entrance sekali juga menjadi tumpuan ramai. Semua dok menunggu turn nak posing depan replika-replika tu (termasuk kitorang gak ler...).

Masuk kawasan Europe Zone, macam-macam la bangunan terkenal kat dunia yg ader. Antaranya Collosseum dan Leaning Tower of Pisa (bangunan condong tu) kat Italy. Selain tu, kalau France plak antara replika yg ader termasuk la Castle of Chambord, Versailles Palace, Nortre Dame Cathedral dan juga Eiffel Tower (ni yang paling terkenal la kan). Bangunan tinggalan Greek yang terkenal seperti Parthenon di Greece juga ader di sini.

Beralih ke kawasan Egypt plak...Ni penuh ngan piramid jer la. Kawasannya pun tak la sebesar mana. Selain piramid yang ader 3 jenis, Pyramid of Menkaure, Pyramid of Khafre dan Pyramid of Khufu, miniature Sphinx dan juga Great Temple of Abu Simbel juga ader ditunjukkan di sini.

Kat Asia Zone, tumpuan orang ramai banyak kat miniature Great Wall of China. Forbidden City, Temple of Heaven dan Mogao Caves in Dunhuang juga merupakan replika lain yg mewakili negara China. Angkor Wat di Cambodia juga turut ader dibina di sini. Selain tu Taj Mahal di India juga menjadi tumpuan ramai. Masjed-e Emam, Esfahan di Iran juga turut menarik perhatian aku. Lawa sungguh rekabentuk masjid tu. Bertuahnya rasa kalau aku berpeluang melihat dan masuk ke dalam masjid yg realnya tu (ewah...sempat berangan kejap tu).

Let's go to the Japan Zone...Yang aku ingat kat sini banyak replika otera (shrine) ataupun shiro (palace) lama. Antaranya Himeji Castle, Rokuon-ji Golden Pavilion, Jisho-ji Silver Pavilion, Itsukushima Shrine dan tah aper-aper lagi. Dan yang pastinya lagi aku tak pernah jejak lagi mana mana tempat yg ader kat situ.

Bila masuk Modern Japan Zone, baru ler terasa aku ni wujud kat zaman moden. Ader replika Tokyo Tower, Narita Airport, Tokyo Station, Tokyo Dome, etc. Nasib baik kat area ni tempat-tempat yg aku sebut tu aku dah pernah sampai. Baru la aku rasa yg aku ni memang betul ader kat Jepun. Ha!Ha!Ha!

Hmmm...tak banyak yg boleh aku citer pasal Tobu Square ni selain miniature yg dipamerkan. Ada satu building yg dinamakan Valdi Circus (asalnya dari France kot) jadi tempat buat persembahan pentas untuk kanak-kanak (kot ader persembahan circus sekali tu tak tau plak aku). Kitorang berlima lepas penat merayap satu Tobu Square tu, terus cari tempat makan untuk isi perut dan menghilangkan penat. Sempat jugak cari souvenir tapi tak jumpa sangat menda yg betul-betul menarik untuk dibawa balik. So, dah takder aper...kitorang pun balik la Tokyo petang tu.

Tamat...

Picture Gallery

Back

Muka Depan