Back


Nak tau…masa aku memula sampai kat Jepun ni, aku panic gak la biler sebut bab makan ni. Ye la…bleh ke aku idup kat Jepun ni…Dah ler Jepun ni dalam banyak2 menatang depa paling suka kat ba alif ba ya tuh..or dlm bhs Jepunnya dipanggil buta (sila eja dlm bhs baku ekkk…). Hmmm…masa awal2 dulu time kitorang dok menumpang kat Hachioji Seminar House, makanan semua disediakan oleh pihak syokudo (canteen). Tapi dah dimaklumkan dulu la yg kitorang ni banyak pantang-larangnya…tu takleh makan…ni takleh makan…ewahhh…So, makanan kitorang memang diasingkan daripada makanan org Jepun yg lain. Masa tu kitorang ni buduh lagi part makanan Jepun ni, maner la telan sangat. Nasik diorang pun lain, tak berderai macam nasik Malaysia. Diorang makan nasik tak campur ngan lauk sekali, makan nasik ngan lauk secara berasingan. Kalau aku, nak jer aku bubuh semua lauk yg ader tu dlm mangkuk nasi tu sekali…tapi kang payah plak nak makan pakai hashi (chopstick) tu. Huhhh!!! Memula tu, serba-serbinya memilih…especially aku ler…sokmo gak makan tak abiss….TENSEN jer pakcik-makcik tukang masak syokudo tu ngan peel kitorang yg byk cekadak ni…Ahahaha!! Malam2 ader jer bebudak yg gi keluo pi konbini carik menda lain nak makan cam roti ker…snack ker…tak pun saper yg bawak stock makanan segera esp maggi mee tu abis ler kena serbu….Ehehehe!!

Bila dah mula idup sendiri dan banyak bergaul ngan senpai, baru ler kenal itu dan ini…Baru la tau, kat Jepun ni rupanya tak la susah maner nak makan, especially pada meka2 yg bermastautin kat area Tokyo ni. Kedai yg jual daging halal dan beras Siam pun ader.Tanya jer senpai kedainya kat maner. Nak beli sendiri pun bleh, nak pesan melalui telefon pun bleh. Suruh depa angkut barang satu lori…Kalau nak beli barangan rempah-ratus, santan segera ker..kicap ker…barangan maggi ker…serai ker…bawang merah ker…sagu ker…kacang tanah ker…cili kering ker…aper ker…bleh carik kat pasar chika (underground) Ueno. Kat situ macam2 barang masakan Asia dari Malaysia, Indonesia, Thai, China, etc ader dijual kat situ. Harga tu tak payah berkira sangat la, kalau nak makan sedap macam kat Malaysia (dgn syarat masak pun kena sedap gak la), meh la carik bahan nak masak kat sini. Nak buat kenduri pun no problemmm…

Dulu aku ingat Jepun ni kolot sket pasal makanan, bila dah hidup kat sini baru aku tau yg diorang ni makan a wide variety of foods. Bukan setakat makanan Jepun (amnya dipangil wasyoku) jer, diorang juga suka makan makanan Western (yosyoku) and Chinese food (chuka ryouri) gak. Tengok jer kat luar, berlambak Italian restaurant (popular dengan sphagetti dan gratin), family restaurant dan juga restaurant chuka ryouri. Selain tu fast-food pun berlambak kat sini, Kentucky, Mc Donald, First Kitchen, Lotteria, Moss Burgers, etc. Tapi tak banyak ler yg bleh dimakan. Yang aku tau Cuma Kentucky, First Kitchen, dan Lotteria yg menggunakan minyak sayuran untuk untuk menggoreng. Tu pun setakat boleh makan ebi (udang) or fish burger, apple pie ngan potatoes jer la…Mr Donut pun disahkan boleh makan gak. Delivery pizza macam Pizza Hutt, Chicago Pizza, Pizza La, etc pun berlambak gak kat sini. Kalo males masak pun, still ader alternatif lain lagi nak makan…but don’t forget to save your money first laa…Selain tu ada gak restoran yg memasak makanan halal termasuk restoran masakan Malaysia seperti Marechan kat Ikebukuro, Mahathir Restaurant kat Shin-Okubo, Rasa Malaysia kat Shinjuku, Adam Baba (India & Pakistani Food) kat Shinjuku, Marhaba (Pakistani Food) kat Ikebukuro, etc. So, sesaper nak mai sini, jangan takut pasal makanan, korang sure tak mati kelaparan nyer kat sini. Paling kerek pun korang still bleh makan roti (ader berlambak kedai bakery kat sini) or makan onigiri (rice ball yg dalamnya ada isi ikan) jer yg bleh korang beli kat maner2 konbini (convenience store).

Meh aku citer sket pasal tabiat makan Japanese plak. Tak banyak sgt ler yg aku tau pasal aku pun bukan pernah dok serumah ngan Jepun…Cuma ader pengalaman homestay dan buat aktiviti camping beramai2 masa aku baru sampai sini dulu. Jepun ni kekko banyak makan gak..ikut orang gak ler…Selalunya diorang makan nasik bersama lauk ikan ataupun daging dan juga vegetables as subsidiary dishes. There are also many Japanese who eat bread for breakfast (aku punnn…). They eat bread with ham and eggs or an omelet for breakfast. Japanese food ni bleh dikatakan low fat n calorie gak la pasal kebanyakkan makanan diorang tak guna minyak banyak dan banyak dikukus. Pasal tu diorang ni kurus2 jer kot…Hihihihi!! 

Japanese ni ader etikanya yg tersendiri time nak makan. Sebelum makan, kena cakap "Itadakimasu" (I will receive) and finish with "Gochiso sama deshita" (Thank you for the feast). Umpama macam kiter orang Islam nak kena baca doa sebelum dan selepas makan la. Seperti yg korang tau, Japanese makan menggunakan hashi. Nak guna hashi pun ader caranya…kat depan diorang, tak bleh la main hentam keromo jer. You’ve got to remember some of the most important rules like never stick the hashi into the food, especially not into rice. Only at funerals hashi are stuck into the rice that is put onto the altar. When you are not using the hashi, put them in front of you onto the table or a dish with the tip to the left and do not pass food with your hashi directly to somebody other's hashi. Tak elok pada pandangan diorang tuh…When eating noodles or soups, it is Japanese style to slurp. However, it is considered bad manner to burp. Macam kiter orang Melayu, dedua tu tak elok kan…Jangan plak biler dah balik Malaysia pun nak buat selamba dek gak…Haaa…kang ader kena hambat kang! For Japanese when drinking beer or sake (Japanese rice wine), it is good manner to pour the alcohol into each other's cups, i.e. one does not pour it into his or her own glass. Bila minum minuman lain selain alcohol waktu party or majlis lain pun diorang mengamalkan budaya ni jugak. Bila nampak ader gelas kosong jer, mesti diorang nak tuangkan minuman lagi. So, if someone wants to give you more to drink, you should hold your glass towards that person. Tu pun jadi manner gak tu. Kalo tak nanti diorang ingat kiter shitsurei (tak beradap).

Sebut pasal makanan Jepun, ader beberapa jenis makanan Jepun yg boleh dimakan dan popular dikalangan kitorang kat sini. Antaranya ialah sushi. Sushi ni merupakan nasi yg atasnya dibubuh seafood or daging (ni tak bleh makan la…tengok jer bleh…) di atasnya serta dibubuh sedikit wasabi. Selalunya yg menjadi pilihan ialah sushi ikan seperti maguro (tuna), sushi udang, sotong, telur ikan, etc. Sushi selalu dihidangkan waktu majlis rasmi ataupun party biasa bersama makanan lain seperti tempura, sukiyaki, sashimi (slices of raw fish) dan sebagainya. Selain tu kalau kat luar, selalunya kitorang makan tendon. Tendon ni merupakan nasi bersama seafood spt ikan, udang dan sotong, sayur seperti terung, labu dan keledek yg digoreng, syouyu (soy sauce) beserta misoshiru (miso soup).  Miso is a seasoning made from steamed soybeans, which are then ground and mixed with malted rice and salt. Tak pun bleh gak pi makan soba ker (buckwheat noodles), udon ker (thick wheat flour noodles), set nasi yg ader ikan dan sayur ker, unagidon ker, etc ikut menu yg ader la (pepandai la tengok sendiri). Kalo nak makan ringan sket tu, bleh la makan takoyaki ker…okonomiyaki ker….monjayaki ker (adik-beradik okonomiyaki), taiyaki ker….tah haper2 lg la…Sumer tu favourite aku tuh…ewah!! Selain tu aku suka gak makan makanan Jepun yg menggunakan tofu. Tofu ni dibuat daripada soybeans, rupanya macam tauhu basah Cuma ianya lagi lembut. Paling simple tofu akan dimakan bersama syouyu. Bila musim sejuk plak, nabemono selalu menjadi pilihan Japanese makan bersama keluarga. Nabemono ni selalu dimasak atas dapur gas kecil yg diletak atas meja, memastikan supaya ianya sentiasa panas. Baru ler sedap dimakan…Biasanya diorang suka bubuh bermacam jenis bahan termasuk sayur2an kat dalam nabe tu. Kalau kat luar pulak, diorang suka makan oden.

Kesimpulannya nak makan kat sini takde la masalah sangat. Lagi pun bukan ler selalu pun dapat makan kat luar, biasanya kena masak sendiri. Kalau hari2 nak beli jer…alamat kopak ler duit kitorang kat sini. Kat sini kalo nak beli barang makan kat depato, kena carefully gak la sebab ader  barang makanan yg mengandungi alcohol atau sumber2 daripada haiwan. Semua tu kena juga la ambik tau. So, sebelum beli aper2 tu memang jadi tabiat la kitorang kat sini dok membelek dulu ingredients yg ditulis kat label (sampaikan biler aku balik M’sia pun terikut2 dibuatnya). Bila masak sendiri lagi save la kan. Kalau pasal minuman pulak memang tak jadi hal la. Kat sini berlambak2 vanding machine. Jenis minuman plak bermacam2…dari juice sampai ler ke minuman bergas sampai ler ke minuman panas (kopi, tea, cocoa)pun ader…Kopi jer tah berapa banyak jenis…aku pun tak sempat lagik nak testing semua jenis minuman yg ader. Kiter kat Malaysia setakat kenal Pepsi, Coke, Nescafe, Fanta, etc (aper lagi ekkk???) jer la…Kat sini tak terhafal aku dibuatnya. Haa…tu tak kira lagi tea tradisi Jepun, ocha (green tea) yg ader macam2 nama tu. Sebut pasal ocha ni kan, aku ni tak ler suka sangat ocha Jepun ni pasal rasanya tawar or kekadang tu pahit pun ader. Tapi minum ocha ni sebenarnya baik untuk kesihatan. Lagik satu, Jepun ni tak suka minum minuman manis. Kalau minum kopi pun, diorang suka coffee black yg takder bubuh gula langsung tu. Begitu juga dgn minuman lain, diorang tak suka bubuh gula byk2 macam kiter org Malaysia. Makanan pun macam tu jugak…chocolate ker…kek ker…manisnya tak semanis taste org Malaysia. Memula tu rasa tak macam tak cukup gak la…tapi biler lelama aku rasa sedap pulak. Aku prefer lagi tahap kemanisan makanan kat sini berbanding dgn Malaysia. Patut ler org kiter senang kena penyakit, pasal salah satu sebabnya banyak makan gula. Iklan : kurangkanlah pengambilan gula dalam makanan dan minuman demi kesihatan anda. Ehehehehe!!!
 

Back

Muka Depan