Make your own free website on Tripod.com

 

Kat sini aku nak kenalkan sket ler(sket jer laa...) pasal college tempat aku belajo sekarang ni. College aku ni jenis Private University...tak glamer sangat pun. Nak masuk National University tak mampu pasal tak cukup terrer lagik...Tu pun kira nasib baik la bleh pass exam cukup-cukup makan dan cukup-cukup minum.

Dai(kependekan "daigaku" yg bermaksud university) aku ni letaknya kat area Tokyo tapi terpencil sket la. Kelilingnya bukit-bukau dan kalau tengok  kat luar pagar tu penuh ngan semak belukar jer. Dai aku ni ader 2 campus, satu kat tempat yg aku belajar sekarang ni dan satu lagi kat area bandar yg lebih dekat dengan bandaraya Tokyo. Campus satu lagi tu bleh dikatakan main campus la pasal kebanyakan course semua tertumpu di sana macam Keizai(Economy), Bungaku (Literature), Keiei(Management), Boueki(Trade), Seiji(Politics), etc. Cuma course engineering jer yg buat kat campus aku....haa...tu la specialnya. Actually kat campus aku ni course yg lain-lain tu memang ader gak cuma bukan jadi main campus jer la. Certain course bila naik 3rd year kena pindah campus lagi satu. Hanya course engineering jer la stay setempat...cam aku ni haa...

Dai aku ni kalau ikut usia, dah sampai pun seratus tahun...Ho!Ho!Ho! Tak caya?! Ohoo...tak per...ikut sejarah yg aku tau, dai aku ni telah ditubuhkan pada tahun 1900, tapi campus kat tempat aku ni dibina tahun 1978. Aku nak citer kat korang pasal campus aku ni jer la. Campus lagi satu tu aku sendiri pun tak pernah jejak lagi. Ahaks!! (Terlepas cakap plak...)
Campus aku ni kira besar gak kawasannya(termasuk semak belukar sekali). Berapa hektar besarnya tu jangan tanya aku la...aku pun tak tau. Ada banyak bangunan dalam kawasan dai ni, antaranya macam dalam peta yg aku sediakan tu la...Tapi nak diingatkan ler...peta tu bukan ler peta baru dan tak berapa lengkap, so ader  la kot 3, 4 bijik bangunan baru yg tak tercatat dalam peta tu. Nanti kot aku jumpa peta baru, aku ganti la ekk...Tulisan Jepun kat peta tu korang abaikan ler...Sekadar penerangan ringkas tentang "isi kandungan" satu-satu bangunan. Meh la aku citer sket pasal structurenya....

Gakusei Kouryu Kaikan(Students Exchange Center)
Kat depan tu cafeteria, jadi tempat budak-budak engineering makan dan melepak. Yg mengadap cafe tu plak tingkat bawahnya merupakan gym untuk dance. Bangunan main tu dikhaskan utk dijadikan bilik operasi persatuan, kelab etc yg ader kat dai ni. Yg best tu untuk student2 Islam(especially bebudak M'sia la) juga diberi satu bilik untuk dijadikan surau. Ni atas usaha senpai(senior) 1st batch kitorang laa...mintak pihak dai izinkan diorang guna 1 bilik untuk dijadikan surau memandangkan pelajar M'sia akan bertambah ramai setiap tahun. Memang kira nasib baik sungguh laa...Actually masa awal-awal kitorang diberi bilik kat D kan (bangunan D) tapi tah apsal tah kena tukar bilik plak kat kaikan tu. Tiap kali nak pi surau kena amik kunci kat pak cik jaga...tu jer la leceh sket.

D Wing
Ni merupakan bangunan rasmi untuk student Engineering la kiranya. Aper-aper kelas subjek major semuanya berada di sini. Bangunan ni ader 4 tingkat (dikira dari tingkat bawah), 1st floor ader locker room, 1 dewan kuliah besar(D101), kelas untuk design dan ada juga kelas-kelas biasa. 2nd and 3rd floor byk kelas biasa manakala 4th floor lak kelas untuk subject English aje. Tiap kali tukar subject, tiap kali tu la biasanya kena tukar kelas. Masa aku 1st year dulu siap bleh tersilap masuk kelas lagi...confused la tu...

Faculty of Engineering Building
Bangunan ni lak penghuni tetapnya biasanya bebudak 4th year pasal kat sini la letaknya bilik-bilik kenkyu(research) dari 1st sampai la ke 4th floor. Macam aku, bilik ken(kependekan kenkyu) ader kat tingkat 1. Selain tu ader gak bilik  jikken (experiment), bilik computer untuk kelas CAD(Computer Art Design), bilik zemi (seminar), bilik lecturer dan lain-lain.

Big Tent
Merupakan salah satu tempat untuk student-student design buat kerja.

Faculty of Engineering Experimentation Center
Selain buat jikken or amali kat bilik jikken biasa, kat sini pun jadi tempat buat amali gak. Cuma kat sini bleh la dianggap cam "mini factory" la kat sini utk bebudak mechnical pasal tempat ni penuh ngan tah aper-aper mesin.

Library
Ada 2 tingkat. Jadi tempat belajar ataupun tempat tido...Biasanya library ni akan penuh time musim exam la kan..biasa la tu ekk...Aku pun biasanya masuk library sama ader nak pinjam buku ataupun pi baca paper aje...Haa..kat library ada sediakan newspaper utk student luar cam aku ni tak kira la paper English ke, Chinese ke, Korean ker...Indonesian ker...sumer ader...Utk student M'sia disediakan NST(New Straits Times) untuk dibaca. Cuma paper tu lewat 2,3 hari je la....Tak semua dai ada service cam ni tau!

Administration Studies Hall
Bleh dikatakan bangunan pentadbiran la. Segala jenis office kebanyakannya ader kat sini.

A Wing
Merupakan bangunan 5 tingkat, tingkat bawah ader hall, Mc Donald dan juga kobai(coop). Kobai jadi tempat singgahan aku yg pertama tiap kali aku gi dai pasal kat situ la aku membeli makanan utk lunch tengahari. Kat tingkat 2 plak ader main syokudo(canteen) dan tingkat-tingkat lain plak kebanyakannya bilik kelas.

B Wing
Ada 2 dewan kuliah besar untuk ippan kamoku(subject am).

C Wing
Fungsinya sama macam B Wing gak cuma ader bangunan ni ader 2 tingkat.

Ritaku Building
6 tingkat termasuk 1 tingkat bawah tanah. Salah satu tempat lepak student kat sini pasal ader lobi kat 1st floor dan cafeteria kat 2nd floor.

Gymnasium
Fungsinya korang tau la kan...Selain bilik gym, ader bilik untuk main ping-pong, karate, judo dan kendo. Tingkat atas pula ada arena dan dewan besar.

Fuso Dormitory
Dormitory ni dikhaskan untuk student-student 1st year aje. Masuk 2nd year kena cari rumah sendiri kat luar. Bebudak ni ader dikenakan duty gotong-royong bersihkan kawasan  depan eki(station) yg menjadi perhentian student-student dai ni yg dtg ke dai dgn menaiki densha (train). Kekadang tu terserempak ngan group bebudak ryo(dorm) berjalan menghala ke eki ngan muka ngantuk meka (maklum ler kol 6 am lebih) sambil membawa penyapu dan menda-menda lain yg sepatutnya. Hahah!!

International Exchange Center
Yg aku tau salah satu fungsinya ialah menjadi tempat tinggal sementara untuk student/pelawat yg datang dari luar negara.

Hmmm...cam tu ler lebih kurang rupa dai aku. Amacam, bleh tak korang imagine? Ader saper-saper berminat nak cerita pasal college masing-masing? Meh la anto story korang kat aku. Bleh aku siarkan sekali dlm laman ni. Hantarkan saja melalui e-mail berikut.


iy_co@yahoo.com






Nak tengok gambar? Sabo dulu ye...

Campus Map

My Diary

Muka Depan