Make your own free website on Tripod.com
 

Back

Tempat attraction ni baru lagi dibuka tahun ni, letaknya kat Osaka. Aku gi ke sana masa dapat peluang menghadiri mensetsu(interview) kerja kat Osaka bulan Jun lepas. Interviewnya sehari jer tapi aku melepak 3 hari kat Osaka gara-gara nak berjalan kat sana ajer...Lain lak kerja aku kat sana. Yelah...alang-alang dah tiba kat sana, rayau ler betul-betul ye tak...(walaupun 2 hari jer...).

Aku gi interview tu masa hari Khamis. Malamnya aku stay kat  Youth Hostel, tak jauh dari eki(station) Shin-Osaka(kalau naik shinkansen=bullet train dari Tokyo turun kat eki ni la). Dari Shin-Osaka eki kena naik subway Midosuji-sen sampai Ryokuchi Koen eki. Aku dah youyaku(register) beberapa hari sebelum tu kata nak stay sana 3 hari 2 malam. Dari eki mata aku melilau-lilau carik papan tanda kot-kot ader tulis arah nak ke Youth Hostel tu. Actually aku ader gak bawak peta nak ke hostel tu yg aku print dari intenet tapi aku rasa peta tu simple sangat. Tak banyak petanda. Panik sket aku takut kot-kot bleh tersesat tah ke mana-mana. Nasib baik bila aku keluo jer dari eki tu terus ternampak papan tanda yang menunjukkan arah ke youth hostel tu. Jumpa koen (taman) la...tasik la. Rupa-rupanya kat kawasan tu ader banyak gak tempat rekreasi yg lain cam Horse Riding Field, padang golf dan tah aper-aper lagi(aku tak ingat daa...). Pas tu kena jalan naik bukit plak...kiri kanan jalan nampak hutan buluh jer. Macam nak gi camping jer rasanya. Nak kata aku salah jalan, rasanya tak plak pasal sah-sah aku ikut penunjuk papan tanda yg ader. Pelik gak aku rasa time tu. "Ehh, Youth hostel ni dalam kawasan hutan ker?!" tak pasal-pasal plak aku mengomel sensorang. Nak tak nak aku aku teruskan gak ler berjalan. Makin lama makin terasa jauh dari kawasan yg berorang. Senyap jer...At last baru la aku nampak bangunan hostel tu kat tepi jalan. Aku pun nak melangkah ler masuk tapi tersilap pintu. Rupa-rupanya tu pintu dapur. Ehekk...aku pusing balik nak cari arah lain, bila aku jalan ke depan lagi sket baru nampak pintu depannya. Kebetulan masa tu ader sorang mat salleh nak kuo, bila dia nampak jer aku terus dia bukakkan pintu untuk aku...Ewaahh...tunjuk gentleman plak dia...Aku sengih jer la sambil say thanks kat dia. Masuk jer aku terus pegi ke front desk untuk check-in dan bayar terus duit penginapan aku 3 hari kat sana. Pak Cik yg jaga front tu explain ler aku aper yg patut(cakap English plak tu) bla bla bla then bagi aku sheet tilam, selimut dan sarung bantal. Semuanya kaler  putih. Memang rasa style dok hostel sungguh! Aku dapat bilik kat tingkat dua. Kata Pak Cik tu lagi aku nyer bilik tu ader roomates 2 org. Masa aku masuk tu depa tak balik lagi. Aku tengok beg diorang gayanya cam travellers. Malam tu baru la aku dapat bersemuka ngan roomates aku. Betul gak tekaan aku yg diorang tu travellers. Kebetulan plak, 2,2 orang tu rupanya orang Singapore. Hooh....Sorang tu keja reporter, sorang lagi tu lak kejanya engineer...fohhh!! Tapi time tu memang diorang saja travel ke Jepun. Dasyattt...aku ni ha kalau tak pasal dapat belajo kat sini, jangan harap ler aku bleh sampai ke Jepun ni.

Pagi esok tu aku bangun awal giler...ewahh, berkobar-kobar aku nak gi ke USJ. Roomate aku pun tak bangun lagi waktu tu. Aku check-out kol 7 rasanya. Tak sarapan aper pun terus blah. Dari Osaka aku naik JR Osaka Kanjyo-sen pergi ke eki Nishikujyou. Dari sana kena norikae(transfer) naik line JR Sakurajima-sen plak baru sampai ke eki Universal City. Ramai giler org kat sana walaupun baru pukul 8 time tu(actually gate bukak kol 9). Nasib baik la kat depan eki tu ader pakcik eki yg baru nak start jual passport masuk USJ, so takyah la aku kena beratur lama-lama kat tempat jual tiket. Berebut-rebut orang nak beli tiket time tu(termasuk aku ler). Lepas tu aku pun berjalan ler menuju ke main gate. Ingatkan lambat lagi ler nak tunggu pasal nak ikutkan gate bukak kol 9 tapi tengok-tengok kol 8:30 depa dah izinkan org beratur untuk beli tiket dan masuk terus kat dalam.

Masa tu tak semua attraction dah bukak. Aku pun main taram jer masuk maner yg aku nampak atau rasa nak pegi dulu. Memula sekali aku pegi ke Hollywood area, masuk ke attraction E.T Adventure. Kekonon korang naik bicycle pas tu travel dalam E.T nyer sekai(world). Keluo dari situ aku menerpa masuk ke New York area plak, nak masuk attraction TERMINATOR 2 : 3D, masa tu pun aku tengok barisan takder la panjang sesangat...tu yg aku berminat nak pi tu. Baris nyer baris, sampai 1 jam lebih...tetiba dengar announcement kata ader masalah teknikal kat situ. Bila aku tengok ader beberapa kerat org blah, aku pun dah tensen menunggu time tu...aku pun keluo gak. Malas lg rasanya nak tunggu. Pas tu aku try masuk Monster Make-up plak...Haa...ni tak rugi kalau masuk. Omoshiroi(Interesting)! Kat sini ader persembahan pentas 2 orang "doktor" show kat penonton macam maner diorang "buat" monster. He..he..he! Diorang siap pinjam sorang girl untuk dibuat bahan "eksperimen" nak potong tangan dia. Suspens tapi lawak. Next aku pi tengok Animation Celebration plak. Kat situ korang akan dok mengadap satu stage yg rupanya macam lab aper tah. Kat situ ader sorang brother cute dan juga 3D cartoon Woody Wood Pecker akan buat presentation untuk penonton. Seronok tengok camner Woody tu menunggang terbalikkan lab dari berkemas terus jadi tunggang-langgang gara-gara Woody tak mau masuk dalam rancangan cartoonnya sendiri kat tv. Penat ler brother cute tu mengejarnya ke sana ke mari nak tangkap kasi masuk balik dalam tv. Tu yg jadi tunggang-langgang tu. Lawak! Lawak! Terbahak- bahak orang gelak(err.. termasuk aku la tu).

Bila masuk ke Water World plak cuma ader satu tempat attraction jer, tapi tak rugi kalau masuk pasal besttt!!! Tapi nak menunggu sampai turn nak tengok attraction tu punya la lama...berkurun ko kena beratur. Orang ramai giler. Kaki aku pun dah naik lenguh berdiri masa tu. Sakit pinggang pun ye jugak, ngalahkan nenek plak aku jadiknya. Orang lain kat depan belakang aku pun suma dok cari tempat untuk bersandar. Dapat palang besi pun jadik la. Penat!! Dah la masa tu tgh cuaca panas(tengahari kot time tu), nasib ler aku ader beli mineral water sebotol sebelum kena beratur panjang-panjang tuhh...Hoh!! Bleh gak basahkan tekak yg kering. Ikut hati rasa nak basahkan muka sekali ngan air tu, tapi kang rasa membazir plak ekk... Mesti pakcik-makcik keliling aku jeles tengok aku minum air time tu...(He!He!He!Perasan...). Ader gak yg kuo jap saja-saja pi beli air or aiskrim(ngan syarat ader member ker couple yg jadi tukang chop tempat. Eheh..he..he). Tapi nasib baik ler attraction yg namanya Water World gak tu best. Tak rugi dok berdiri berkurun(2 jam?! 2 jam 1/2?!) lama sebelum tu. Kat Water World sekumpulan besar orang akan dok separuh bulatan mengelilingi satu kolam, err...actually set sekitar tu diubah-suai jadi macam kubu yg mengelilingi satu kawasan kat laut. Basic attraction ni berdasar kan filem "Water World". Attraction ni kira macam satu episod cerita la. Yang best tu bukan setakat cara presentation yg menarik ngan aksi-aksi action, letupan dan sebagainya la, tapi juga cara presenter yg terlibat menarik perhatian penonton untuk berkomunakasi bersama. Masa awal-awal tu diorang siap sedia bawak baldi sorang satu yg diisi penuh ngan air. Bila diorang suruh penonton berkomunikasi(contonya ikut aper yg diorang suruh cakap ker, aper ker...) tapi ada penonton yg tak mau ikut bagi henji(menyahut) or bagi sokongan nak tak nak jer(tak ikut seronok sekali), diorang ugut nak simbah ngan air. Memang lepas tu kena simbah betul-betul pun. Tapi seronok wooo...Semua orang pun jadi bersemangat jer lepas tu. Takder la kuo muka-muka boring time tu. Patut la meka-meka yg dok kat barisan depan disuruh pakai baju hujan supaya bila kena simbah takder la basah kuyup cam baru lepas kena siram. Aku nasib baik ler dok belah atas sket, tapi bila kena simbah tu...kena jugak ler....Camner pun memang best...

Lepas kuo dari Water World aku pi merayap carik tempat makan plak pasal perut memang dah kelaparan giler. Maklum ler dari pagi tadi tak makan aper. Asyik kembung ngan air jer...Ingat nak pi makan sphagetti ler kononnya, berpusing aku mencarik kedainya. Bila dah jumpa, tengok orang ramai plak. Aku pun rasa dah tak larat nak beratur lama lagi, so aku pun blah ler. Ikut gerak hati jer(nak carik kat pamplet malas pasal pamplet tu dah renyuk-renyuk aku kerjakan). Last-last aku pi beli makanan kat satu kedai fast-food. Nak makan burger tu tak bleh...so aku makan fries potato, apple-pie ngan aiskrim jer laa...Tu jer yang aku nampak bleh dimakan. Boleh ler...asal ader menda utk isi perut. Pas tu baru ler bleh mengaktifkan diri balik ye tak...Aku pun sebeno nya nak carik tempat duduk utk berehat sat(satu lagi sebab pasal aper aku nak beli makanan).

Next...aku pergi balik ke Hollywood area, nak tengok attraction Universal Monsters Live Rock'n Roll Show plak. Satu lagi stage presentation yg menarik untuk ditonton. Kat sini bleh ler tengok monsters terkenal cam Frankstein, Wolf, Mr. Vampire, etc tu buat persembahan rock n roll. Diorang menyanyi dan menari, yg jadi MC tu pun pandai membuat lawak. Caranya menarik perhatian penonton juga menghiburkan. Seronok weh!Lagu-lagu yg diorang nyanyikan pun best-best semuanya. Lagi satu yg best pasal diorang nyanyi semuanya lagu dalam English, cuma bila bercakap jer guna Japanese. Hanya yg jadi MC tu jer aku rasa Japanese, yg lain tu semua mat or minah omputih. Bila nyanyi tu tak de la kuo slang pelik-pelik. Tu yang best bila depa menyanyi tu. Rasa aku nak masuk jer attraction tu sekali lagi. Tapi, memandangkan banyak lagi tempat aku tak pi, so tak jadik ler...

Masuk ke area Jurassic Park, aku pi ke attraction Jurassic Park-The Ride. Kat sana sekali lagi(tah berapa kali daa...)kena beratur panjang lagi ngalahkan gerabak ketapi(for sure nyer la barisan beratur tu tah berapa double lagi panjang dari tu). Sekian lama dok beratur, akhirnya dapat gak naik bot. Tapi sebelum tu kena pi beli baju plastik(cam baju hujan la..) dulu kat vanding machine. Aku dah gak n mesti ader kaitan ngan percikan air. So, aku pun get ready jer la. Bila naik bot tu, memula kita akan dibawa melihat dunia dinasour la kekononnya. Hmmm...macam dalam filemnya la lebih kurang kot...Makin lama terasa yang kitorang ni akan dibawa ke tempat lebih tinggi. Sampai kat klimax, bot yang kitorang naik tu akan turun menjunam ke bawah macam roller-coaster. Hahah! Semua orang pun menjerit. Masing-masing merasa kena simbah dek air. Aku nyer position pun elok bebenor dok kat bahagian depan bot, muka memang basah kena air. Habis spec aku pun kabur jadiknya. Nasib baik le aku pakai baju plastik tu. Kalau tak, aku rasa mmg basah kuyup la pas tu.

Then aku patah semula ke New York area, aku tengok ramai orang beratur kat attraction TERMINATOR 2 : 3D tu. So, aku pun start beratur sama pasal nampak gayanya masalah teknikal pagi tu macam dah settle je. Bila masuk dalam tu semua orang akan duduk macam nak tengok movie kat cinema. Pas tu semua kena pakai spec 3D. Kalau tak, tak rasa real la kan. Kuo la muka hero Terminator, Arnold dan juga musuh-musuh robotnya tu. Fuhh...terasa menda tu melayang-layang depan mata. Hikkk!!! Menggerunkan!

Hari pun dah lewat petang time aku kuo dari situ. Aku pun ingat at last nak masuk attraction Back To The Future-The RIde tapi rasanya macam tak sempat jer nak pi merayau beli omiyage(souvenir) plak pasal aku cadang nak kuo dari USJ by 7:00pm supaya aku sempat check-in kat Youth Hostel sebelum kol 9 malam. So, aku pun ubah plan merayau kat kawasan bazaar untuk beli omiyage. Rayau nyer rayau,belek nyer belek, aku sempat la beli beberapa barang sebagai omiyage. Sedo-sedo jer dah nak dekat kol 7:30 time tu...Alamak!! Terover masa plak aku. Terus aku bergerak kuo menuju ke gate besar. Masa tu baru aku perasan festival bunga api baru jer bermula. Sayangnya aku dah nak kena balik time tu. Tak sempat la tengok. Aku cuma menyempatkan diri pi singgah kat konbini (convenience store) Lawson kat situ untuk beli makanan sat. Nasib ade sphagetti seafood time tu, kalau tak aku baham roti jer la jadiknya.
Bye-bye USJ, kalau ader rezeki aku datang lagi. Heheh....

Aku tiba kat Youth Hostel lebih kurang kol 8:30 kot...Kira awal gak la. Lepas mandi n melantak sphagetti tu, aku berangan kejap sesorang nak gi maner lak esoknya. Esok aku tak ler kesorangan lagi biler nak berjalan pasal ader sorang member dah janji ngan aku nak lepak sehari sama ngan aku, pas tu bleh balik ke Tokyo sama-sama. Dia pun sama kes cam aku gak la, kena intebiu keja kat Osaka gak. Dalam kol 9 tu roomates aku pun balik. Aku yg dah penat 1 hari suntuk merayap tu kejap jer dah terlelap. Letih benor la tu...

Esoknya aku bangun tak ler seawal hari sebelumnya. Ader la dalam kol 9 kot. Nak dekat kol 10 baru aku check-out. Hari tu sempat ler aku sarapan pagi. Aku ader beli roti gak kat konbini semalam, tu la jadi menu sarapan aku. Air lak aku beli kat vanding machine tingkat bawah tu.

Sampai kat koen(taman) dekat ngan eki tu, aku call member aku yg janji nak jalan sama ngan aku pas dia abis intebiu tengahari tu. Saja jer nak kacau n say good luck kat dia. Lepas tu aku terus menghala ke eki. Aku bercadang nak lepak kat Osaka Castle. So, aku naik subway sampai ke eki Umeda. Dari situ gi jalan ke eki Osaka naik Osaka Kanjyo-sen sampai ke eki Osakajiro Koen. Dari situ kena jalan kaki sket la, lalu dalam kawasan taman untuk pegi ke castle. Walaupun baru kol 10 lebih time tu, nampaknya ramai gak manusia yg ader kat situ. Sementara nak tiba ke castle tu jumpa ler fountain. Aku pun melepak le kejap kat situ. He! He! He! Jalan terus lagi baru ler nampak castle. Castle tu dikelilingi moat (parit besar)....Sekali tengok nampak cam kolam jer, tapi keshiki(view) kat situ lawa weh. Rugi sket aku pasal takder member nak tolong amikkan gambo time tu. Aku sempat makan aiskrim lagi kat situ. Nama jer waktu pagi time tu tapi matahari panas terik. Tu yg buat aku rasa nak beli aiskrim. Dari situ kena menyeberang jambatan untuk masuk ke kawasan castle yg terletak kat atas bukit. Ramai gak pelancong yg datang hari tu. Bas-bas pun banyak. Mat salleh pun ader. Aku ingat lepas menyeberang jambatan tu dah dekat ler...rupa-rupanya jauh lagi. Makin lama jalan, makin banyak kena naik bukit. Foohhh...penat daa. Aku rasa kalau kira daripada eki tadi tu, maunya makan masa 20 minit nak berjalan. Peh!! At last tiba gak aku depan castle tu. Baru ler terasa castle tu beso. Dengan bangganya aku pun cari la pintu masuk. Nak masuk ke dalam castle tu kena bayo duit masuk 600 yen. Aku tak ingat sangat ader berapa tingkat semuanya castle tu, tapi pastinya lebih dari 5 tingkat. Setiap tingkat tu ader la bermacam-macam barang pameran dan tinggalan sejarah castle tu. Lepas penat melawat castle, aku keluar balik tengok pemandangan kat luar pulak. Ader jugak aku nampak muzium kat situ tapi tak sempat nak pegi pasal member aku call kata intebiunya dah habis. So, kitorang pun janji ler nak jumpa kat Osaka eki.

Tiba sana, aku pun jumpa ngan member aku tu. Aper-aper pun, sebelum nak pegi berjalan ke tempat lain, kitorang kena cari tempat makan dulu. Kang tak larat nak jalan pulak. Rayap punya rayap, at last kitorang makan kat kedai sphagetti. Lepas tu member aku ajak gi Namba. Katanya kat situ bandar bebudak muda yg terkenal kat Osaka. Kalau kat Tokyo tu kira setaraf ngan bandar Shinjuku atau Shibuya la. Aku pun ngikut je la. Dari Umeda eki, naik subway Midosuji-sen sampai kat Namba eki. Keluar jer dari eki tu, kitorang jadi terpinga-pinga tak tau ke mana arah nak pegi. Sambil berjalan tu, memasing dok toleh kiri kanan. Tak nampak pun tanda-tanda yg bandar tu bandar wakamono(yongster). Yg kitorang nampak hanya jalan raya besar dan bangunan-bangunan besar. Kelibat orang pun takde sangat, apatah lagi kelibat bebudak muda. Langsung la tak nampak. Pening nyer pasal, member aku tu pun pi kacau(called) sorang member lab dia. Budak tu ler yg mempromote Namba ni kat kawan aku tu. Bila tanya dia, dia kata dia pun tak ingat jalan yg mana kena ikut. Katanya kalau dari eki, tempat tu dekat jer. Tak perlu jalan jauh. Dah pulak...abis tu kitorang ni sesat la?! Tak pun salah kuo exit. Pasal semua orang pun tak tahu, kitorang pun main taram jer jalan. Nasib baik plak bleh terjumpa. Rupa-rupanya bandar wakamono yg dimaksudkan tu merupakan bandar underground, namanya Minami Underground Arcade. Patut ler tak nampak aper kat atas. Rupanya tersorok kat bawah. Dan tempat tu plak sebenarnya dekat ngan Minami Namba eki, bukannya kat Namba eki. Salah turun eki rupanya kitorang ni, patut la tak jumpa...Cheh!! Kat chikamachi(bandar under ground) ni plak dipecahkan kepada 3 bahagian, Namba City, Nannan Town dan juga Namba Walk. Namba City tu kira zone shopping 2 tingkat. Ader lebih kurang 300 buah kedai kat sini. Ader gak disediakan open terrace untuk lepak lepas penat berjalan membeli-belah. Nannan Town pun lebih kurang cam tu gak, cuma ader satu tempat kat situ yg dinamakan Nannan Hiroba jadi tempat yg sesuai untuk buat temujanji. Namba Walk plak merupakan gabungan 3 street sepanjang 80 meter dan ader Water Park(water and light collaboration) yg lawa kat situ. Penat gak merayau sepanjang chikamachi tu. Mmg Lenguh kaki dibuatnya.

Dari Namba, kitorang gi plak ke Tsutenkaku, tower yg menjadi lambang Osaka. Towernya takder lawa sangat pun, cam tower-tower lain gak la. Kitorang gi situ pun sekadar nak jejakkan kaki jer. Tak naik pun sampai ke atas. Lagipun ramai gak orang tgh beratur nak beli tiket time tu. Maless daa...Lepas dok berehat kejap kitorang pun ready nak balik. Sampai kat Ryokuchi Koen eki pun dah lewat petang. Aku ajak member aku pegi beli sekali makanan sebelum balik ke Youth Hostel. Kitorang singgah ke satu kedai Tenya kat eki beli tendon bawak balik. Tendon tu merupakan nasi bersama seafood(ikan, udang dan sotong) dan sayur yg digoreng, syouyu(soy sauce) sebagai sos juga beserta misoshiru(miso soup). Malam tu juga aku tido awal...penatttt....Esok tu dah kena balik semula ke Tokyo.
Abisss....

Picture Gallery

Back

Muka Depan